Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain
Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam.
Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan.
Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka.
Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.
Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani.
Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.
(Disalin daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir
MOHON DOWNLOAD DOA NI CIKGU....TQ
ReplyDeleteSilakan tuan taufik
ReplyDeletekita beri kredit kepada Darul Fikir ...
Syukran ustaz.
ReplyDeleteMohon download doa ini Cikgu....
ReplyDeletemohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteMohd Nor Hassan.
mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteMohd Nor Hassan.
Allahuakhbar...
ReplyDeletesaya mohon share dan download cikgu
ReplyDeletemohon download doa ini...shukran jaziilan
ReplyDeletemohon download doa ini...shukran jaziilan
ReplyDeleteTerima kasih ustaz.. Moga Allah merahmati hidup ustaz dan keluarga
ReplyDeletemohon download doa ini...shukran jaziilan
ReplyDeletemohon download cikgu
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.Mohon share.
ReplyDeletemohon copy dan print ye cikgu..terima kasih..moga Rahmat Allah buat cikgu dan keluarga..:)
ReplyDeleteMohon download cikgu.
ReplyDeleteTERIMAKASIH perkongsian ilmu milk Allah
ReplyDeleteterima kasih kembali tuan puan. silakan ...
ReplyDeleteMohon download n amalkn cikgu..moga Allah sntiasa mrahmati cgu..
ReplyDeleteMohon copy dan print untuk kegunaan majlis khatam quran. Semoga usaha cikgu diberkati dan dirahmat Allah swt...
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Nk download mcm mna
ReplyDeleteAssalamualaikum Mohon izin download ustaz
ReplyDeletemohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteMohd Nor Hassan.
TQ cikgu Mohon copy ..
ReplyDeleteSalam cikgu.. Minta izin sy copy ye
ReplyDeleteSalam cik gu ,
ReplyDeleteMohon download ye. Tiap kali lepas ngaji baca doa ni. Alhamdulillah. Ada yg allah dh kabulkan.terimakasih cik gu. Jzkk
Assalam.saya mohon untuk share doa ini. Jazakallahu khoyr
ReplyDeletesy minta izin copy ye tuan
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya mohon copy dan shate doa ini ya cikgu. Terima kasih ya cikgu.
ReplyDeleteAssalamualaikum , Mohon download & amalkan cikgu
ReplyDeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteSaya mohon download doa ini dan share utk d amalkan...trima kasih
Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteMohon download doa ini untuk amalan...
Assalamualaikum cikgu. Alhamdulillah, saya khatam al quran pagi ni. Izinkan saya download doa ini. TK.
ReplyDeleteAssalamualaikum, terima kasih Cikgu
ReplyDeleteSalam..boleh ke saya guna doa ini sebagai doa harian?
ReplyDeleteMohon share cikgu, terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah..aaminn2 yra..terima kasih byk cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz. Sy mohon menggunakan doa ini. Terima kasih
ReplyDeleteWa alaikumussalam. Terima kasih semua kerana sudi singgah di sini. Silakan kongsi, salin atau screen shot. Insya-Allah, doa khatam al-Quran ini kalimah2 yang baik. Untuk bacaan harian pun tiada masalah. Semoga rahmat Allah sentiasa atas diri kita semua. amin ... (kredit untuk Darul Fikir)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukran jazilan diatas perkongsian doa khatam al-Quran.
ReplyDeleteTk ustaz izinkan sy download dah share. Tk.
ReplyDeleteSalam...mohon copy doa ini ya tuanπππ
ReplyDeleteAsslm...mohon copy doa ni tuan..jazakallhu khairon prkongsianny
ReplyDeleteMOHON DOWNLOAD DOA INI C AZHAR
ReplyDeleteThat's really amazing recitation about (doa khatam quran rumi). Thanks for sharing. I really love it.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMinta izin copy doa ini kerana nak edit kesalahan-kesalahan ejaan yang dijumpai.
Mohon izin untuk diguna dalam majlis khatam tahun ini. selalu ustaz-ustaz baca dalam bahasa Arab...berapa ramai yang faham maksudnya? Doa yang cikgu buat ini sangat bagus.