Sunday, January 5, 2014

BERAPA PANJANG ESEI EKONOMI STPM? (JUST ANSWER THE QUESTION)

Mungkin kerana pengaruh karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar ekonomi prauniversiti tingkatan enam bertanyakan soalan seperti di atas. Mereka kelihatan risau dengan arahan soalan seperti huraikan, jelaskan dan terangkan. Malah, ada yang bertanya sebab kertas projek Ekonomi tidak setebal mata pelajaran lain.

Mula-mula konsep huraian,penjelasan dan penerangan itu sendiri perlu difahami. Dalam konteks bahasa, huraian, penjelasan dan penerangan ialah bahagian ayat yang selain daripada subjek dan predikat. Maka, panjang atau pendek sesuatu huraian, penjelasan dan penerang sangat bergantung kepada keperluan tugasan soalan, peruntukan markah dan peruntukan masa yang diberikan.

Sebagai contoh, ayat yang berbunyi 'angin bertiup kencang' sudah pun mengandungi huraian. Subjeknya 'angin', predikatnya 'bertiup' dan huraiannya 'kencang'. Memang benar huraian boleh dipanjangkan berjela-jela, misalnya 'angin bertiup kencang di kawasan pinggir bandar A sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda yang dahsyat.'

Contoh ayat bahasa Melayu tadi boleh diaplikasikan dalam menulis jawapan esei ekonomi STPM. Panjang atau pendek huraian bergantung kepada peruntukan markah dan masa. Andai kata soalan esei yang bernilai 10 markah menghendaki calon menjelaskan aliran fizikal dan aliran wang dalam model pusingan aliran pendapatan negara ekonomi empat sektor (ekonomi terbuka).

Maka, hubungan timbal balik antara keempat-empat pelaku ekonomi yang terdiri daripada isi rumah, firma, kerajaan dan sektor asing perlu dihuraikan. Model AE = C + I + G + Xn dan model suntikan - bocoran (J-W) sangat membantu (klik di sini). Walaupun demikian, tumpuan hendaklah diberikan kepada aktiviti setiap pelaku ekonomi dan urusan kewangan yang berkaitan. 

Aliran fizikal membabitkan pergerakan barang dan perkhidmatan, serta faktor pengeluaran, manakala aliran wang membabitkan pergerakan perbelanjaan dan pendapatan. Jelaskan aktiviti ekonomi pelaku ekonomi satu demi satu hingga selesai semua empat pelaku berkenaan. huraian aktiviti dimulakan dengan peranan pelaku, interaksi dengan pelaku yang lain, serta pebelanjaan dan pendapatan berkaitan dengan aktiviti ekonomi yang dilakukan.

...

...

...

...  

No comments:

Post a Comment