Penetapan nama sesebuah petempatan baharu, termasuk kawasan perumahan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Proses penamaan sesebuah kedudukan geografi sangat mustahak untuk tujuan pemetaan, pewartaan dan urusan rasmi yang lain. Malah, perubahan maklumat dalam sistem kedudukan sejagat (global positioning system, GPS) sangat bergantung kepada nama kawasan yang diwartakan secara rasmi oleh jabatan pemetaan.
Cadangan nama sesebuah kawasan dan petempatan lazimnya dipengaruhi oleh sejarah, kedaan fizikal, tokoh atau mengambil sempena feneoma alam yang tertentu. Maka, setiap tempat yang memiliki nama yang menarik biasanya mempunyai justifikasi yang tersendiri. Pemaju perumahan pula mungkin merujuk senarai nama yang sudah sedia ada pada PBT atau mengupah pakar runding penjenamaan.
Nama sesebuah kawasan menjadi harum dan terkenal atas beberapa sebab. Antara lain kegiatan ekonomi yang istimewa, atau terdapat institusi pengajian yang bertaraf kebangsaan dan anatarabangsa. Pendek kata, kawasan yang kerap menjadi tumpuan, atau sering dikunjungi akan menjadi sebuatan, lalu tersebar secara meluas.
Taman Cempaka ialah salah satu nama kawasan perumahan yang menjadi pilihan pemaju perumahan dan PBT. Cempaka ialah spesies bunga yang masyhur di alam Melayu (klik di sini). Tidak dinafikan bahawa di samping mempersonakan mata yang memandang, bunga cempaka memiliki khasiat herba yang tersendiri (klik di sini).
Gambar di atas ialah label Taman Cempaka berdekatan Hotel Empress, Sepang, Selangor Darul Ehsan. Berjiran dengannya ialah Taman Teratai yang menempatkan Surau al-Falah yang memaparkan tag line 'Rehat dan Solat'. Sepertimana Taman Cempaka yang lain, tidak kelihatan sebarang replika bunga cempaka di situ.
Taman Cempaka Sepang dan Taman Cempaka Dungun sebagai contoh tidak mungkin berupaya menandingi Taman Cempaka Ipoh dari segi populariti. Taman Cempaka Ipoh terkenal di seluruh negara kerana di sana terdapat politeknik tertua di Malaysia, iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), sekolah berasrama penuh terkemuka (Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Star) dan suatu ketika dahulu Maktab Perguruan Ipoh. Jiran berhampiran termasuk Kolej Vokasional (dahulu Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash), Sekolah Izuddin Shah, Institut Penyelidikan Haiwan dan Jabatan Geosains.
Taman Cempaka Ipoh juga dikenali sebagai pusat salinan fotokopi kadar murah, sejajar dengan kuasa beli pelajar. Walaupun tidak ada pasar raya besar, medan perniagaan pasar basah dan medan selera di situ mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk berhampiran. Tambahan pula, Taman Cempaka Ipoh turut menjadi laluan untuk menuju banyak kawasan perumahan lain di Ampang, Gunung Rapat dan Rapat Setia, serta bersambung ke Tambun dan Plaza Tol Ipoh selatan.
Pada asalnya Taman Cempaka Ipoh dimajukan sebagai kawawan perumahan kos rendah dengan saiz lot 14 X 60 kaki sahaja dan dijual dengan harga RM17,000. Namun, kini dengan status sebagai kawasan tumpuan pelajar dan orang ramai, nilai rumah di situ sudah meningkat kira-kira sepuluh kali ganda daripada harga asal. Lot kedai semuanya disewa, serta sentiasa dikunjungi ...

No comments:
Post a Comment