Perpaduan atau keutuhan masyarakat berbilang-bilang kaum di Malaysia sering diungkapkan sebagai insurans atau jaminan kemakmuran dan pembangunan negara. Setelah melalui proses sejarah pembentukan masyarakat majmuk dalam tempoh yang cukup panjang, hakikat sosial kini tidak mungkin dapat diundur ke masa lalu. Tiada mesin masa sebagaimana imaginasi ekstrem watak Doraemon.
Peredaran masa bererti generasi berganti generasi. Kepesatan perkembangan reka cipta dan teknologi telah mengubah cara generasi semasa berkomunikasi, berinteraksi, berfikir, bertingkah laku dan bertindak. Proses membina jati diri dan semangat patriotik tidak semudah dahulu, lantaran generasi muda memiliki capaian maklumat di hujung jari dan dalam masa sebenar.
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) yang cuba mendekatkan hubungan murid sekolah kebangsaan dengan sekolah vernakular ialah antara usaha terancang bagi memupuk semangat perpaduan generasi muda harapan negara. Pelbagai kegiatan kurikulum, koakademik, kokurikulum dan sukan telah diusahakan supaya jalinan yang lebih kukuh dan suci hati antara murid pelbagai latar belakang keturunan, kepercayaan, tahap sosioekonomi dan pencapaian akan menuju hasrat perpaduan. Mata pelajaran Sejarah juga diberikan status wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bagi memastikan semua murid memiliki sejumlah pengetahuan yang mencukupi tentang proses pembentukan negara, peruntukan perlembagaan, kontrak sosial dan dasar awam.
...
...
pelajar prauniversiti SMK St. Michael, Ipoh tidak kekok bercampur gaul
dengan rakan pelbagai latar belakang
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment