Petikan Berit aHarian online
Keputusan kemasukan ke IPTA lepasan STPM,
Matrikulasi, Asasi esok
KUALA LUMPUR: Keputusan kemasukan ke
Institut Pengajian Tinggi Awam bagi program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan,
matrikulasi dan asasi untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal,
boleh diketahui esok mulai 12 tengah hari. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata
calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline
03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766 atau laman web
http://upu.mohe.gov.my. http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my,
https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS
dengan menaip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888, katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata calon yang terpilih merupakan calon yang tidak mendapat tawaran
ke IPTA dalam pemilihan awal kerana tidak bersetuju ditawarkan program
pengajian luar pilihan, dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas. "Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan, atau
pilihan bidang calon, atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan
dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon," katanya. Beliau berkata keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar
mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September, dan sebarang
pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan
Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment