Kesungguhan seorang pemuda yang sudah berjam-jam lamanya berusaha memotong sebatang pokok menarik perhatian seorang dewasa. Dipendekkan cerita, orang dewasa menyarankan orang muda tadi supaya menggunakan alat memotong pokok (gergaji, kapak) yang lebih tajam. Prinsip kebijaksanaan dan perancangan dalam sesuatu kerja telah cuba disampaikan kepada orang muda yang banyak tenaga dan bekerja keras.
Berulang-ulang kali juga kita mendengar saranan bahawa bekerja dengan bijak lebih berkesan daripada bekerja dengan keras (working smart rather than working hard). Demikian juga prinsip tukang kayu bahawa ukur dua kali, potong sekali sahaja (measure twice cut once). Kebijaksanaan dan perancangan ialah asas kepada kepintaran individu dan kepintaran berpasukan yang boleh menjamin kecemerlangan dalam persekitaran yang memiliki kepesatan perubahan yang luar biasa dan sukar untuk diramalkan.
Walaupun kebanyakan naskhah motivasi atau dorongan kendiri (self help) sering berupa gagasan dan ungkapan yang bersifat kitar semula, sambutan pembaca masih hebat justeru pengolahan yang dijuruskan terhadap isu semasa lebih dekat dengan generasi baru. Kalau dalam dunia muzik, pendekatan sedemikian digolongkan sebagai jalur remix dan susunan nafas baharu. Maka, pengalaman motivasi sejak zaman-berzaman itu dipersembahkan dengan nilai tambah sentuhan terkini pengarang yang berwibawa dari segi kelayakan akademik dan kepakaran rundingan.
...
...
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment