Saturday, November 8, 2014
TAPAI UBI CHENDERONG BALAI (THE ORIGINAL KAMPUNG TASTE)
Kunjungan ke pasar pagi minggu di kawasan luar bandar tidak akan sama dengan kunjungan ke pasar tani atau pasar malam di bandar. Banyak perkara yang berbeza, misalnya dari segi barang jualan, harga dan penjualnya. Memang ada peniaga yang datang dari bandar, tetapi peniaga tempatan kelihatan lebih menyerlah.
Walaupun hasil mahsul luar bandar juga dipasarkan di pasar tani bandar, namun kebanyakannya masih bersifat bahan mentah. Pasar pagi di luar bandar lebih unik kerana terdapat banyak keluaran kampung sudah tersedia dimasak. Ikan puyu dan sepat yang diusahakan di kawasan bendang dan sayur-sayuran asli kampung menjadi rebutan sejak awal pagi.
Antara jualan makanan kampung yang mendapat sambutan di pasar pagi Sabtu di Chenderong Balai bersebelahan Sekolah Kebangsaan Yahya Suban ialah tapai ubi dan tapai pulut tempatan. Masyarakat Jawa memang terkenal dengan segala macam mi, pecal, tapai, tempe dan nasi ambeng. Dengan masyarakat Jawa yang membentuk 90 peratus penduduk Chenderong Balai, maka pasar pagi Sabtu di situ memang berbaloi untuk dikunjungi oleh penggemar makanan seperti yang disebutkan.
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment