Teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama, watak utama (Lili) sebagai pencerita
Sinopsis Bab Satu, muka surat 1 -6
Lili, 17, harus melupakan keinginannya untuk
mengisi cuti sekolah (menengahnya) yang terakhir bersama rakan bagi menjaga
hati ibunya ibunya yang mahu dia di ke rumah datuk dan nenek di kampung. Ibunya
seorang wanita berkerjaya, cantik dan pandai memujuk. Lili 'berbohong' dengan
menafikan cakap ibunya bahawa sebenarnya dia tidak gembira bercuti di kampung.
Ibu memimpin Lili ke bilik air, kemudian terus memberi nasihat dari luar.
Usai mandi, ibu masih di situ membantu mengelap
tubuh Lili bagaikan melayan anak kecil. Lili melebarkan senyumannya bagi
menghilangkan kecurigaan ibunya. Masa berkualiti anak-beranak itu berakhir
dengan pujian 'budak baik'.
Sinopsis Bab Dua, muka surat 7 - 15
Lili berusaha mengikhlaskan dirinya ketika mahu
meninggalkan rumahnya di Kuala Lumpur bagi menempuh perjalanan selama lapan jam
dengan bas ekspres. Lili memilih tempat duduk paling belakang sambil membaca
buku tentang pemakanan sihat. tiba-tiba seorang gadis yang sedikit kelam-kabut
menjatuhkan beberapa barang kecil duduk di sebelahnya. Geetha, 19, mahasiswi
kejuruteraan awam Universiti Malaya.
Geetha memulakan perbualan tentang cita-cita dan
persaingan, tetapi Lili tidak menetapkan apa-apa, malah berasa dia tidak pernah
bersaing. Geetha menegaskan bahawa peredaran waktu mengubah banyak perkara,
lantas seseorang itu tidak boleh lambat kerana pilihan akan semakin
sempit.
Menyedari Lili tidak berminat, Geetha menubah
perbualan terhadap herba lumatan Brahmi di India. Lili berasa pelik justeru
Geetha seolah-olah sudah kenal dengannya begitu lama. Geetha menguap dan
kemudian berdengkur. Pandangan Lili beralih kepada seorang pemuda persis Cina
tau kacukan yang sedang tersenyum kepadanya.
Watak dan perwatakan
Lili / 'aku': Remaja berusia 17 tahun, patuh /
taat. Menuruti rancangan ibunya bercuti di kampung sehingga sanggup
menyembunyikan hasrat sebenar dirinya.
Ibu Lili: penyayang, mengambil berat tentang
segala hal ehwal anaknya walaupun dia sudah anak dara sunti
Geetha: peramah, prihatin. Sedia berkongsi
pengalaman dengan Lili yang baru dikenali. Menukar tajuk perbualan demi perasan
bahawa Lili tidak selesa.
Latar masyarakat
Masyarakat yang patuh / taat
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat yang peramah, masyarakat yang prihatin
Nilai
kepatuhan / ketaatan
kasih sayang
keramahan, keprihatinan
Persoalan
kepatuhan / ketaatan kepada ibu
kasih sayang sesama keluarga
keramahan dalam pergaulan, keprihatinan terhadap
keselesaan orang lain
Pengajaran
Kita hendaklah patuh / taat kepada ibu bapa
Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
Kita hendaklah ramah dalam pergaulan; kita
hendaklah prihatin terhadap keselesaan orang lain
Latar tempat
rumah Lili
tempat duduk belakang bas ekspres
Latar masa
pagi waktu bangun tidur
pagi waktu perjalanan bas
Perbincangan kbkk / kbat
Tolak ansur dalam keluarga
Pengaruh pengalaman orang lain dalam proses
membuat keputusan
No comments:
Post a Comment