Pengenalan
Watak utama: Waheeda Nurlyana binti Fadhil (halaman 62)
Watak pembantu: Raidah / ibu Waheeda
: Bazilah / rakan Waheeda / pelajar sarjana / tunang Dr. Zahari
: Ghazi / abang Waheeda / bekas jurutera Petronas
: Zahid bin Datuk Yasser / suami Waheeda
: Fatimah / sepupu Waheeda / akauntan Tajau Emas
Latar tempat : rumah agam, rumah inap desa pergunungan Matang, Sarawak
: rumah pangsa bapa saudara Bazilah di Singapura
: Silicon Medical Centre (SMC), tempat Waheeda menjadi prosedur pembedahan kecantikan
:
Sinopsis
Tema
Perwatakan
Latar masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Teknik penceritaan / plot
Perbincangan kbat
Contoh tugasan
Cadangan jawapan
Saranan kepada murid
Saranan kepada guru
Setelah membaca hampir satu per tiga naskhah kreatif ini, kemusykilan tentang tajuk novel karya Beb Sabariah (Puan Haja Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet) akhirnya terlerai. Ayat pertama bab 8 dengan judul 'Hadiah Alam' pada muka surat 110 itu berbunyi "Kecantikan ialah tirani yang berumur pendek." Kata-kata itu terpacul daripada mulut Dr. Rushdi yang memetik falsafah Socrates pada kurun ke-9 Masihi.
Novel tanpa ilustrasi itu memiliki ketebalan 344 muka surat bahagian penceritaan. Selain butiran teknikaliti halaman berhuruf roman, terdapat juga halaman glosari, indeks dan biodata Beb Sabariah, pesara guru yang aktif berkarya. Naskhah novel edisi murid dijual pada harga rak RM15.50 sahaja.
Watak utama: Waheeda Nurlyana binti Fadhil (halaman 62)
Watak pembantu: Raidah / ibu Waheeda
: Bazilah / rakan Waheeda / pelajar sarjana / tunang Dr. Zahari
: Ghazi / abang Waheeda / bekas jurutera Petronas
: Zahid bin Datuk Yasser / suami Waheeda
: Fatimah / sepupu Waheeda / akauntan Tajau Emas
Latar tempat : rumah agam, rumah inap desa pergunungan Matang, Sarawak
: rumah pangsa bapa saudara Bazilah di Singapura
: Silicon Medical Centre (SMC), tempat Waheeda menjadi prosedur pembedahan kecantikan
:
Sinopsis
Waheeda menguruskan Tajau Emas, sebuah inap desa pelancongan di Sarawak. Waheeda mahukan penampilan yang lebih menarik memandangkan dia kekurangan dari segi paras rupa. Waheeda mengambil keputusan menjalani pembedahan kecantikan di Silicon Medical Centre, Singapura. Waheeda menumpang di rumah pangsa yang dihuni rakan baiknya Bazilah. Ibunya, Raidah datang semasa prosedur pembedahan dijalankan. Hubungan mesra dengan Bazilah hampir tergugat kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari memberi perhatian istimewa kepadaWaheeda, terutama selepas pembedahan berjaya. Waheeda kemudian bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di Flamingo Resort supaya dia terus berada di Singapura untuk rawatan susulan. Waheeda disuruh oleh majikannya, Halloway, untuk memasuki pertandingan ratu pelancongan. Waheeda muncul sebagai johan kerana busana tradisi Sarawak serta kecantikannya memikat perhatian juri. Di Flamingo, Waheeda berkenalan dengan Zahid, anak Datuk Yasser, pemilik Seri Gading yang bekerjasama dengan Tajau Emas. Mereka akhirnya bernikah walaupun ketika acara merisik Waheeda tidak dapat hadir kerana hidungnya runtuh semula. Pada mulanya, pasangan itumenikmati kebahagiaan, tetapi disebabkan kecuaian Waheeda menjaga tingkah laku, seperti bersalam dengan bukan mahram,serta melayan pelanggan lelaki dengan mesra. Zahid cemburu sehinggalah dia melafazkan talak satu, dua tahun setelah mereka dikurniakan Izzati yang didapati tidak seiras dengan Waheeda dan juga dirinya. Zahid menuduh Waheeda yang bukan-bukan hingga Waheeda menjalankan ujian DNA padanan Zahid dengan Izzati, tetapi Zahid menganggap Waheeda berpakat dengan pakar forensik. Waheeda tertekan dan terpaksa menjalani rawatan secara Islam di Kajang. Di situ dia bertemu semula Lais, rakan sekerja di Singapura. Bapa saudara Lais, Pak cik Aziz mengalami strok setelah dia hampir diisytihar muflis akibat pengkhianatan pekerja chaletnya di Cameron Highland. Waheeda bersetuju mengambil alih Chalet Iwana-Iwani yang memiliki 67 buah bilik, lalu dijenamakan semula sebagai Chalet Aya-Sajidah. Di situ, kebetulan pula Zahid yang sudah tempang, serta tidak lagi berupaya menghasilkan benih zuriat akibat kemalangan, datang berkunjung. Waheeda masih marah, tetapi Izzati yang sudah berusia 20 tahun nyata gembira.
Tema
Perwatakan
Latar masyarakat
Nilai
Persoalan
Pengajaran
Teknik penceritaan / plot
Perbincangan kbat
Contoh tugasan
Cadangan jawapan
Saranan kepada murid
Saranan kepada guru
Bolehkah saya dapatkan latar masyarakat novel tirani tingkatan 5.
ReplyDeleteSaya nak sinopsis setiap bab
ReplyDeleteSecepat mungkin
Sinopsis bab 5
ReplyDeletei need sinopsis for every bab
ReplyDeletewatak dan perwatakan ?????
ReplyDeleteTLG LENGKAPKAN ITS SOO USEFUL
ReplyDeleteada synopsis setiap bab tak?
ReplyDeletePeristiwa penting ?
ReplyDeleteSaya nak sinopsis setiap bab...pls
ReplyDeleteSaya nk nilai yg ada dalam novel tersebut pada setiap halaman beserta bukti
ReplyDeletePlot
ReplyDeleteBoleh saya dapat tau teknik plot ?
ReplyDeletebudak2 sekarang kalau nak minta tolong,ayat macam mengarah.letak la perkataan tolong kat depan tu.kesian pulak aku dengan cikgu2 zaman sekarang kena mengajar spesis generasi kurang beradap ni.dah la mengarah2 orang.nak sinopsis secepat mungkin la,saya nak nilai dalam novel beserta bukti.senang2 korang suruh itu ini.cari la sendiri budak pemalas.ingat kau tu anak raja anak menteri ka.nak minta tolong orang guna ayat bersopan sikit dik.dasar spesis nk disuap ja semua benda dlm mulut.apa pun tak boleh.
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu azhar, boleh ke kalau cikgu post peristiwa yg memberi pengajaran dalam novel Tirani? Terima kasih.
ReplyDelete