Monday, January 11, 2016

'ERTI HIDUP BERERTI': SAJAK KOMSAS TINGKATAN 5

Pengenalan

Sajak nukilan Teo Wei Sing, 33, guru Bahasa Melayu di SMK Tanah Putih ini termuat pada muka surat 18 - 19 antologi 'Sejadah Rindu'. Tiga rangkap sajak masing-masing terdiri daripada 7, 19 dan 11 baris setiap satunya. Baris 7 rangkap 1 dengan jelas menunjukkan bahawa sajak ini menggarap keluhan seorang tua sunyi.


Maksud rangkap demi rangkap

Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.

Warga tua melalui malam sunyi yang sama saban waktu. Tiada perbezaan berlaku kerana terus berharap supaya ada yang sudi menziarahi dan bertanya khabar.

Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Kebahagiaan bersama anak pinak hanyalah suatu impian yang tidak kesampaian. Anak-anak seolah-olah tidak menghargai pengorbanan ibu bapa yang menjaga mereka sejak dalam kandungan. Mereka saling menolak untuk menjaga ibu bapa sehingga ibu bapa diabaikan sebatang kara tanpa sokongan bagi menjalani usia lanut dan uzur.

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

Warga tua tidak dipedulikan oleh anak kandung, sama ada yang kelihatan taat mahupun yang tidak peduli. Warga tua mendoakan anak-anak segera memiliki kesedaran agar jiwa warga tua lebih tenang apabila ikatan kasih sayang kembali mengambil alih hubungan kekeluargaan yang hambar. Warga tua mengingatkan bahawa sisa kehidupan mereka semakin singkat sebwlum dijemput oleh Allah.

Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.

Perbincangan komsas

Tema:


Nilai murni


Persoalan


Pengajaran


Perbincangan kbat

Contoh tugasan soalan


Cadangan jawapan


Saranan kepada murid


Saranan kepada guru


Kesimpulan dan oenutup


2 comments:

  1. assalamualaikum. Persoalan xda ke cikgu?

    ReplyDelete
  2. maaf cikdu bahagian komsas nya x isi lagi ek??

    ReplyDelete