Friday, May 17, 2013

"SEBAB SAYA TIDAK MENYERTAI JEMAAH TABLIGH" (LEARNING FROM OUR PROPHET)

Luahan secara berterus terang seperti tajuk perbincangan ini mungkin mengundang salah faham yang meruncing. Maka, biarlah penjelasan kenalan penulis blog (PB) berkenaan disimpan sebagai pandangan peribadi yang tidak perlu didedahkan sepenuhnya. Hanya bahagian hujah yang bersifat umum, serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak bakal dibincangkan dengan kepala dingin.

Jemaah tabligh lebih bersifat ikatan tidak formal suatu gerakan dakwah massa yang diasaskan oleh Maulana  Ilyas bin Mohd. Ismail di selatan Delhi, India, tetapi telah menjadi fenomena sejagat (klik di sini). Anggota jemaah tabligh dapat dikenali menerusi cara penampilan diri, pakaian dan telor percakapan mereka. Bagi anggota jemaah yang sudah senior, mereka mengenakan serban dan jubah, serta dengan imej janggut yang agak panjang. 

Anggota jemaah tabligh bukan calang-calang orang dari segi kelulusan akademik dan kerjaya. Sebahagian anggota jemaah tabligh ialah ahli ikhtisas seperti doktor pakar perubatan, profesor, usahawan berjaya, jurutera dan peguam. Sejajar dengan kisah hidup pengasas jemaah yang banyak berbakti kepada golongan susah, anggota jemaah tabligh membiasakan diri dengan penampilan dan cara hidup yang sederhana supaya mesej dakwah dapat disampaikan dengan berkesan kepada sasaran. 

Jemaah tabligh menarik anggota baharu menerusi proses gasy dan tasykil. Sebagai contoh, usai solat jemaah di surau, anggota tabligh yang ditugaskan akan bangun, lalu membaca petikan kitab fadilat amal yang dikarang oleh Maulana Ilyas. Kemudian, mereka akan menggesa jemaah solat mengangkat tangan sebagai tanda azam untuk keluar berdakwah bersama mereka dalam tempoh minimum tiga hari. Nama mereka yang menyatakan azam itu akan dicatat dalam sebuah buku kecil.

Para rekrut baharu jemaah tabligh tadi akan mengikut ketua kumpulan kecil melakukan ziarah di kawasan kejiranan tertentu bagi mengajak penduduk setempat hadir ke surau atau masjid dengan bersandarkan dalil hadith dan sirah. Rekrut baharu kemudian digalakkan pula keluar berdakwah dan meninggalkan keselesaan hidup selama 40 hari. Kemuncak iltizam terhadap jemaah ditingkatkan dengan keluar berdakwah sehingga tiga bulan lamanya di luar negara.

Anggota jemaah tabligh dilatih supaya sanggup bergerak hingga ke kawasan pedalaman dan hujung dunia seperti petempatan orang Asli di Borneo, dan benua Amerika Latin. Jika Mother Theresa sanggup makan lumpur bersama golongan miskin tegar demi penyebaran Kristian di India, jemaah tabligh juga tidak kurang hebatnya. Perkataan 'amal' sudah basah bagi lidah mereka, malah pandangan sinis sesetengah anggota masyarakat hanya menguatkan lagi usaha dakwah mereka.

Jemaah tabligh juga mengadakan perhimpunan tahunan sedunia yang dipanggil sebagai ijtimak. Perhimpunan jemaah tabigh pernah disifatkan sebagai perhimpunan terbesar umat Islam selepas perhimpunan jemaah haji di padang Arafah. Ijtimak jemaah tabligh pernah diadakan di Malaysia, Thailand dan negara-negara bukan Islam dengan mendapat kerjasama pihak berkuasa setempat.

Pergerakan jemaah tabligh di Malaysia mencatat pencapaian yang lebih tinggi apabila memiliki masjid khusus sebagai markas induk kegiatan mereka yang dibina beberapa tahun yang lalu di Kuala Lumpur. Walaupun dari segi prinsipnya jemaah tabligh tidak mahu terbabit secara langsung dengan persaingan kuasa pemerintahan, namun pemimpin parti politik yang tertentu dilihat sentiasa cuba untuk mendekati pemimpin jemaah tabligh. Sama ada pergerakan jemaah tabligh meninggalkan impak yang kuat terhadap dunia politik atau sebaliknya, biarlah kajian yang autentik sahaja yang memberi jawapan.

Pergerakan jemaah tabligh menampung hasrat sebahagian umat Islam yang berasa selesa dengan kaedah dakwah yang dijalankan. Memang ada kritikan keras yang ditujukan terhadap jemaah tabligh, termasuk dakwaan bahawa pada awalnya pergerakan itu mendapat dukungan penjajah Inggeris di India, justeru tidak mendatangkan sebarang ancaman terhadap imperialisme. Malah terdapat banyak forum secara maya yang membahaskan natijah kehadiran jemaah tabligh dalam konteks kelangsungan dakwah era generasi Y kini (contohnya klik di sini).

Untuk berlaku adil, sumbangan pergerakan jemaah tabligh di seluruh dunia harus dilihat dari sudut yang menguntungkan (al-falah) terhadap perkembangan dakwah dalam jangka panjang. Pihak yang tidak bersetuju dengan kaedah dakwah jemaah tabligh mempunyai banyak pilihan untuk menyertai jemaah lain yang menggunakan pelbagai kaedah dakwah yang mempunyai sandaran dalil al-Quran dan al-Sunnah. Sifat tabligh (menyampaikan) bukan milik tunggal pergerakan jemaah tabligh, bahkan menjadi tanggungjawab setiap orang Islam yang mukallaf...

22 comments:

  1. fadilat amal dikarang oleh maulana zakariyya rah.
    in sha allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadilat amal bkn d karang oleh maulana ilyas.. Tapi disusun oleh beliau

      Delete
  2. Pergerakan ini tidak menguntungkan perjuangan Islam kerana mereka pd hakikatnya bukanlah dakwah utk mengislamkan org bukan Islam (ini di akui oleh pusat gerakan mereka di Nizamuddin), sebaliknya memandulkan jihad umat Islam ke atas musuh Islam terutama Yahudi Zionis, dgn hanya keluar ke sana ke mari... kononnya utk memahami agama dan berdakwah, tapi yg keluar 4bulan sehingga bertahun2 pon.. kalau dgr mereka berceramah/bayan.. duk berputar2 perkataan yg sama dan tanpa ilmu yg boleh di gunakan oleh masyarakat. Sedangkan kalu kita ikuti cara sahabat2 r.a yg utama seperti saidina Umar r.a, sanggup berpakat dgn seorg lg sahabat utk bergilir2 belajar ilmu dgn Nabi Muhammad saw, dgn membahagikan hari 3hari utk Saidina Umar dan hari yg lain utk rakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape je bebual...

      Delete
    2. Jika islam sendiri tidak kuat bagaimana hendak mengislamkan yg bukan islam.. Dakwah terhadap islam sesama islam bertujuan untuk menguatkan islam.. Membantu yg dah terpesong.. Setelah kuat baru la boleh dkwah yg bukan islam.. Kalau nak ajak org masuk islam kita perlu lah tunjukkan islam yg betol.. Baru mereka berminat terhadap islam.. Kalo islam pada nama je mcm mne nk dakwah mereka.. Kita perlu betol kan diri sendiri dulu baru boleh btol kan org laen.. Nie la tujuan tabgligh..

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. So awak berdakwah le ni untuk menghalang org lain berdakwah. Wahai "ahlul bait" dakwah bukan shj kpd kaum kafir tetapi kpd pelbagai golongan dan berbagai cara @ kaedahnya. Ada ditujukan kpd ahli maksiat, kaum fasik, munafik dan kafir. Hatta utk org muslim sendiri. Bukan semuanya maksum atau dah ok Imannya. Jadi jgn kamu berdakwah menyekat org lain berdakwah tapi buatlah sumbangan sendiri utk agama wahai "ahlul bait".

      Delete
    5. Saya petik kata2 tuan yang menyatakan jemaah ini bukan berdakwah untuk mengislamkan orang bukan islam.tapi fokus sebenar untuk mengislamkan mereka yg berstatus islam tetapi kurang pencerahan agama islam.maksud saya mendalami agama sendiri.perihal jemaah yg keluar 4bulan mengulangi perkataan yang sama ialah itu adalah itu adalah aturan asas segala point yg dikeluarkan ketika bayan adalah sama hatta di jemaah seluruh dunia.kerana point yg sama perlu diterapkan berkali2 kedalam diri dan rohani.mereka akan ditegur jika berbayan mengikut akal sendiri.kerana bayan adalah berbentuk umum bukan peribadi.silakan dalami sesuatu perkara sebelum dikongsikan pendapat kita kepada orang lain.

      Delete
    6. Maaf tuan sekadar btanya, tuan ckp mcm mana nk bdakwah pd org bkn Islam jika org Islam sendiri tidak kuat.. Bgaimana pula dgn dr. Zakir Naik yg asbabnya ramai non muslim yg convert sdgkn beliau bkn jemaah tabligh... So, adakah ini bmakna ilmu yg paling diutamakan?

      Delete
    7. alhamdulillah.. saya suka dgn komen Ahlul bayt..

      kluar 3 hari, 40hari, 4bulan.. utk apa sebenarnya.. kenapa x hafal je buku fadhilat amal..jika betul ia suatu yg sangat penting..manatau dpt masuk syurga..



      Delete
  3. nama kemain ..komen hampeh

    ReplyDelete
  4. Pendapat masing2..
    Elakkan memaki hamun sesama Islam.Kelak kita di dlm golongan yg rugi.

    ReplyDelete
  5. Ahlul Bayt membuat tafsiran yg bagus sekali. Namun demikian adalah lebih baik jika Ahlul Bayt buat kajian lebih terperinci dgn menyertai program 3 hari, 40 hari atau 4 bulan bersama mrk. Dari situ baru Ahlul Bayt dpt faham ttg pergerakan jemaah mrk.
    Jgn lihat dr sudut luaran tp menyelam lah sehingga ke dasar. Kemudian buat tafsiran berdasarkan kajian yg tepat. Kajian hendaklah dilihat dari segi manfaatnya kpd usha dlm kerja agama itu sendiri dan faedah iman dan taqwa setiap jemaah mrk kpd Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya walaupun sudah lama bersama jemaah tabligh, kentut mereka pun saya tak kenal.

      Macamanalah dgn orang islam yg lain yg tak pernah keluar bersama jemaah 4 bulan atau 40 hari.

      Pelihara lidah moga tidak dihisab di mashar nanti dgn memfitnah mana mana jemaah Islam

      Delete
  6. Saya suka cara tabligh berdakwah Kerana mereka kumpulan yang menghidupkan masjid Di kampung2 berbanding anak2 muda tempatan yang lebih suka merempit Di jalan2 kampung pada waktu malam, kedatangan mereka sedikit sebanyak menarik minat anak2 muda bersama2 beriktikaf Di masjid.
    Dalam kumpulan Ini Ada yang suda lama aktif dalam jemaah maka banyak ilmu yang Di kongsi.
    Selain Itu Ada juga yang Baru berjinak2 Dan ikut2 saja2 Nak Cari pengalaman Dan tambah ilmu agama.
    Maka Kalau dapat didiklah ahli jemaah supaya menjaga kebersihan masjid Atau surau tempat mereka tinggal.
    Jaga juga kemudahan sedia ada.. Kadang2 mereka meletakkan barang2 Di tempat sembahyang perempuan maka sepanjang Minggu Itu juga jemaah perempuan tak pegi masjid 😆😊✌🏻️

    keseluruhanya Saya setuju jemaah tabligh berdakwah. Bukan mudah Nak Tarik minat anak muda ke arah agama...walaupun percuma.
    Tapi senang saja anak muda menyertai acara hiburan walau kena bayar mahal. Dan tak payah Di suruh.
    #jangankecamsaya✌🏻️#

    ReplyDelete
  7. Gerakan dakwah, mana2 semua bagus, sekurang kurang jemaah tabligh ambil taggungjawab tugas dakwah sesama islam, manakala gerakan lain boleh jalankan dakwah kepada bukan islam. Bahagi bahagikan tugas..

    ReplyDelete
  8. Amir tabligh di India kata; "kita jgn kata usaha cara tabligh saja yg betul dan usaha cara pergerakan Islam yg lain tak betul.. tapi kita kena kata, hanya usaha cara Nabi s.a.w sahaja yg betul.."

    Habis.. tutup kes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklh klu bgtu, tak kiralh yg kata tu arab kh , cinakh atau india kh, melayu kh, bugis kh cuma jgn anggp kita lh yg pling ikut/follow nabi berbnding org lain, tidak dinafikn cara nabi shj betul dan benar , yg jd salah fhm kpd kita bila kita dakwa kitalh shjlh yg betul ikut nabi, tidak yg lain(pihak lain), situ yg tak kena(x betul), selalu kita dgr puak wahabi/salafi selalu mndkwa ikut alquraan dan sunnah , seolh mereka shjlh yg ikut alquraan dan sunnah, org lain tak, maka dgn konsep yg sama berbalik kata2 yg disandarkn kpd amir tabligh india = kita jgn kata usaha jamaah kita shj yg betul,jamaah lain tak betul tp kita kata hnya usaha nabi yg betul , maka dgn itu jgn takwilkn hnya usaha nabi shj yg betul itu 100% dgn usaha jamaah kita, takwil sebegitu jd tak betul.....xde istilh tutup kes tp ia perbahasan ilmu...

      Delete
  9. poyo laa si afiq muhammad ingta dia tu sempurna sangat ke?

    ReplyDelete
  10. Jika niat itu lebih baik maka timbangan amal itu lebih kuat

    ReplyDelete