Thursday, February 19, 2015

NIKMAT KEHIDUPAN YANG SERING TERLEPAS PANDANG (THE UNSEEN CROWN)

Sifat pelupa, dalam hal tertentu, hakikatnya suatu nikmat besar. Misalnya, ketika menghadap hidangan, seseorang itu melupakan segala perkara tidak baik yang boleh mematahkan selera makannya. Namun, sifat pelupa tidak pula boleh terjadi kepada kebanyakan perkara dan urusan.

Lupa terhadap janji mengakibatkan banyak pembaziran sumber masa, tenaga dan wang ringgit. Lupa terhadap masakan yang sedang dipanaskan di atas dapur mengakibatkan bau hangit tanda rentung. Lupa yang demikian dahsyat ialah suatu bentuk kecuaian yang mendatangkan mudarat.
keratan akhbar Kosmo! , 20.2.15

Penceramah motivasi kerap memberi contoh betapa orang yang tidak memilki kereta hendaklah bersyukur justeru masih banyak yang hanya memiliki motosikal atau basikal. Orang yang tidak memakai kasut masih bertuah kerana ada sepasang kaki. Kata hukamak, jika dalam hal rezeki at orang yang di bawah, tetapi dalam hal ilmu lihatlah orang di atas kita.

Bijak pandai juga berkata bahawa kesihatan adalah mahkota yang hanya dapat dilihat oleh si sakit. Orang yang sihat hanya menghargai anugerah suara apabila peti suaranya disahkan bermasalah oleh doktor pakar. Apabila sudah terlantar di pembaringan barulah terasa betapa bahagianya jika boleh bergerak seperti biasa.

Paparan berita di atas membuktikan bahawa kemampuan mendengar sangatlah berharga. Nikmat pendengaran hendaklah disyukuri serta dijuruskan ke jalan yang baik, benar dan berguna. Pendengaran yang jelas memacu kehidupan yang se0jahtera.

...

...

...

No comments:

Post a Comment