Pengenalan
Bagi membezakan kertas peperiksaan STPM modular dengan terminal, tahun peperiksaan dicatat sebagai 2013. Rasionalnya mudah dibaca, iaitu bahawa keputusan penuh STPM sulung sistem modular hanya dimuktamadkan setelah berakhir penggal tiga tahun 2013. Item soalan aneka pilihan merangkumi 20 soalan tertera pada muka surat 2 hingga 7, 4 soalan esei pada muka surat 8, dan 3 soalan kuantitatif pada muka surat 8 hingga 10.
Bahagian A: item aneka pilihan
Bab Pengenalan: S1 (punca masalah asas ekonomi)
S2 (titik ketidakcekapan penggunaan sumber dengan merujuk KKP)
S3 (institusi model dua sektor)
Bab 2, Pasaran barang dan harga: S4 (membentuk fungsi permintaan)
S5 (perubahan DD @ SS menyebabkan harga simen meningkat)
S6 (kesan cukai terhadap harga, kuantiti - rujuk persamaan)
S7 (kesan kenaikan cukai input terhadap lebihan pengguna - keluk)
S8 (hitungan keanjalan permintaan pendapatan)
S9 (keanjalan penawaran, Qs = 20 + 5P; P = RM4.00)
S10 (kesan penetapan harga minimum RM3; Qd = 200-25P, Qs = 100+25P)
Bab 3, Teori Pengeluaran dan Kos Pengeluaran: S11 (maksud pulangan sut berkurangan)
S12 (ekonomi bidangan merujuk keluk LAC bahagian menurun)
Bab 4, Struktur Pasaran, Penentuan Harga dan Output
S13 (konsep hasil dalam pasaran persaingan sempurna)
S14 (ciri pengelasan firma sesuatu struktur pasaran)
S15 (kebaikan pasaran persaingan sempurna)
S16 (kawalan monopoli pada AR = AC, atau AR = P)
S17 (hitungan untung monopoli berdasarkan gambar rajah)
S20 (hitungan kos tetap dan kos berubah firma persaingan bermonopoli merujuk keluk)
Bab 5, Pasaran Faktor dan Agihan: S18 (Penentu permintaan faktor)
S19 (Penentu tuntutan upah kesatuan sekerja)
Bahagian B: item soalan esei
Bab pengenalan: S21 (a) maksud keluk kemungkinan pengeluaran [2]
(b) penerangan KKP cembung (kos lepas meningkat) dengan gambar rajah, contoh angka [8]
Bab 2: S22 (a) Maksud keanjalan permintaan pendapatan [2]
(b) Kaitan nilai Ey dengan jenis barang [8]
Bab 3: S23 huraian lima faktor ekonomi bidangan dalaman yang menyebabkan LAC firma semakin menurun [10]
Bab 4: S24 empat kelemahan pasaran monopoli berbanding persaingan sempurna dengan menggunakan gambar rajah [10]
S25 sebab firma persaingan bermonopoli meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian [10]
Bab 5: S26 penerangan cara menerbitkan keluk permintaan buruh dengan menggunakan gambar rajah [10]
Bahagian C: kuantitatif
Bab 2: Soalan 27
Persamaan DD, SS ikan adalah P = 20 - 2Q; P = 5 + 3Q
(a) hitung harga dan kuantiti keseimbangan [2]
(b) jika subsidi = RM2.00 / kg [1]
(i) berikan persamaan SS baharu, [2]
(ii) hitung P dan Q keseimbangan, [1]
(iii) hitung jumlah subsidi tanggungan kerajaan, [1]
(iv) kesan dasar terhadap pasaran ikan. [1]
(c) lukis keluk SS ikan sebelum dan selepas subsidi [3]
Bab 3: Soalan 28
Output (unit) TC (RM) AFC (RM) AC (RM)
Qx 600 5.00 6.00
Qy 800 6.00 10.00
_____________________________________________
(a) Hitung Qx, Qy [2]
(b) Hitung TVC untuk Qx, Qy [2]
(c) Hitung FC firma X, Y [2]
(d) jika TR = RM300.00, adakah firma X, Y meneruskan operasi? Beri alasan. [4]
Bab 5: Soalan 29
Buruh (orang) 0 1 2 3 4 5 6 7
TPP (unit) 0 200 320 420 500 560 600 620
---------------------------------------------------------------------------------------
(a) Hitung MPP pada setiap tingkat buruh [2]
(b) Jika harga per unit keluaran = RM2.00, hitung
(i) MRP [2]
(ii) ARP [2]
(c) Jika ACL = RM160.00, hitung
(i) untung / rugi firma pada tingkat keseimbangan [2]
(ii) kuantiti buruh yang memaksimumkan untung [2]
Ulasan dan Penutup
Item soalan yang diuji bertepatan dengan huraian sukatan pelajaran dan isi kandungan buku teks Mikroekonomi yang dicadangkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Calon-calon yang akur kepada saranan guru tentang persediaan peperiksaan sudah tentu boleh tersenyum lebar. Ujian kecekapan masa berdasarkan set kertas spesimen sebaik sahaja sukatan pelajaran selesai banyak membantu calon untuk memperoleh jawapan yang tepat bagi semua tugasan soalan...
No comments:
Post a Comment