SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, September 2, 2018

LAPORAN GURU BERTUGAS EDISI OGOS (SCHOOL EFFECTIVENESS MEASUREMENT WEEKLY)


TEKS LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
27 OGOS – 30 OGOS 2018
(15 – 18 ZULHIJJAH 1439)


Terima kasih pengacara majlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat pagi dan salam sejahtera

Yang Berusaha _______________________
Pengetua, SMK ______________________

Penolong-penolong kanan, guru kanan
Guru dan pelajar yang dikasihi sekalian

Saya, ___________________, guru bertugas mingguan antara 27 Ogos hingga 30 Ogos yang lalu, atau bersamaan 15 – 18 Zulhijjah 1439H bersama Cikgu ____________________. Izinkan saya memberi laporan ringkas serta sedikit cadangan.

Pertama sekali guru bertugas ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang rata-ratanya memberi kerjasama dan sokongan terhadap pencapaian kecemerlangan sekolah atau dalam bahasa pendidikan disebut sebagai keberkesanan sekolah (school effectiveness). Sejumlah 98% pelajar tiba awal ke sekolah. Hanya 2% sahaja yang perlu kepada penambahbaikan kemahiran insaniah dari segi perancangan untuk pengurusan diri dan perjalanan ke sekolah. Pada hemat guru bertugas, pasukan guru kaunseling sekolah pasti sudi membantu.

Disiplin juga pada amnya terkawal. Bilangan kes juga pada nisbah 2%, termasuk kes mengalihkan kedudukan kamera litar tertutup (cctv) pada minggu sudah. Guru disiplin telah mengambil tindakan berdasarkan tatacara yang diperuntukkan, s o p. Beliau juga ada membuat teguran tentang susunan pelajar dalam perhimpunan hendaklah mengikut abjad. Harapan guru bertugas bahawa semua kelas akur akan peraturan tersebut.

Kes ponteng kelas dan tuisyen masih dilaporkan. Gelagat segelintir pelajar yang keluar kelas sesuka hati, termasuk ketika guru sedang mengajar masih berlaku. Kepada kumpulan pelajar berkenaan, tolonglah ubah sikap anda. Suburkan potensi terbaik dalam diri kalian.

Pada minggu lepas acara sambutan kemerdekaan juga berlangsung, termasuk raptai peringkat negeri di Padang Ipoh. Tahniah kepada pasukan pancaragam, pengakap dan lain-lain yang mengambil bahagian. Acara peringkat sekolah pada pagi Khamis tidak kurang meriahnya. Semangat cinta negara, patriotik dan jati diri begitu menyerlah. Mudah-mudahan semangat yang berkobar-kobar itu akan dibawa ke dalam proses pembelajaran di bilik darjah dan segala kegiatan yang berkaitan.
Guru dan pelajar yang dimuliakan,

Berdasarkan pengamatan guru bertugas minggu sudah, saya percaya bahawa pelajar boleh meningkat lebih maju jika sanggup melakukan perubahan dengan bijaksana. Kurt Lewin, ahli psikologi memperkenalkan teori analisis daya lapangan (force field analysis). Proses perubahan ke arah yang lebih baik penuh cabaran. Daya pacu perubahan (driving forces) akan digugat dengan kuatnya oleh daya rintangan (restraining, resistance forces).

Susahnya individu atau organisasi menuju perubahan justeru wujud rasa takut akan kehilangan kedudukan, peluang, kawan, keselesaan yang boleh diringkaskan sebagai status quo. Mereka rela kekal di takuk lama.

Maka, tingkah laku terpuji pelajar perlu dikukuhkan. Kelompok rujukan normatif seperti pembimbing rakan sebaya diberi sokongan yang tuntas. Jika pelajar dalam perhimpunan pada pagi ini sanggup menyebelahi driving forces, nescaya SMI akan terus mencipta kejayaan demi kejayaan, dihormati dan dicontohi.

Kata hukamak: hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.

Selamat datang perubahan (ke arah kebaikan)
Selamat tinggal takuk lama (andai merugikan)

Kualiti umpama marathon tanpa garis penamat.

Sudah pasti masih ada perkara tetap seperti aqidah, syariat dan akhlak bagi masyarakat Islam, jati diri, lestari alam sekitar dan sebagainya. Kecemerlangan juga perlu dilestarikan, tetapi cara dan strateginya tertakluk kepada perubahan.

Dengan kata-kata itu, saya akhiri laporan guru bertugas mingguan dengan wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments: