Pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) sudah pun menjadi sejarah. Sesungguhnya banyak perkara yang perlu dipelajari oleh ahli-ahli politik terhadap arah aliran pengundian yang berlaku. Sebagai kelompok yang sudah biasa dengan tahap tekanan tertinggi, ahli-ahli politik harus menjangkakan segala kemungkinan, termasuk yang paling buruk.
Peratus keluar mengundi yang terbesar dalam sejarah politik negara (84.84 peratus) membuktikan bahawa rakyat memiliki kesedaran terhadap hak politik masing-masing. Kini, rakyat telah memberi amanah dan kepercayaan kepada ahli-ahli politik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, terutama dalam proses penggubalan dasar dan undang-undang yang selaras dengan peranan kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan rakyat. Mandat yang diberikan pada PRU 13 kali ini akan sentiasa diperhatikan dan dinilai secara berterusan.
Seperti biasa, proses politik yang berteraskan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan di Malaysia tidak terhenti dalam musim pilihan raya semata-mata. Ruang untuk bersuara sentiasa dialu-alukan selama mana masih bersifat membina dan tidak menjejaskan kepentingan awam. Seperti biasa parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya akan melakukan proses bedah siasat terhadap pencapaian masing-masing sebagai persediaan PRU seterusnya.
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment