Friday, March 13, 2015

BAB LIMA BELAS, BAB ENAM BELAS NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN' (DIFFERENT STYLES OF BEHAVIOUR AND PERSONALITY TRAITS)

Sinopsis Bab 15
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 107 - 113)

Geetha tetap mahu membantu di dapur walaupun nenek berhujah tidak baik bagi tetamu melakukan kerja tuan rumah. Geetha kemudian menggembirakan nenek bahawa ibunya serasi dengan rawatan kampung. Sambil memasak, nenek membuka cerita zaman mudanya bersama datuk menyebabkan 'aku' berasa segan dengan Geetha, orang asing dalam keluarga. Semasa minum, Geetha membangkitkan sifat pendiam 'aku', tetapi nenek menceritakan perihal kehebatan aku dalam pelajaran sehingga boleh jadi hakim.

'Aku' cuba mengubah tanggapan terhadap gurauan seperti yang ditunjukkan oleh Geetha dan nenek. Pada sebelah malamnya mereka berbual panjang sebelum menyedari datuk masih tidak pulang. Abang Rashid berjanji untuk mencari datuk. Geetha sedikit hairan tentang alasan anak dara tidak manis keluar malam. Cadangan untuk melihat matahari terbit juga dibatalkan.

Apabila datuk muncul pada waktu Subuh dengan dua bakul penuh akar kayu dan daun, nenek segera meleteri datuk. 'Aku' beredar ke bilik kerana tidak mahu mengganggu mereka, sedangkan Geetha masih nyenyaak berdengkur.

Sinopsis Bab 16
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 114 - 122)

Datuk tidak menunjukkan rasa bersalah atas kebimbangan nenek atau bersimpati dengan Abang Rashid yang keletihan mencarinya dari tengah malam hingga ke pagi. Nenek bercekak pinggang di belakang datuk, sambil 'aku' dan Geetha berpandangan. 'Aku' berasa kelakar. Tiba-tiba muncul Danel menyapa datuk seolah-olah mereka tidak pernah bertengkar tempoh hari.

Geetha berpendapat bahawa Danel cute, cool dan kemas. Kemudian, Geetha membuat keputusan untuk pulang pagi itu juga sebagai memenuhi janji dengan ibunya. Geetha menemani 'aku' ke kedai runcit Ah Kwan bagi mencari barang pesanan nenek sebelum berpisah di situ. Tiba-tiba 'aku' melihat tiga orang pemuda sedang dikejar oleh dua orang lelaki berparang. Seorang wanita cuba menenangkan 'Che Jah'. 'Aku' membuat keputusan untuk meninggalkan kekecohan itu.

Di rumah, Danel sedang diurut dengan kaki datuk. Nenek memberitahu bahawa Mak Jah mengejar anaknya yang gemar mencuri barang kepunyaannya. Nenek juga menegaskan bahawa datuk tidak pernah memusuhi bekas pesakitnya yang beralih kepada rawatan moden, melainkan hanya berasa sedikit kecewa. Demikian juga hubungannya dengan Danel. Pada sebelah malamnya Danel datang lagi, tetapi untuk menyerahkan buku koleksi penulisannya tentang buah-buahan kepada 'aku'.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: peka. Meninggalkan nenek yang sedang meleteri datuk sebagai menghormati urusan orang tua.

Geetha: Peramah. Suka bergurau dan mengusik 'aku' tentang sifat pendiam yang sesuai untuk menjadi hakim mahkamah.

Danel: Pandai mengambil hati / memujuk. Cepat-cepat memulihkan hubungan dengan datuk setelah menamatkan rawatan ayahnya dengan datuk. Sebaliknya Danel sendiri menerima urutan kaki datuk.

Datuk 'aku':  pemaaf. Tidak bersikap memusuhi Danel yang pernah disifatkannya sebagai tidak tahu menjaga hati orang tua.

Nenek 'aku': suka berterus terang. Memberitahu 'aku' cerita sebenar di sebalik adegan kejar-mengejar yang dilihat oleh 'aku' semasa balik dari kedai.

Abang Rashid:  patuh. Tetap mencari datuk dari malam hingga ke pagi tanpa menghiraukan keletihan.

Latar masyarakat

Masyarakat yang peka terhadap persekitaran

Masyarakat yang peramah

Masyarakat yang pemaaf

Nilai

Kepekaan

Keramahan

Kemaafan

Persoalan

Kepekaan terhadap persekitaran yang dihadapi

Keramahan dalam komunikasi / pergaulan / perhubungan manusia

Kemaafan terhadap orang yang mengecilkan hati

Pengajaran

Kita hendaklah peka terhadap keperluan persekitaran yang dilalui

Kita hendaklah bersifat ramah dalam komunikasi

Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain

Latar tempat

Ruang dapur rumah nenek

Kedai runcit Ah Kwan

Latar masa

malam

pagi

Perbincangan kbkk / kbat

Menghormati prinsip bersendirian / privasi orang lain

Baik buruk bersenda gurau

Contoh soalan aras komsas

Huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan unsur suspens dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Penulis novel sering menyelitkan unsur lucu dalam karya mereka.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, beri dua sebab berkaitan pernyataan di atas.

1 comment: