Teks ucapan persaraan di bawah ialah ubahsuaian daripada ucapan Encik Phoon Chong Chee, pengetua SMK St. Michael, Ipoh beberapa tahun yang lalu. Namun, format penyampaian dan idea ucapan beliau masih relevan dengan persekitaran pendidikan semasa. Terima kasih Encik Phoon Chong Chee kerana sudi berkongsi input yang penting ini.
Assalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Salam sejahtera
dan selamat pagi
Terima kasih
pengacara majlis
Yang Berusaha Penolong
Kanan
guru-guru kanan,
guru,
tetamu-tetamu
yang dihormati
dan warga SMK _______________________________________, Ipoh
sekalian
Secara peribadi
saya sangat berterima kasih atas penganjuran majlis persaraan saya pada pagi
ini. Saya juga berasa terharu dengan kehadiran tetamu kehormat, sahabat, serta
tuan puan yang selama ini begitu banyak membantu dan menyokong saya dalam
proses memberikan sentuhan kepimpinan dan pengurusan yang tepat kepada sebuah
institusi pendidikan yang telah sekian lama memupuk pengalaman pembelajaran
kepada generasi muda kita, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan _________________________________.
Saya berasa yakin bahawa segala kekuatan, pencapaian dan tradisi yang telah
diasaskan selama hampir 100 tahun yang lalu akan memacu SMK__________________________
mendaki puncak kejayaan yang lebih tinggi.
Sepanjang tempoh ___
tahun saya berkhidmat di SMK _____________________________, saya telah melalui
pengalaman perkhidmatan yang begitu menarik walaupun cabaran-cabaran yang
muncul memerlukan saya membuat keputusan dan pertimbangan yang saksama, sejajar
dengan segala kehendak pendidikan, serta pada akhirnya membawa manfaat kepada
pelajar sekolah ini. Proses menyediakan modal insan minda kelas pertama
menerusi pendidikan ialah agenda kepimpinan sekolah yang tidak boleh
dikompromikan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Antara ukuran
kejayaan sesebuah sekolah ialah kepercayaan ibu bapa dan masyarakat, serta
pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang, khususnya kurikulum, kokurikulum,
disiplin dan sahsiah. Pada hari ini, saya ingin menyatakan perasaan lega saya
kerana SMK _______________________ boleh disifatkan telah mencatatkan kejayaan
demi kejayaan yang diharapkan. Saban tahun pasti ada pelajar yang menonjol dan
boleh dibanggakan, walaupun pihak sekolah masih berusaha membantu kumpulan
pelajar yang dikenal pasti memerlukan perhatian dan tumpuan yang khusus.
Pada kesempatan
ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memungkinkan SMK _____________________________ mencapai
kejayaan demi kejayaan. Saya berasa terhutang budi dengan semua guru yang
sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan dan mengasihi pelajar kita, kepada
PIBG yang sentiasa bersedia menghulurkan sokongan, kepada persatuan bekas
pelajar yang begitu mengambil berat terhadap alma mater mereka, kepada Lembaga Pengelola Sekolah yang sentiasa
mencari jalan terbaik demi kemajuan sekolah. Kerjasama dan sokongan yang diberikan telah
meletakkan SMK __________________________ pada landasan pencapaian yang tepat.
Tidak dilupakan
juga ialah bantuan, sokongan dan sumber yang dihulurkan oleh pihak berkuasa
pendidikan, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri
Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara. Demikian juga kepada kepimpinan
kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang prihatin terhadap keperluan sekolah
ini. Saya berharap bahawa segala kerjasama dan sokongan yang terjalin akan
terus bertambah kukuh pada masa hadapan.
Hadirin yang
dihormati,
Khusus buat
guru-guru SMK ________________________, teruskanlah segala usaha, bakti dan
sumbangan tuan puan sepanjang perkhidmatan demi kebaikan pelajar. Selaras
dengan ikrar, etika dan kehendak profesion keguruan, berpeganglah kepada
prinsip bertindak secara profesional. Di tangan tuan puan, martabat profesion
keguruan dapat diangkat, dipelihara dan dipertahankan menerusi kod etika dan
tingkah laku yang dijadikan amalan sebagai ahli ikhtisas.
Peranan tuan puan
dalam menggembleng bakat, potensi dan fakulti dalam diri pelajar abad ke-21 ini
lebih bersifat sebagai pemudah cara atau fasilitator, iaitu suatu perubahan
peranan daripada sekadar penyampai ilmu pengetahuan semata-mata. Saya juga
berharap tuan puan akan terus fokus terhadap segala objektif yang hendak
dicapai.
Kepada pelajar
SMK __________________________, serlahkan peranan anda sekalian supaya dapat
merealisasikan potensi yang ada. Berbanggalah kerana anda ialah salah seorang
daripada anggota keluarga besar SMK _____________________. Kalian sangat
bertuah justeru memiliki segala kemudahan dan sumber pembelajaran yang terbaik
di SMK __________________________.
Seterusnya kepada
barisan pentadbir SMK ____________________________.
Saya berharap
bahawa tuan puan akan terus melakukan segaya upaya bagi menyediakan ekosistem
dan persekitaran sekolah yang selamat dan selesa supaya semua pihak yang
berkepentingan, iaitu murid, guru, dan Lembaga Pengelola Sekolah, serta pentadbiran
sekolah sendiri dapat bersama-sama menuju ke arah pencapaian visi dan misi SMK ___________________________________.
Saya juga ingin
mengambil peluang ini untuk melafazkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
isteri, anak-anak dan seluruh anggota keluarga saya sendiri yang sentiasa
memberi inspirasi dan sokongan yang sangat diperlukan dalam menyempurnakan
tanggungjawab rasmi saya. Barangkali
sesenarai panjang lagi pihak yang tidak dapat saya sebutkan secara khusus dalam
majlis ini sesungguhnya telah menjadi kekuatan kepada diri saya bagi menggalas
segala tanggungjawab selama lebih tiga dekad bergelar sebagai penjawat awam.
Tuan puan, para
tetamu dan sidang hadirin yang dikasihi.
Sebelum mengakhiri
ucapan, izinkan saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas apa-apa jua
kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang perkhidmatan saya, khususnya di
SMK ___________________________. Yang baik jadikan teladan, yang tidak baik
jadikanlah sempadan. Saya berharap bahawa hubungan baik dan komunikasi yang
telah terjalin antara kita akan dapat dipanjangkan lagi walaupun saya secara
rasminya akan mula bersara daripada perkhidmatan pelajaran mulai esok.
Sekian, terima
kasih.
Terima kasih, cikgu atas perkongsian bahan.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang amat berguna. Banyak membantu saya
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, saya rujuk untuk kegunaan saya.
ReplyDeleteterima kasih atas bahan
ReplyDeleteKarangan ini membuat sy cemerlang dalam Bahasa malayu dn dpt Aplus
ReplyDelete