Ketika hampir meniti usia 70 tahun, iaitu pada tahun 1982, bekas tokoh parti komunis kelahiran Marsaille, Peranchis, Roger Garaudy menemui jalan iman, iaitu kembali kepada fitrah sebagai orang Islam. Ibu bapa Garaudy ialah pasangan Katolik dan athies, tetapi ketika berusia 14 tahun, Garaudy menyertai gereja Protestan sebelum kembali semula menjadi Katolik (rujuk Wikipedia). Sebagai seorang pemikir ulung Peranchis, Garaudy telah menulis 50 buah buku yang berkisar tentang falsafah politik dan kepalsuan fahaman zionis pelampau Yahudi (rujuk tulisan Dr. Shakir Noori http://gulfnews.com/opinions/columnists/garaudy-death-of-a-philosopher-1.1039998).
Antara naskhah terawal Roger Garaudy setelah memeluk Islam ialah 'Janji-janji Islam' yang telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Kelantangan beliau mendedahkan kejahatan zionis telah mengakibatkan beliau dijatuhi hukuman denda 300,000 franc setelah disaman oleh Le Monde, akhbar berpengaruh Peranchis yang dikuasai oleh masyarakat Yahudi yang hanya membentuk dua peratus penduduk negara bekas penjajah itu. Karya beliau juga disekat daripada diterbitkan di sebuah negara yang mendakwa kononnya mengamalkan kebebasan dan demokrasi itu.
Roger Garaudy sejak awal lagi mendapat sanjungan umat Islam seluruh dunia justeru pemikiran beliau yang begitu berani dan tajam itu. Pengalaman benar Garaudy dalam kehidupan sebagai penganut Katolik dan Protestan, serta aktivis parti komunis telah memberi beliau perspektif yang jitu sebaik sahaja berhijrah menganut Islam. Allah telah mengurniakan beliau usia yang panjang sehinggalah meninggal dunia pada pada 13 Jun yang lalu di Paris.
Garaudy sememangnya memiliki pendirian yang tegas sebelum menganut Islam lagi. Contohnya, beliau dengan berani mengkritik tindakan Kesatuan Soviet melanggar Czechoslovakia pada tahun 1968. Akibatnya, Garaudy dipecat daripada parti komunis walaupun merupakan anggota kanan parti yang pernah dilantik sebagai senator di parlimen.
Roger Garaudy juga secara terbuka mengutuk keganasan rejim haram Tel Aviv terhadap penduduk Palestin. Garaudy juga bertegas bahawa peristiwa 911 yang menyaksikan bangunan World Trade Center (WTC) di kota New York ranap dan kemudian bergelar Ground Zero sebagai suatu konspirasi bagi menimbulkan kebencian terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia. Pendirian Garaudy jelas tidak selari dengan kerajaan di negara beliau sendiri.
...
...
...
No comments:
Post a Comment