Thursday, April 28, 2016

KOMUNIKASI DALAM MESYUARAT RASMI (DECODE AND RECODE)

Proses membuat keputusan dalam sesebuah organisasi sebahagian besarnya diambil menerusi mesyuarat. Sering juga mesyuarat berfungsi sebagai kesempatan bagi pihak pentadbiran dan pengurusan memperincikan pelaksanaan keputusan yang sudah dimuktamadkan di peringkat yang lebih tinggi. Sekolah juga tidak terkecuali daripada pelbagai mesyuarat besar dan kecil yang dipanggil berasaskan keperluan tertentu.

Mesyuarat am biasanya membabitkan semua anggota organisasi (mass briefing and meeting), manakala mesyuarat khusus dan teragih dibuat dalam kumpulan jawatankuasa lebih kecil. Setiap mesyuarat adalah mustahak dan tidak boleh diambil mudah. Maka, pengendali mesyuarat perlu membuat perancangan yang teliti supaya mencapai keberkesanan optimum dari segi kos, masa dan tenaga.

Celoteh yang meleret-leret serta menyimpang daripada agenda boleh mengakibatkan anggota mesyuarat berasa bosan, mengantuk dan lesu. Tumpuan akan merosot, sebaliknya timbul perasaan tidak puas hati. Mesyuarat bertukar seolah-olah sesi penyeksaan mental yang sangat membebankan.

Jangka masa yang diperuntukkan intuk sesebuah mesyuarat bergantung kepada tujuan dan pihak yang dipanggil menghadirinya. Jika membabitkan hal dasar organisasi dan membabitkan pemimpin kanan organisasi, isu yang dibincangkan mungkin memkan masa berjam-jam lamanya. Namun, mesyuarat teragih di peringkat lebih rendah seelok-eloknya tidak melebihi satu jam.

...

...

...

...

No comments:

Post a Comment