Isnin, 19/11/2012 = 5 Muharam 1434
Sebentar tadi, Dr. Naimah binti Ishak, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia mengumumkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu. Pada keseluruhannya, gred purata kebangsaan (GPN 2.31, turun 0.1) dan bilangan calon cemerlang semua A mencatat sedikit penurunan. Punca perkara itu dapat diketahui apabila laporan setiap jabatan pelajaran negeri disiapkan kelak.
Persaingan murid lepasan UPSR ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah elit yang lain tetap sengit. Bilangan pemohon yang berjaya dijangka berjumlah 15,000 orang, termasuk pemohon laluan khas yang tidak semestinya mencatat 5A, sebaliknya berdasarkan merit latar belakang sosioekonomi dan lokasi tempat tinggal murid. Selepas ini, ibu bapa akan lebih sibuk daripada anak-anak mereka sendiri untuk mengemas kini status permohonan atas talian, dan juga mungkin pilihan yang lain.
Sekolah terbaik UPSR Terengganu, Sekolah Kebangsaan Sura mencatat 76 orang calon semua A, iaitu bertambah seorang daripada tahun 2010. Sementara itu, di Ipoh, Sekolah Kebangsaan Seri Ampang, sebuah sekolah kluster kecemerlangan merekodkan 24 orang calon semua A, berbanding dengan 10 orang pada tahun sebelumnya.
Jumlah calon = 517,179 orang; bilangan semua A = 8.94 peratus. BM pemahaman -0.7 (91.50, penulisn +0.03 mata. BI gred +0.8 peratus. Matematik +0.6% (GPNP +0.02).
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment