Penulis blog (PB) sekeluarga
bergerak dari MRSM Parit hampir pukul enam petang. Pergerakan kenderaan macam
kura-kura berhampiran plaza tol Ipoh Selatan menimbulkan kebimbangan bahawa
laluan ke utara Semenanjung mengalami kesesakan luar biasa. Namun, kemungkinan
bahawa terdapat kerja naik taraf lebuh raya atau sekatan pihak polis yang
menjadi punca.
Akhirnya, jawapan kepada andaian
yang dibuat ialah pilihan pertama, iaitu kerja naik taraf. Laluan di hadapan
menjadi ‘muncung botol’ mengakibatkan kesesakan. Lanjutan itu, pergerakan
kenderaan masih perlahan hingga ke plaza tol Ipoh Utara berhampiran Lembah
Meru. Setelah kembali lancar, kedaan pergerakan perlahan tadi terjadi semula
menghala keterowong Menora, Kuala Kangsar.
…
…
…
…
…
…
No comments:
Post a Comment