Friday, February 20, 2015

BAB 7 NOVEL ‘PANTAI KASIH’ TINGKATAN 4 (BEYOND IMAGINATION AND MANIPULATION)



Sinopsis Bab 7
(rujukan naskhah asal edisi murid: muka surat 102 – 118)

Felicia Landosi terperangkap di ruang farmasi PRPK apabila mendapati anak kunci yang diletakkan pada pintu tiada di situ. Dia rasa teraniaya sebagaimana terpaksa mendengar teguran Dr. Raiha tentang etika kejururawatan sebelumnya. Peristiwa kebakaran kereta Porsche Dr. Sadiz, ibu tua Unong Siron dan zaman kanak-kanaknya juga menjelma. Beban rahsia yang mendorong pengambilan ubat batuk bertambah berat apabila anak kunci tidak ditemui. Felicia tersandar keletihan di dinding sambil melayan dilema antara etika dengan kuasa tenaga pakar perubatan di PRPK.

Berbanding dengan ketika ditegur oleh Dr. Raiha, Felicia hanya berdiam diri terhadap amaran Dr. Uwang tentang sumpah kejururawatannya kerana diikat dengan tawaran gaji lumayan. Perasaan bersalah itu cuba ditutupnya dengan meneguk ubat batuk, tetapi gangguan emosi suara aneh muncul juga. Semasa kecil Felicia dijadikan bahan persendaan justeru bapa kandungnya tidak ketahuan, manakala ibunya wanita bebas. Dia dibesarkan dengan disiplin yang ketat, lalu memberontak dan kini saban hari bertengkar dengan ibunya.

Khayalan Felicia berkembang dengan gambaran kotak dan cecair ubat berterbangan di udara, serta bayangan Dr. Sadiz menyerahkan gelen minyak petrol kepadanya. Tiba-tiba igauan Felicia terhenti apabila mendengar ketukan dari luar pintu farmasi. Felicia menyangka Dr. Raiha mengintipnya, tetapi berdiri di situ seorang lelaki kacak berpakaian doktor. Dalam keadaan separuh sedar, dia menyebut nama Dr. Uwang, tetapi lelaki itu menafikan dia doktor gila wang. Lelaki itu kemudian mengaku apabila Felicia menyebut nama Dr. Mohammad. Felicia akhirnya rebah di bahu ‘doktor’ lelaki yang prihatin untuk menolongnya itu.

***

Dr. Raiha yang tiba di PRPK dalam keadaan rusuh mendapati kereta Dr. Uwang tiada di tempatnya. Raiha berusaha melepaskan dirinya daripada melayan daya khayalnya seperti di kondominium petang tadinya. Dia mahu bersangka baik dengan Dr. Uwang, ketua dan majikannya di PRPK, lebih-lebih lagi perhatian khas terhadap kes Unong Siron sehingga dia 'dihubungi sendiri' oleh Uwang. Setelah tercegat beberapa ketika di luar, Raiha bergerak pantas menuju wad Unong Siron.

Ketika melintas di ruang penyambut tamu PRPK, Raiha disapa mesra oleh Dr. Alex Ng. Raiha kaget apabila Ariana Abdullah memberitahu tiada panggilan kecemasan dibuat, malah Dr. Uwang tiada di PRPK sejak siang. Dr. Alex Ng mengandaikannya panggilan palsu budak nakal. Raiha mula mengesyaki Dr. Uwang mahu mengganggu psikologinya, tetapi berasa mustahil Uwang bersikap keanak-anakan begitu. Alex Ng menegaskan semula pendapatnya, lantas Raiha cuba mengelak perhatian Alex Ng dengan alasan hendak menjenguk Unong Siron. Raiha mahu menghindari jambatan kemesraan Alex Ng.

Raiha membuang bayangan arwah suaminya Dr. Sadiz, lalu kembali fokus terhadap tujuannya ke PRPK malam itu. Raiha rusuh mengenangkan komplikasi Unong Siron sedangkan dirinya sendiri tidak terawat. Langkah Raiha di luar pintu wad terhenti apabila gambaran Dr. Sadiz melayah di hadapannya. Raiha bertekad mengunci pintu hatinya daripada terus terdedah dengan peristiwa silam itu.

Watak dan perwatakan

Felicia Landosi:  terlalu mengikut perasaan, cuba meringankan beban rahsia peristiwa silam dengan pengambilan ubat batuk secara tidak terkawal

Dr. Raiha: bertanggungjawab, bergegas ke PRPK setelah menerima ‘panggilan kecemasan Dr. Uwang’ tentang kes Unong Siron

Dr. Alex Ng:  peka, meminta Dr. Raiha tidak melayan panggilan palsu sebagaimana yang sering diterima di PRPK

Ariana Abdullah:  berterus terang, segera menafikan sebarang panggilan kecemasan daripada PRPK kepada Dr. Raiha

Latar masyarakat

Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan / emosional

Masyarakat yang bertanggungjawab

Masyarakat yang peka terhadap persekitaran tempat bertugas

Nilai

Keteguhan

Kepekaan

Kejujuran

Persoalan

Keteguhan diri dalam menghadapi tekanan

Kepekaan terhadap persekitaran tempat bertugas

Kejujuran dalam memberikan maklumat

Pengajaran

Kita hendaklah teguh diri dalam menghadapi tekanan / kita janganlah terlalu mengikut perasaan

Kita hendaklah peka terhadap persekitaran tempat bertugas

Kita hendaklah jujur dalam memberikan maklumat

Latar tempat

Ruang farmasi, Pusar Rawatan Pantai Kasih (PRPK)

Di luar bangunan PRPK

Ruang penyambut tamu PRPK

Latar masa

Menjelang tengah malam

Musim kemarau yang membahang

Perbincangan kbkk / kbat

Pengurusan stres dalam kalangan pekerja

Teknologi mencegah panggilan palsu

Komunikasi di tempat kerja / belajar

No comments:

Post a Comment