Pengumuman yang sekian lama dinantikan bakal menemui titik noktah esok. Berita Harian Online (sila klik di sini) melaporkan bahawa perdana menteri dijangka melakukan perkara berkenaan selepas mesyuarat mingguan jemaah menteri dan sesi bergambar. Jika menjadi kenyataan, pilihan raya ke-13 akan diadakan selewat-lewatnya 60 hari daripada pembubaran parlimen, iaitu sekitar 25 hingga 27 Mei, atau lebih awal.
Mengikut
kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum
mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak
menolak kemungkinan perdana menteri mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat
Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Dato' Seri Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.
TERKINI
Pembubaran parlimen diumumkan pada pukul 11.30 pagi ini. SPR dijangka mengadakan mesyuarat penetapan tarikh penamaan calon pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan. Walaupun tempoh maksimum 60 hari setelah pembubaran untuk melaksanakan pilihan raya, ilustrasi di bawah memberi petunjuk tentang tarikh membuang undi yang lebih awal.
Tempoh berkempen dan rapat umum selepas proses penamaan calon lebih bersifat memperkenalkan calon kepada pengundi sebenar di sesebuah kawasan parlimen dan dewan undangan negeri. Kempen secara tidak rasmi tentang dasar dan manifesto parti telah lama dibuat sejak teka-teki pembubaran parlimen semakin bertiup kencang. Pelbagai bentuk jelajah bertemu rakyat, kempen menerusi media arus perdana dan media baharu, serta perang saraf telah berlaku dalam skala yang agak luar biasa.
sumber: klik di sini

Bendera, poster dan sepanduk dinaikkan dengan begitu banyak bagaikan suatu pesta. Walaupun kekecohan kecil dilaporkan berlaku di beberapa tempat, tetapi menarik juga bahawa bendera parti politik yang bersaing dipasang secara berselang seli di banyak tempat. Sama ada atas semangat bersaing secara sihat atau tukang naik bendera ialah orang yang sama sukar dipastikan.
Kini kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri (kecuali Sarawak) yang sepakat melakukan pembubaran secara serentak ditadbir oleh kerajaan sementara (caretaker). Walaupun tiada peruntukan yang jelas tentang kerajaan sementara dalam perlembagaan, tetapi atas prinsip demokrasi, hal itu telah menjadi amalan sekian lama. Kerajaan sementara berfungsi melicinkan urusan harian pentadbiran dan keselamatan negara, tetapi tidak akan melaksanakan sebarang dasar atau rancangan baharu yang tertakluk kepada kelulusan parlimen dan dewan undangan negeri.
Metafora tentang politik
1) Politik ialah suatu seni kemungkinan (politics is the art of possible)
Bacaan sifir politik tidak sama dengan urusan biasa. Banyak kejutan, sandiwara, tukar kem dan
sebagainya boleh berlaku. Tiada kesetiaan yang bersifat kekal.
2) Politik ialah permainan persepsi (politics is the game of perception)
Kepimpinan bermaksud kebolehan mempengaruhi orang lain bagi mencapai tujuan tertentu. Orang politik
memang pakar dalam bab tersebut. Mereka bukan sahaja mampu mempengaruhi masyarakat awam
biasa, bahkan golongan bangsawan dan cendekiawan.
3) Politik ialah suatu ibadah
Politik hanya sebagai wasilah untuk mencapai matlamat reda Ilahi. Kepimpinan sebagai amanah untuk
memakmurkan bumi sejajar dengan peranan insan sebagi khalifah-Nya. Ungkapan seperti iqamatud-din
wasiyasat'ud-dun ya (menegakkan agama dan menjalankan urusan dunia dengannya) menggambarkan prinsip berkenaan.

Proses demokrasi memberi kesempatan terbaik kepada rakyat bagi memilih pemimpin dan kerajaan yang diinginkan. Pemimpin politik yang bersaing lebih arif tentang pelbagai kelompok pengundi (tegar / totok, terbuka, atas pagar) dan menggunakan strategi yang berlainan bagi memenangi undi mereka. Pengundi juga semakin bijak untuk membuat keputusan demi kepentingan semasa dan akan datang...
No comments:
Post a Comment