Saturday, January 2, 2016

SILIR DAKSINA: NOVEL KOMSAS TINGKATAN 5 (MYSTERIOUS FATHER)

Barangkali novel komsas ini termahal dari segi harga, iaitu RM25.50 senaskhah. Ketebalan novel juga boleh tahan, iaitu sejumlah 279 muka surat bahagian penceritaan. Namun, setelah ditolak 55 muka surat ilustrasi, maka halaman yang perlu dibaca sebenarnya 224 muka surat sahaja.
karya terbaharu Nizar Parman

Penulis novel, Nizar Parman, 42, kelahiran Batu Pahat, Johor meraikan ulang tahun bersamaan hari kemerdekaan negara. Nizar, guru SK Seri Lalang, Kluang, baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel pertama beliau ini terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 kategori novel remaja.
Perkataan pertama naskhah novel sudah bermula dengan nama watak utama, iaitu Haiqal. Bab pertama berjudul 'Tersingkap Rahsia (muka surat 1 - 7) berkisar terhadap manuskrip yang menjadi kunci bagi Haiqal mengenali bapa kandungnya, Abdullah bin Kayan. Imbas kembali perbualan Haiqal dengan umi (ibunya) sewaktu Haiqal berusia 6 tahun juga menjadi inti pati bab 1.

Bab 2 (muka surat 8 - 18) dengan judul 'Kisah Seorang Teman' menampilkan watak Haiqal dengan Ratna, tuan punya warung keropok lekor di oantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Mereka satu kelas senasa tingkatan empat dan lima. Haiqal menyambung pengajian tingkatan enam, manakala Ratna sekadar SPM.

Bab 3 sepanjang 77 halaman (muka surat 19 - 95) memaparkan bahagian manuskrip 'tergantung' yang dibaca oleh Haiqal. Manuskrip dikirim dengan pos laju daripada Ong See Hwa yang beralamat di Batu Pahat, Johor, tempat kelahiran Haiqal. Manuskrip ditulis dari sudut pandangan orang pertama, iaitu Cikgu Amirulnizam.
Cikgu Amirulnizam, guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama, Kampung Seri Purnama. Anak gadis cilik Tauke Lim, Ai Ling mengisi kerinduan Cikgu Zam terhadap Aiman, anak tunggalnya yang terpisah sejak berusia setahun. Cikgu Zam turut menerajui pergerakan pemuda di kampungnya, selain menjadi tonggak kumpulan zapin D'Purnama pimpinan Haji Salam.

Hasrat Haiqal ke kampung halaman arwah ayahnya melonjak, serta mendapat sokongan Ratna. Umi (Rafiqah, ibu Haiqal) sangat beremosi, tetapi walid (ayah tiri Haiqal) begitu memahami. Haiqal nekad walaupun hasratnya itu dibantah umi.

Haiqal menaiki bas ekspres ke Batu Pahat dan menaiki kereta Pak Saleh ke Kampung Seri Purnama. Haiqal dibawa singgah ke warung Wak Min dan Mak Minah. Di situ, Haiqal diperkenalkan dengan Tauke Ong (Tauke Lim dalam manuskrip ayahnya).

Satu demi satu watak dalam manuskrip Abdullah bin Kayan (Cikgu Amirulnizam) ditemui dengan nama sebenar yang sedikit berbeza. Haiqal menjadi 'orang kaya baharu' apabila segala peninggalan kewangan dan harta Abdullah bin Kayan diserahkan oleh Tauke Ong yang memegang amanah. Malah, Haiqal berjaya memujuk orang tua kampung untuk menghidupkan semula persembahan zapin jincat kumpulan D'Purnama.

Haiqal akhirnya menari zapin berpasangan dengan Ong See Hwa setelah pasangan asalnya, Lazim bin Haji Salim ditimpa kemalangan. Persembahan di balai raya yang hampir sepi itu mendapat pujian tetamu undangan, wakil rakyat di situ. Paling mengharukan Haiqal bahawa umi, walid dan Nurul Aishah (adik satu ibu) muncul di bahagian belakang.

Ratna telah lama menyepi kerana talah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda. Haiqal akhirnya tercampak ke Sarawak kerana memasuki universiti di sana. Haiqal juga telah menyulam janji dengan Ong Swee Hua.

Keterangan judul novel

Seperti dalam bahagian glosari, silir bermaksud angin sepoi-sepoi bahasa, manakala daksina bermaksud selatan. Jika dicantum menjadi angin sepoi-sepoi bahasa di daerah selatan. Sebahagian besar novel memperinci latar belakang sebuah kampung yang begitu tenang.

...

...

...

No comments:

Post a Comment