Thursday, May 2, 2013

KEGUNAAN BUKU LOG DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH (EVIDENTS AND RECORD)

Buku log ialah suatu teknik catatan kerja, sama ada secara rasmi atau peribadi. Sebagai contoh, pengawal keselamatan di pintu masuk utama sesebuah kompleks perlu mencatat kemasukan pelawat yang diberi kebenaran masuk berdasarkan butiran asas mereka. Mungkin pada masa hadapan, buku log elektronik yang mampu membuat imbasan cop jari atau cip kad pengenalan akan diperkenalkan.

Buku log juga boleh mempunyai format tertentu sebagai rekod kerja atau rekod kemajuan sesuatu program Klik di sini untuk rujukan contoh buku log SLAD dan di sini untuk program latihan doktor pergigian. Pendek kata, tiada ketetapan yang muktamad tentang format buku log, sebaliknya tertakluk kepada keperluan.

Guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa juga menggunakan buku log log sebagai dokumen kerja utama untuk tujuan rekod dan juga pemantauan (klik di sini). Di sekolah, catatan buku log kaunselor menggantikan penyediaan rancangan mengajar kerana guru kaunseling sepenuh masa tidak diperuntukkan sebarang jadual waktu mengajar secara tetap. Jika guru kaunseling dikehendaki mencari guru ganti, catatan kegiatan bilik darjah berkenaan juga dicatatkan dalam buku log.

Guru-guru pengakap juga sudah biasa membimbing sekalian anggota pengakap dalam penulisan buku log dan seterusnya membuat semakan berkala. Segala pengalaman dalam kegiatan pengakap dan nota simpulan tali misalannya tercatat dalam buku log. Penyediaan buku log yang kemas dimasukkan sebagai salah satu komponen penilaian yang penting. 

Bagaimanakah guru penolong boleh memanfaatkan kaedah penulisan buku sebagai bukti kerja mereka selain buku persediaan mengajar secara tulis tangan atau secara atas talian?

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment