Tuesday, February 3, 2015

BAB 32 NOVEL 'LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA: TUMPAH DARAH PERWIRA (SAD ENDING BUT WITH GLORY)



Prakata

Setelah agak lama watak utama ditenggelami oleh episod peperangan yang memberi tumpuan kepada jeneral British dan Jepun, Leftenan Adnan muncul kembali. Jika dilihat tajuknya semacam memberi petunjuk bahagian paling penting dalam perjuangan watak utama. Walaupun masih berbaki lima bab, segalanya sudah antiklimaks. Air mata sudah tumpah ...

Rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 323 - 335

Sinopsis

Leftenan Renya Mutuguchi memerintahkan serangan terhadap pertahanan askar Melayu di Bukit Candu diperhebat sebelum masuk menyerbu. Leftenan Adnan pula memerintahkan penggunaan bom tangan dalam keadaan bilangan anggota yang semakin berkurangan. Beliau memberi kata semangat supaya berjuang hingga ke titisan darah terakhir, sambil berjimat peluru (satu peluru satu musuh). Peluang semakin tipis, tetapi askar Melayu terus bertahan sambil melaungkan takbir. Sarjan Husin nekad menembak mati beberapa orang tentera Jepun yang mendekati kubu sebelum dia sendiri gugur.
Apabila diberitahu peluru mesingan sudah habis, Leftenan Adnan memerintahkan penggunaan sebarang senjata yang ada. Prebet Nasir juga gugur. Leftenan Adnan mengambil mesingan Lewis sehingga berjaya membunuh banyak askar Jepun, tetapi bilangan yang datang bertambah ramai. Sebutir peluru mengenai bahu kiri Leftenan Adnan.

Jeneral Percival memerintahkan tentera Australia membantu askar Melayu di Bukit Candu, tetapi terhalang di pertengahan jalan. Serangan hebat Jepun menyebabkan mereka berundur sambil memerhati ke arah Bukit Candu dengan simpati.

Leftenan Adnan menahan kesakitan, tetapi masih tidak mengalah walaupun diberitahu bilangan askar Melayu hanya berbaki 42 orang. Mayat askar kedua-dua belah pihak bergelimpangan. Leftenan Adnan sempat membunuh seorang askar Jepun dengan bayonet ketika cuba menembak Sarjan Arshad. Akhirnya askar Jepun juga kehabisan peluru. Pertempuran bertukar kepada kekuatan tangan dan senjata tajam.

Leftenan Adnan ditikam di kiri perutnya, tetapi masih mampu membubuh banyak askar musuh. Kemudian leftenan Adnan ditikam di bahagian belakang. Demi melihat Sarjan Arshad ditetak bertubi-tubi, Leftenan Adnan yang cedera parah terus menerpa ke arah askar Jepun. 
Mutuguchi mengancam untuk menembak askar Jepun yang berundur. Dia tahu tentangan askar Melayu semakin lemah. Maka, dia mahu Leftenan Adnan ditangkap hidup-hidup. Hanya Leftenan Adnan dan Koperal Yaakub masih bernyawa. Leftenan Adnan diserkup dengan guni, sementara Koperal Yaakub menahan nafas berpura-pura mati. 

Mutuguchi menghina Leftenan Adnan sebagai anjing British, tetapi Adnan menafikannya. Mutuguchi membelasah Adnan yang tersungkur tidak bermaya. Setelah disimbah air dan sedar daripada pengsan, Leftenan Adnan diikat dan digantung pada dahan pokok ceri. Hanay wajah anak isteri terbayang. Mutuguchi menikam perut Leftenan Adnan sekuat hati. Raungan serta kalimah syahadah kemudian lenyap. Tubuh Leftenan Adnan berkecai ditikam oleh askar-askar yang lain. 

Setelah pertempuran tamat, Deris, Leman dan Abu menujukubu askar Melayu merentasi hutan. Mereka melaporkan pemandangan yang menyayat hati itu kepada Penghulu Deraman yang kemudiannya datang untuk pengurusan jenazah. Dia dapat mengecam mayat Leftenan adnan. Semua mayat dikebumikan tanpa dimandikan atau dikafan, sebaliknya dengan pakaian sedia ada. Sebelum lubang siap digali, askar Jepun kembali ke situ menyebabkan urusan pengkebumian terbantut.

Watak dan perwatakan

...

...

...

...

...

...

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...

...

...

Latar masa

... 

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

1 comment: