Wednesday, April 27, 2016

CERMINAN PERISTIWA YANG LALU (LESSON FROM EXPERIENCE)

Barang yang lepas jangan dikenang, kelak merosak diri sendiri. Demikian antara bait lagu syahdu dendangan Allahyarham Tan Sri (Dr.) P. Ramlee, seniman agung negara. Maksudnya, penyesalan terhadap kesilapan dan kegagalan masa lalu hanya membawa keburukan.

Sebaliknya, insan bijaksana akan melakukan muhasabah diri, lalu mengambil iktibar supaya perkara yang yang sama tidak berulang kembali. Seseorang itu hendaklah segera bangkit, serta tidak terbawa-bawa dengan kenangan lama. Selain itu, sebarang kejayaan atau pencapaian masa lalu bukanlah jaminan berkekalan sampai bila-bila.
gambar diambil daripada balikan cermin kereta

Masa ialah kehidupan. Selagi seseorang itu bernafas, ertinya dia masih menikmati masa. Imam al-Ghazali rahimahullah pernah mengatakan bahawa perkara yang paling jauh daripada insan ialah masa yang berlalu, manakala yang paling hampir kepada insan ialah kematian dirinya sendiri.

Insan yang membiarkan masa berlalu sia-sia bukan sahaja tidak produktif atau tidak menyumbang, bahkan bersifat lalai (lagha). Mereka tergolong sebagai panjang angan-angan sepertimana banyak kali disebut lewat al-Quran. Alangkah ruginya insan yang cuai daripada mengingati Allah sebagai neraca tertinggi nilai dan bimbingan tingkah laku mereka.

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment