Monday, January 6, 2014

KARANGAN 'CARA SAYA MENJADI RAKAN YANG BERKESAN' (THE IMPRESSIVE 'MIRROR')

Rangka Karangan

Pendahuluan
a.  Maksud rakan yang berkesan
b.  Kepentingan rakan yang berkesan
c.  Gambaran isi karangan
d.  Unsur kecindan: peribahasa / kata hikmah / hadith

Isi 1:  berusaha untuk sentiasa ikhlas dalam persahabatan

Isi 2:  berkongsi kegembiraan, pendengar yang baik

Isi 3:  sebagai pelindung kekurangan / kesilapan / rahsia peribadi

Isi 4:  memberi teguran secara berhikmah

Penutup
a.  Kesimpulan am
b.  Kemungkinan untuk berjaya
c.  Harapan dan cabaran
d.  Muhasabah diri / introspektif

Karangan Penuh

Rakan yang berkesan membawa maksud sahabat atau teman akrab yang boleh dipercayai dan sebagai cermin keperibadian yang luhur. Dalam keadaan sebenar, memang sukar untuk mencari rakan yang berkesan. Sebaliknya, peribahasa 'teman ketawa senang didapati, teman menangis sukar dicari' (klik di sini) memberikan gambaran betapa rakan yang berkesan hanya dapat dikenali ketika kita berhadapan dengan kesukaran. Seseorang yang budiman dan  mulia seharusnya mencari jalan untuk menjadi rakan yang berkesan. Sebagai cara untuk menjadi rakan yang berkesan, saya akan berusaha untuk bersikap ikhlas dalam persahabatan, saya sedia berkongsi kegembiraan dan bertindak sebagai pendengar yang baik dan sabar terhadap luahan perasaan sahabat saya. Selain itu, saya akan berusaha melindungi segala kekurangan, kesilapan dan rahsia peribadi rakan saya daripada tersebar. Bagi mengukuhkan peranan saya sebagai rakan yang berkesan, saya berusaha untuk meberi teguran secara berhikmah sebagaimana saya juga sanggup menerima perkara yang sama.

Cara pertama untuk menjadi rakan yang berkesan ialah sentiasa memastikan bahawa saya sentiasa bersikap ikhlas dalam persahabatan. Perkataan ikhlas sangat mudah untuk dilafazkan tetapi begitu sukar untuk dilaksanakan. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu perbuatan tanpa syarat dan tanpa mengharapkan balasan. Ikhlas termasuk dalam sifat terpuji atau mahmudah. Ikhlas akan menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu dikira sebagai amal soleh dan ibadah atau sebaliknya. Persahabatan yang ikhlas semata-mata kerana Allah, iaitu bertemu dan berpisah semata-mata kerana-Nya bakal diberi perlindungan arasy. Maka, niat asas dalam sesebuah persahabatan yang saya bina sentiasa bertunjangkan keikhlasan, bukan berdasarkan kedudukan dan kepentingan yang tersembunyi.

Persahabatan yang ikhlas terjalin tanpa sebarang syarat. Maksudnya, rakan akrab diterima seadanya. Prinsip ini saya pelajari menerusi bacaan tentang pembimbing rakan sebaya di sekolah.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment