Wednesday, August 8, 2012

PENGALAMAN MAJLIS SAUDARA BAHARU (CONVERT AND REVERT TO THE ONLY TRUTH)

Rombongan beberapa buah kereta tiba di sebuah rumah keluarga Tionghua di pekan kecil Temoh, berhampiran Tapah selepas solat Isyak. Rumah berkenaan sama seperti susunan tipikal tempat tinggal masyarakat Cina yang menganut fahaman Buddha, iaitu dengan colok dan alat penyembahan yang lain di suatu sudut. Semua anggota keluarga seorang wanita muda sudah berkumpul sementara menantikan acara berlangsung, kecuali si bapa yang sedikit tersentuh hati dengan keputusan anak gadisnya itu, walaupun dia tidak menyatakan bantahan.

Wanita berkenaan telah lama mengikuti kelas bimbingan bakal saudara baharu anjuran Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Ipoh buat beberapa bulan. Dia yang berpakaian seperti anak muda keturunan Cina yang lain kelihatan ceria dan tenang menunggu detik penting dalam hidupnya, iaitu melafazkan dua kalimah syahadah. Setelah itu, debaran pasti berlaku kerana wanita itu akan ditunangkan dengan seorang jejaka Melayu yang sudah berkenan di hati.

Seorang pegawai agama, barangkali merangkap naib kadi sudah bersedia memulakan upacara. Terlebih dahulu sekalian anggota rombongan beramah mesra dengan keluarga tuan rumah, sambil menjamah juadah yang disediakan. Pegawai agama tadi menerangkan sesuatu, agaknya proses dan tatacara pengIslaman kepada wanita berkenaan, sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh si ibu yang berusia separuh abad.

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment