Buah fikiran dan saranan ahli strategi dan tukang nujum (futuristik) Barat memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam percaturan kepimpinan, ekonomi dan perancangan sosial di seluruh dunia. Buktinya, strategi lautan biru (blue ocean strategy, BOS) telah dimodifikasi sebagai kerangka dasar di kebanyakan negara. Hakikatnya BOS bukan suatu idea baharu, tetapi lebih bersifat kitar semula teori persaingan tidak sempurna (oligopoli, persaingan monopolistik) dengan saranan akhir supaya dapat wujud monopoli yang baharu tanpa saingan.
Setelah idea BOS karya W. Chan Kim dan Renee Mauborgne muncul sebagai jualan terlaris di seluruh dunia, idea mereka terus dijual menerusi paparan maya (klik di sini). Idea asas BOS ialah meninggalkan persaingan (lautan merah) dan teroka pasaran baharu tanpa persaingan (lautan biru). Dalam kata lain, cara-cara konvensional perlu diganti dengan cara-cara baharu yang membebaskan sesebuah industri, entiti atau organisasi daripada kongkongan peraturan lazim.
Sebelum ini, dunia pernah sibuk melayan naskhah Alvin Toffler (The Third Wave, Future Shock), John Naisbitt (siri Megatrends, termasuk versi terkini tentang kuasa ekonomi China) dan Stephen R. Covey 7th Habit, 8th Habit). Dunia juga pernah gempar dengan karya Francis Fukuyama (The End of History and The Last Man) dan Samuel Huttington (The Clash of Civilisation). Sila klik pada tajuk buku yang berkenaan (dalam kurungan) untuk bacaan selanjutnya.
Naskhah bercetak BOS memperuntukkan sejumlah halaman untuk kisah kejayaan Dr. Muhammad Yunus, seorang profesor ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh yang diangkat sebagai pelopor sistem mikrokredit moden. Ketika Muhammad Yunus dipecat daripada Bank Grameen yang beliau asaskan sendiri, Harvard Business School baru-baru ini mengundang beliau menyampaikan syarahan di kampus berprestij itu (baca di sini). Pengarang BOS memberi contoh program mikrokredit pemenang anugerah Nobel itu sebagai contoh unggul strategi lautan biru.
Di Malaysia, BOS juga mendapat sambutan hangat, terutama apabila dikaitkan dengan pelbagai program transformasi kerajaan (GTP, baca di sini). Dalam bidang pendidikan misalnya, BOS diterapkan di semua peringkat sebagai upaya meneroka pendekatan baharu untuk pencapaian kecemerlangan yang lebih tinggi dari masa ke masa (baca di portal ini dan di sini). Gerakan koperasi juga tidak mahu ketinggalan bagi menunjukkan rasa teruja dengan BOS (baca di sini).
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment