Sunday, February 12, 2012
‘BERITA YANG MEMBIMBANGKAN” NOVEL CEMPAKA PUTIH BAB 8 (THE VERY NARROW ESCAPE)
Pengarang novel: Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 51 – 56
Watak utama: “Aku” (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Tini / murid tingkatan 3
Watak pembantu: Nenek Tini / Kak Nah
: Angah / abang kedua Tini
: mama / ibu Tini / Puan Sarah
: Mak Sukin / ibu Satiah
: Satiah / rakan sekelas Tini / murid orang Asli / saudara angkat Tini / pesakit barah
Latar tempat: rumah nenek Tini / Pontian, Johor
: hentian teksi pekan Jerantut (lokasi teksi Long Seman)
: rumah Tini
: rumah Satiah
Latar masa: dua minggu sebelum keputusan PMR
: pagi (Tini bergerak dari Pontian menuju Jerantut – bas ekspres)
: awal petang (Tini tiba di Jeantut / rumah sendiri; Tini bergegas ke rumah Satiah)
Ringkasan bab
Setelah selesai ujian komputer di Pontian, Tini meminta izin nenek untuk pulang ke Jerantut. Walaupun masih sedih dengan hal Mak Usu, nenek tetap menguruskan kepulangan Tini dengan bas ekspres, sambil nenek ikut sekali. Setiba di rumah, Tini disambut dengan panggilan “puteri impian” oleh Angah kerana seminggu mama asyik bermimpi tentang Tini. Bilik yang dua bulan ditinggalkan telah dikemas oleh Satiah. Mama sugul apabila memberitahu tentang kesihatan Satiah yang makin merosot. Seluruh paru-paru Satiah dijangkiti virus barah dan harapan untuk sembuh amat tipis. Pak Morit berkeras dengan rawatan dukun. Satiah tidak menceritakan hal itu melalui surat kerana dia mahu Tini menikmati cuti dan belajar komputer tanpa gangguan.
Tanpa bertangguh, Tini meluru ke rumah Satiah. Mak Sukin memberitahu bahawa Satiah sedang terlantar lemah. Satiah menghadiahi senyuman hambar akibat menderita kesakitan. Mereka saling menangis. Satiah cuba berdalih bahawa dia demam biasa, walhal Tini telah maklum cerita sebenar. Percubaan Tini menghiburkan Satiah tidak berkesan kerana hakikatnya penyakit barat sukar sembuh. Tini mahu Satiah tidak putus asa, sekali gus kesal dengan sikap pak Morit. Mak Sukin berjanji untuk memujuk Pak Morit yang degil itu.
Satiah akur dengan kehendak Pak Morit memandangkan dia tiada harapan sembuh, namun Mak Sukin berharap penderitaan Satiah akan berkurangan. Satiah berubah girang apabila Tini menyebut tentang rakan sekolah dan keputusan PMR. Satiah memberitahi Ambok dan Sinda melawatnya dan Pak Morit tidak menghalang. Tanpa disedari, Tini mempersoalkan sikap Pak Morit tentang perubatan moden menyebabkan Satiah kembali terdiam...
Perwatakan: peka / prihatin / ambil berat (Tini, nenek Tini, mama, Angah, Mak Sukin)
: sabar / tabah (Satiah)
: penyayang (Tini, mama, Mak Sukin)
Latar masyarakat: masyarakat murid sekolah
: masyarakat orang Asli
: masyarakat yang peka / prihatin / ambil berat
: masyarakat yang sabar / tabah
: masyarakat yang penyayang
Nilai murni: kepekaan / keprihatinan, kesabaran / ketabahan, kasih sayang
Persoalan: kepekaan / keprihatinan terhadap pesakit
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi cabaran / dugaan hidup
: kasih sayang sesama manusia / keluarga / sahabat
Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin / ambil berat terhadap penderitaan pesakit
: Kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi cabaran / dugaan kehidupan
: Kita hendaklah mengasihi / menyayangi sesama manusia / keluarga / sahabat
Kbkk: adab / etika berkomunikasi / berbual dengan pesakit
: semangat setia kawan
Saturday, February 11, 2012
KELAHIRAN KEMBAR 6 MENAKJUBKAN (THE AMAZING MOTHER)
Pasangan rumah tangga yang normal akan berdebar-debar menunggu kelahiran bayi sulung mereka. Dalam sejarah manusia, dianggarkan terdapat 30 peratus pasangan bakal berhadapan dengan masalah mendapat zuriat kerana faktor genetik, kesihatan dan ketiadaan rezeki untuk mereka. Sebahagian kes kemandulan dapat diatasi, manakala sebahagian yang lain harus akur akan hakikat bahawa mereka belum dikurniakan nikmat memiliki cahaya mata sendiri.
Antara masalah biasa yang dihadapi ialah mutu benih suami dan isteri yang rendah. Dalam 10 milimeter padu air mani yang normal, dianggarkan terdapat antara 60 - 280 juta sperma yang akan berjuang untuk terpilih sebagai cantuman telur dalam ovari. Jika bilangan sperma kurang daripada 60 juta, kemungkinan besar bahawa peluang kehamilan menjadi tipis.
Di pihak isteri pula, masalah yang biasa seperti lebihan asid dalam perut boleh menghalang perjalanan sperma untuk bercantum dengan telur. Bahkan asid bersifat pembunuh kepada semua sperma. Maka, rejim rawatan dan dos ubatan tertentu akan diberikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan.
Dengan kemajuan perubatan moden, terdapat pilihan teknologi untuk proses kehamilan walaupun bilangan sperma sangat sedikit. Misalnya, kaedah IUI dilakukan dengan mengambil sperma yang telah dibersihkan (sperm wash), lalu dimasukkan terus ke dalam rahim tanpa melalui saluran falopian. Jika serasi dan ada rezeki, kehamilan bakal berlaku dengan segera.
Peluang kehamilan menerusi kaedah IUI dikatakan sangat tinggi, hingga mencapai tahap peluang kehamilan melebihi 90 peratus. Sudah tentu pasangan yang memilih kaedah IUI akan menjalani beberapa siri ujian bagi memastikan kesesuaian. Jika didapati sebaliknya, pakar akan mencadangkan kaedah lain seperti IVF atau bayi tabung uji yang memiliki peluang kehamilan antara 10 hingga 30 peratus.
Dalam kes yang sangat ekstrem, sperma boleh diambil daripada tisu bahagian tubuh lelaki yang dikenal pasti. Namun, teknologi berkenaan sangat mahal dan kepakaran berkenaan hanya terdapat di beberapa buah negara. Ketiadaan atau kelewatan memperoleh zuriat sendiri ialah ujian yang sangat berat kepada pasangan suami isteri yang menghadapi tekanan emosi dan cercaan sosial.
Kaedah teknologi IUI dan IVF bagaimanapun boleh mendatangkan keajaiban yang lain. Peluang kehamilan kembar akan menjadi makin tinggi, dengan rekod maksimum kembar lapan. Maka, kisah penantian 10 tahun pasangan suami isteri menjadi berbaloi apabila dikurniakan beberapa orang anak secara sekali gus!
Berlainan pula hal dengan kisah pasangan Boboi dan Putih yang menerima kelahiran kembar enam sekali gus. Tanpa tanda pecah ketuban atau kesakitan yang ketara, Putih melahirkan enam anak tanpa bantuan bidan dan doktor. Semua bayi selamat dilahirkan dengan sifat yang sempurna.
Boboi dan Putih sebenarnya ialah sepasang arnab peliharaan rumah. Tempoh kehamilan Putih ialah sebulan dan jika dibiarkan, Putih boleh hamil semula dalam tempoh beberapa jam sahaja. Maka, tidak hairanlah bahawa arnab disebut sebagai baka haiwan biak...
"HIKAYAT MARAKARMA" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE WINNER TAKES ALL)
Genre sastera: prosa tradisional
Bahagian petikan: Peperangan, Perkahwinan, dan Pertabalan
Penyelenggara: Wahyunah binti Haji Abd. Ghani
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 40 - 44
Teknik penceritaan: bahasa berirama
Watak utama: Maharaja Markarma
Watak pembantu: Maharaja Indera Dewa / lawan perang Marakarma
: Raja Mengindera Sari / adinda Marakarma
: Tuan Puteri Nila Cahaya / anak Maharaja Indera Dewa / taruhan perang maharaja
: Tuan Puteri Cahaya Khairani / bekas tawanan raksasa / diselamatkan oleh Marakarma / isteri Marakarma
: Raja Bujangga Indera / adinda Tuan Puteri Cahaya Khairani
: Maharaja Malai Kisna / raja negeri Mercu Indera / ayahanda TPC Khairani dan Bujangga
: Raja Dikar Agas Peri (menunjukkan kesaktian memanah ke udara, turun permata ratna mutu maknikam)
Latar tempat: medan perang / negeri hikmat
: negeri Anta Beranta / menerima pertabalan Raja Bujangga Indera
: negeri Puspa Sari
: negeri Mercu Indera / menerima pertabalan Maharaja Marakarma (ganti Maharaja Malai Kisna)
: negeri Pelanggam Cahaya / menerima pertabalan Raja Mengindera Sari
Sinopsis hikayat
Maharaja Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya, Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Markarma, tetapi dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang.
Isteri Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang uang pantas berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nilai Cahaya dan dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan masa 40 hari 40 malam.
Maharaja Malai Kisna menerima menghadap hulubalang pantas berjalan dan mendengar bacaan surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu baginda pun tiba, lalu disambut denagn segala adat kebesaran istana. Pesta memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama 40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma.
Tema: Mitos pertabalan raja-raja zaman dahulu
Perwatakan: berani, memegang janji, menghargai jasa, penyayang
Nilai murni: keberanian, menepati janji, berterima kasih, kasih sayang
Persoalan: keberanian dalam menghadapi cabaran / serangan musuh
: janji tetap ditunaikan / janji tidak pernah dimungkiri
: membalas budi orang yang berjasa
: kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: kita hendaklah berani dalam menghadapi cabaran kehidupan / ancaman musuh (pesaing)
: kita hendaklah menepati / menunaikan janji / kita janganlah mungkir janji
: kita hendaklah membalas budi orang yang berjasa
: kita hendaklah berkasih sayang sesama keluarga
kbkk: kecekapan dalam pertempuran / persaingan
: akhlak terhadap musuh / pesaing
PENGALAMAN BELAJAR BAHASA ARAB (SHORT CUT TO UNDERSTAND AL-QUR'AN)
Sebaik sahaja tamat minggu suai kenal, semua pelajar fakulti ekonomi UKM wajib menduduki ujian bahasa Inggeris bagi menentukan tahap penguasaan masing-masing. Alhamdulillah, pasa masa itu penulis blog (PB) sangat yakin dapat menjawab semua soalan yang boleh dianggap sangat "kacang". Begitu juga dengan rakan yang lain, terutama pelajar lepasan matrikulasi.
Dengan harapan akan dikecualikan daripada kelas bahasa Inggeris, PB sudah mula memasang impian untuk masuk kelas bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Namun, akhirnya semua sekali terkejut kerana pihak universiti mewajibkan semua pelajar mengikuti dua kelas MF (Bahasa Inggeris) selama tiga semester berturut-turut. Maka, hasrat untuk belajar bahasa Arab tertangguh buat sementara.
PB tiada masalah dengan kelas MF, kecuali provokasi seorang guru lelaki lanjut usia yang sangat melampau kononnya supaya pelajar mahu bertutur dalam bahasa Inggeris. Nasib baik pelajar-pelajar Islam dapat bersabar dan mengutamakan hikmah dalam dakwah. Guru berkenaan akhirnya terperangkap kerana soalan balas pelajar tidak terjawab, sebaliknya dia hanya mampu terkulat-kulat!
Masuk semester 4, PB terus berdaftar untuk kursus bahasa Arab yang membawa nilai 2 jam kredit. Kelas diadakan di bilik tutorial Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan aras bumi setiap petang. Guru bahasa Arab PB ialah Ustaz Hanafiah yang pekat dengan loghat Kedah.
Ayat pertama yang masih kekal dalam ingatan PB ialah al-lughatul 'arabiah thalathu anwa', al-ismun, wal-fi'lun, wal-harfun maksudnya bahasa Arab terdiri daripada tiga komponen, kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dengan cepat, pelajar dapat menguasai kaedah wazan tasrif bagi sesuatu kata dasar. Setelah itu, pelajar didedahkan dengan tatabahasa fi'il madi dan fi'il mudari'.
Keseronokan belajar bahasa Arab ialah kebolehan membaca teks tanpa baris. Pelajar sudah boleh tahu bahawa selepas sebutan huruf jar seperi bi, fi, li, min, baris akhir perkataan berikutnya dibaca secara baris bawah. Contohnya, fi'l-jihadi, bukan fi'l-jihada atau fi'l-jihadu!
Maka, pengetahuan asas bahasa Arab sahaja sudah boleh membantu pelajar untuk lebih berhati-hati dalam bacaan al-Qur'an, al-Hadith atau sebarang teks bahasa Arab yang mudah. PB kemudian membuat keputusan untuk mengambil dua kerats bahasa Arab lanjutan walaupun tidak dikira dalam jam kredit kerana had maksimum untuk kursus elektif sudah dipenuhi.
Ustaz Hanafiah juga sangat emosi apabila bercakap tentang nasib tulisan Jawi. Beliau sangat kesal dengan langkah menghapuskan tulisan Jawi suatu ketika dahulu. Tulisan Jawi sangat sinonim dengan al-Qur'an dan wajib dipelajari dengan bersungguh-sungguh.
Budak-budak usrah, tabligh dan kaki surau yang lain memang agak obses dengan kosa kata bahasa Arab walaupun perkataan itu sudah ada dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Ganti nama ana, anta, akhi dan ukhti begitu meluas digunakan sebagai ganti kepada saya, awak, saudara dan saudari. Barangkali cara berkenaan lebih baik daripada penggunaan I, you, dan my dear yang lebih dekat dengan acuan Barat...

bersambung...
Friday, February 10, 2012
"MENCARI NAFAS BAHARU" CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3 (A DEDICATED TEACHER)
Genre sastera: prosa moden / cerita pendek
Penulis: Ayusari MJ
Sumber ambilan: Antologi Harga Remaja, muka surat 102 - 106
Watak utama: Ana / Cikgu Ana / guru SMK Kampung Chat, Hulu Pahang / siswazah universiti tempatan
Penulis: Ayusari MJ
Sumber ambilan: Antologi Harga Remaja, muka surat 102 - 106
Watak utama: Ana / Cikgu Ana / guru SMK Kampung Chat, Hulu Pahang / siswazah universiti tempatan
Watak pembantu: Milah (murid tingkatan 3 / anak sulung / tinggal di kampung Lenjun / pesakit leukimia imfoblastik)
: emak Milah / pekedai runcit
: Dr. Izah / pegawai perubatan Hospital Daerah Kuala Lipis
Teknik penceritaan: Imbas kembali
Tema: Dedikasi / kecekalan / kegigihan seorang guru / pendidik
Latar tempat: Kampung Chat, Hulu Pahang
: Sungai Kuah
: Kampung Lenjun / tempat tinggal keluarga Milah
: Hospital Daerah Kuala Lipis
: utara Semenanjung / tempat lahir Cikgu Ana
Latar masa: 7.00 pagi (Cikgu Ana mengadakan kelas tambahan / ketika berbual dengan Milah)
: hujung minggu (Cikgu Ana ke Kampung Lenjun, rumah Milah)
: petang (Cikgu Ana menumpang bot muridnya untuk menjenguk Milah yang 3 hari tidak hadir)
: hari Jumaat (Cikgu Ana bergegas ke hospital untuk melawat Milah)
: tempoh rawatan kemoterapi Milah selama 6 minggu
: 9.45 pagi (Milah menghembus nafas terakhir)

Sinopsis cerpen
Walaupun kenangan bersama Milah dan Kampung Chat masih melekat dalam fikiran Cikgu Ana, dia tidak mahu kenangan itu menyebabkan perasaannya menjadi lemah. Maka, dia mengambil keputusan memohon bertukar ke kampung halamannya dan telah diluluskan. Walaupun telah meninggalkan Kampung Chat, kenangan Ana masih di sana dan dia berharap agar tugasnya diteruskan oleh guru yang lain pula.
Ana sudah jatuh hati dengan Kampung Chat sejak melaksanakan penyelidikan sastera rakyat, dan hasrat untuk bertugas di situ termakbul. Ana ialah guru tingkatan Milah. Walaupun agak pendiam, Milah memiliki daya tarikan tersendiri sebagai murid yang lincah. Setiap hujung minggu, Cikgu Ana akan ke rumah Milah menaiki bot bersama Milah. Cikgu Ana bahagia dapat membantu ibu Milah berniaga runcit. Cikgu Ana membantu murid tidak kira masa dan mengalu-alukan murid belajar di rumah guru yang dihuninya. Pencapaian akademik dan kokurikulum SMK Kampung Chat mula menunjukkan peningkatan.
Apabila 3 hari berturut-turut Milah tidak hadir ke sekolah, Cikgu Ana segera menumpang bot untuk menjenguk Milah yang dikatakan demam. Milah pucat lesi, lesu dan gusinya sering berdarah, manakal lengannya lebam. Rawatan kampung tidak berkesan, lalu ayah Milah bersetuju ke hospital. Dr. Izah mengesahkan Milah menghidap leukimia. Pelbagai ujian dan suntikan dilakukan bagi memastikan tahap penyakit, terutama jika melarat ke sistem urat saraf dan otak. Cikgu Ana tahu bahawa ayah Milah menderita walaupun pada zahirnya nampak tenang, manakala ibu Milah harus berada di rumah.
Rawatan kemoterapi selama 6 minggu gagal memulihkan Milah. Pilihan yang ada bagi menyelamatkan Milah daripada serangan barah darah itu ialah pemindahan tulang sum-sum. Kebetulan tulang sum-sum Cikgu Anan sesuai, tetapi takdir menentukan bahawa hal itu tidak sempat dilakukan. Walaupun terkilan,Cikgu Ana tetap pasrah (berserah / reda) dengan ketentuan Ilahi yang sudah pasti ada hikmah (blessing in disguise) di sebaliknya. Ana meninggalkan Kampung Chat dengan sayu dengan diiringi oleh laungan azan oleh tuan imam.

Perwatakan: cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
: mesra / ramah
: ambil berat / peka / prihatin
: pasrah / berserah / reda
Latar masyarakat: masyarakat di kawasan pedalaman
: masyarakat warga sekolah / masyarakat murid sekolah / masyarakat guru sekolah
: masyarakat yang cekal / gigih / dedikasi / bersungguh-sungguh
: masyarakat yang mesra / ramah
: masyarakat yang ambil berat / peka / prihatin
: masyarakat yang pasrah / berserah / reda dengan ketentuan Ilahi

Nilai murni: kecekalan / kegigihan / kesungguhan, kemesraan / keramahan, kepekaan / keprihatinan / kepasrahan
Persoalan: kecekalan / kegigihan / kesungguhan dalam menjalankan tugas / dalam pembelajaran
: kemesraan / keramahan dalam komunikasi
: kepekaan / keprihatinan terhadap nasib orang lain
: kepasrahan / keredaan terhadap ketentuan Ilahi
: kemesraan / keramahan dalam komunikasi
: kepekaan / keprihatinan terhadap nasib orang lain
: kepasrahan / keredaan terhadap ketentuan Ilahi
Pengajaran: kita hendaklah cekal / gigih / bersungguh-sungguh / berdedikasi dalam menjalankan tugas / pembelajaran
: kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi / pergaulan
: kita hendaklah peka / prihatin terhadap nasib orang lain
: kita hendaklah pasrah / berserah / reda terhadap ketentuan Ilahi
kbkk: kemudahan rawatan di kawasan pedalaman
: pengorbanan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman
: pergantungan kepada perubatan tradisional

Thursday, February 9, 2012
HAFAZ HADITH BUKTI CINTA RASUL (THE GENUINE FOLLOWERS)
Mimbar Jumaat hari ini mengupas tentang signifikan sambutan maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiul Awwal saban tahun. Syiar hari kebesaran Islam itu memang tidak pernah berlaku pada zaman Nabi Sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat, tetapi demi maslahah dan risalah dakwah, sambutan berkenaan disusun dengan begitu rupa. Amalan barzanji dan marhaban mungkin dilarang di sesetengah negara Arab yang menganggapnya sebagai bida'ah, tetapi dengan kepala dingin, kita bisa mengutip mutiara kebaikan dan kebijaksanaan tentang riwayat hidup dan sirah baginda.
Khatib menganjurkan model 6M sebagai tanda kasih umat kepada baginda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam, termasuk mempelajari sirah, membanyakkan selawat, mematuhi perintah baginda dan menghafaz hadith. Keperluan mempelajari sirah ialah supaya umat mencontohi cara baginda memindahkan seluruh ajaran al-Quran dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan hubungan antarabangsa. Selain hubungan manusia dengan manusia, baginda juga menunjukkan teladan yang sempurna bagi mengendalikan hubungan manusia dengan Pencipta, dan hubungan manusia dengan persekitaran.
Umat disarankan supaya melazimkan ucapan selawat atas baginda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Setiap satu selawat yang dilafazkan akan diganjari 10 kali ganda. Alangkah beruntungnya "urus niaga" yang ditawarkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Kepatuhan kepada perintah baginda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam mesti bersifat total dan membatalkan perintah lain yang bercanggah dengannya. Perintah dan anjuran yang bertentangan dengan perintah baginda Junjungan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam disebut sebagai taghut. Maka, umat hendaklah menolak semua unsur taghut dalam kehidupan.
Dalam sebuah hadith, dilaporkan bahawa sesiapa yang berjaya menghafaz sejumlah 40 buah hadith sebagai panduan hidup akan dibangkitkan bersama ulama dan fuqaha' pada hari pembalasan kelak. Khatib mencadangkan para jemaah untuk meletakkan sasaran menghafaz sekurang-kurang satu hadith dalam tempoh tiga bulan. Lebih baik jika amalan menghafaz al-hadith dilaksanakan dalam keluarga masing-masing...

SISTEM MODULAR PRAUNIVERSITI STPM BERMULA (SEMESTER SYSTEM FOR LOWER SIX)
Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memuat naik sukatan pelajaran dan contoh kertas soalan peperiksaan untuk sistem modular yang akan menggantikan sistem terminal yang sedia ada. Perincian secara rasmi akan diterima oleh pihak sekolah pada bulan Mac, iaitu hampir serentak dengan pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2011. Jika menjadi kenyataan, kohort pelajar tingkatan 6 Atas sekarang ialah kumpulan terakhir yang menggunakan sistem lama.
Antara perubahan yang utama ialah sistem semester yang membabitkan jam kredit kuliah dan komponen pentaksiran. Sebagai contoh, pelajar akan mengikuti kuliah sesuatu kursus selama 14 minggu dan diikuti dengan peperiksaan secara berpusat, iaitu kertas soalan disediakan oleh MPM. Namun, markah peperiksaan berpusat dijangka bernilai 70 - 80 peratus kerana baki markah seterusnya dikira berdasarkan kerja kursus yang akan dinilai di peringkat sekolah.
Keistimewaan sistem modular ialah semua pelajar akan dibantu dan dibimbing supaya mencapai markah terbaik bagi tugasan berasaskan sekolah, di samping setiap kursus berakhir dalam satu semester sahaja. Dalam kata lain, sebaik selesai menduduki peperiksaan, pelajar akan mendaftar untuk kursus yang lain pada semester berikutnya. Tiada keperluan untuk menghimpun semua teori dan diuji secara sekali gus seperti sistem STPM selama ini.
Penjenamaan semula dan penambahbaikan sistem pembelajaran serta pentaksiran prauniversiti tingkatan 6 secara modular ini melonjakkan semula martabat pengajian tingkatan 6 sebagai laluan utama untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Bahkan, dengan reka bentuk kurikulum dan pentaksiran modular ini, pengecualian jam kredit boleh dipindahkan untuk beberapa kursus asas tahun pertama ijazah sarjana muda. Pelajar tidak lagi perlu mengulang kursus asas yang sama, tetapi pengajian sarjana muda boleh dinaik taraf ke arah mod penyelidikan.
Setiap perubahan tidak akan sunyi dengan cabaran dan kesukaran. Bukan mudah untuk melepaskan kebiasaan atau status quo. Guru akademik atau pensyarah prauniversiti tingkatan mesti bersikap terbuka dan akur kepada transformasi yang berlaku.
Pusat tuisyen persendirian tidak akan mati kerana sistem modular. Barangkali dari segi peranan sahaja yang perlu diubah suai. Contohnya, kalau selama ini pusat tuisyen hanya sibuk dengan set kertas ramalan atau "soalan bocor", kini mereka boleh mereka bentuk modul bagi membimbing pelajar menyediakan tugasan berasaskan sekolah, serta latih tubi peperiksaan ala semester. Namun, penyakit mengambil upah menyediakan tugasan hendaklah dijauhi kerana perbuatan itu bersifat jenayah intelektual dan boleh didakwa di mahkamah...
'SYAIR LI-ATTAR GHIB" KOMSAS TINGKATAN 3 (ETERNAL LIFE)
Genre sastera: puisi tradisional
Bilangan rangkap: 8
Penyair asal: Raja Ali Haji
Penyair asal: Raja Ali Haji
Penyelenggara: Abu Hassan Sham
Sumber ambilan: Antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 13 - 14
Pengenalan
Merujuk antologi (muka surat 4), syair berkenaan mengisahkan kesedihan Daing Celak setelah kedua-dua abangnya, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal dunia. Penyair cuba menyelitkan mesej tentang ajal yang pasti akan menjemput manusia tanpa mengira darjat dan usia kerana demikian ketetapan Ilahi. Murid tidak perlu risau dengan sesetengah perkataan bahasa Arab, kerana tugasan soalan tidak akan menguji tentang makna atau terjemahan sesuatu perkataan.
Li-Attar Ghib mungkin bermaksud haruman atau wangian yang hilang, kerana versi asal tulisan jawi tidak dipaparkan. Versi lain ialah kata dasar "ra-ghi-ba" yang membawa maksud kecenderungan. Namun, apabila disekalikan dengan "li" sudah membawa maksud "memujuk hati (yang lara)" sejajar dengan cerita Daing Celak itu.

Perbincangan rangkap demi rangkap
Walau sayangnya akan saudara,
Sebab bersama-sama mengembara,
Tiada pernah muafakatnya cedera,
Segala pekerjaan segala perkara.
Kasih sayang tiga beradik, iaitu Daing Celak, Daing Parani dan Daing Merewah sentiasa utuh. Mereka sentiasa mengembara bersama. Mereka sentiasa berpakat dalam setiap urusan tanpa gagal.
Dengan kehendak Tuhan yang mulia,
Dua orang saudara meninggalkan dunia,
Hendak disusahkan tiada berdaya,
Kerana perbuatan Tuhan yang tersedia.
Takdir menentukan bahawa dua abang, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal dunia, lalu tinggallah Daing Celak seorang diri. Daing Celak hanya mampu pasrah (berserah, reda) justeru demikian ketentuan Ilahi.
Melainkan hamba berbanyak sabar,
Akan perintah Wahid al-Khahar,
Ialah Tuhan bersifat Jabbar,
Akan hambanya kecil dan besar.
Sebagai hamba Allah, manusia perlu bersabar kerana itulah perintah Tuhan Yang Maha Esa Lagi Perkasa, serta bersifat menguasai segala makhluk ciptaan-Nya.
Kita pun kelak demikian itu,
Meninggalkan dunia juga yang tentu,
Tidak memilih raja dan ratu,
Semuanya itu pergi ke situ.
Semua manusia akan mengalami nasib yang serupa, iaitu akan mati. Tidak kira kedudukan, setiap manusia akan menuju kematian belaka.
Hendaklah kita tunduk terngadah,
Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah,
Adil dan insaf jua berfaedah,
Menaikkan kita pangkat saadah.
Kita hendaklah sentiasa insaf dan mengambil ingatan terhadap kesudahan hidup generasi datuk nenek yang meninggalkan dunia yang sementara (pinjaman) ini supaya kita mengecapi kebahagiaan, iaitu suatu tahap kemuliaan dan kesejahteraan yang kita idamkan.
Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara,
Kesenangan hidupnya dikira-kira,
Istimewa pula sanak saudara,
Jangan sekali diberi cedera.
Para pemimpin hendaklah memastikan bahawa rakyat jelata menikmati kehidupan yang selesa. Keluarga terdekat juga hendaklah dijaga dan dibela supaya mereka tidak hidup sengsara.
Ilmu yang benar hendaklah dimulia,
Kerana ilmu mulia anbia,
Tuntut ilmu jangan sia-sia,
Yang lain itu tinggal di dunia.
Manusia hendaklah memuliakan ilmu yang hak kerana ilmu yang mengangkat kedudukan para nabi (anbia). Ilmu hendaklah dipelajari dengan bersungguh-sungguh kerana ilmu (yang bermanfaat) menjadi bekalan akhirat sedangkan (kekayaan) yang lain akan ditinggalkan.
Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan,
Serta pandang amat-amatkan,
Kematian datuk nenek teladankan,
Kita sepertinya akan didatangkan.

Penyair menggesa khalayak (pembaca) supaya berfikir dalam-dalam, membuat pemerhatian dan pengamatan tentang kesudahan datuk nenek yang sudah tiada lagi. Semua manusia (kita) akan mengalami kesudahan yang sama.
Tema: Hakikat tentang kematian
Nilai murni: kasih sayang
: permuafakatan
: kesabaran / ketabahan
: keinsafan
: kepekaan / keprihatinan
: kecekalan / kegigihan / kerajinan / kesungguhan
Persoalan: kasih sayang sesama keluarga
: permuafakatan / kerjasama dalam pekerjaan / usaha / urusan / tugas
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi musibah / cabaran hidup / dugaan berat / ujian
: keinsafan tentang kesudahan hidup di dunia
: kepekaan / keprihatinan terhadap amanah kepimpinan
: kecekalan / kegigihan / kerajinan / kesungguhan dalam pembelajaran / menuntut ilmu
Pengajaran: kita hendaklah mengasihi / menyayangi keluarga
: kita hendaklah bermuafakat / bekerjasama dalam sesuatu pekerjaan / usaha / urusan / tugas
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi musibah / cabaran hidup / dugaan berat / ujian
: kita hendaklah insaf tentang kesudahan hidup di dunia / kematian
: kita hendaklah peka / prihatin terhadap amanah kepimpinan
: kita hendaklah cekal / gigih / rajin / bersungguhsungguh dalam pembelajaran / menuntut ilmu
kbkk: kebaikan mengingati mati
: kepentingan mempelajari kesudahan generasi terdahulu
: kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
: keperluan muhasabah diri / introspektif / penilaian kendiri
: tanggungjawab ketua / pemimpin terhadap pengikut / penyokong/ rakyat / subordinat / orang bawahan

Wednesday, February 8, 2012
'PERPISAHAN SEMENTARA" BAB 7 NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUKMU (THE SMART NANNY)
Pengarang novel; Rohani binti Deraman
Muka surat rujukan: 44 - 50
Watak utama: "aku" (pencerita / sudut pandangan orang pertama) / Tini / murid tingkatan 3
Watak pembantu: Satiah / saudara angkat Tini / rakan sekelas Tini / murid orang Asli
: nenek Tini / "Kak Nah" (seperti yang disapa oleh Mak Leha)
: Mak Leha / kawan nenek Tini / usia sebaya nenek Tini
Latar tempat: rumah Tini (ketika Tini pamit dengan Satiah)
: rumah nenek (di Pontian, Johor)
: perhentian teksi di bandar Pontian (perbualan antara nenek Tini dengan Mak Leha)
Latar masa: musim cuti sekolah

Peperiksaan PMR selesai dan Satiah berjaya hadir sepenuhnya. Satiah masih menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan dirinya. Tini mengisi cuti dua bulan untuk belajar komputer di Pontian, berdekatan rumah neneknya. Satiah pula harus menjalani rawatan dukun sebagaimana kehendak Pak Morit. Tini meminta Satiah sering menjenguk mama dan menjaga bilik mereka bersama. Perpisahan diiringi dengan linangan air mata.
Lamunan Tini terhenti apabila ditegur oleh nenek. Tini memberi alasan mam kesunyian tanpa dia dan Satiah. Nenek berjanji untuk menghantar Tini pulang lebih awal walaupun dia sendiri sunyi kerana anak bongsunya (Mak Usu, panggilan Tini) dihantar ke rumah Pak Long di Ipoh bagi menghalang pergaulan bebasnya dengan budak penagih dadah dan samseng hingga pernah ditangkap oleh polis. Nenek tidak pernah berhenti berdoa agar Mak Usu berubah sikap. Nenek sempat memuji papa dan mama sebagai anak dan menantu yang baik.
Ketika di hentian teksi setelah selesai mendaftar di kelas komputer, nenek terserempak dengan Mak Leha. Mulanya Mak Leha ketawa kerana menyangka nenek hendak belajar komputer, tetapi kemudian muram apabila bercerita tentang anaknya yang terbabit dengan ketagihan dadah. Dia sudah serik untuk menjamin anaknya, sebaliknya bersetuju supaya anaknya itu dihantar ke pusat serenti sahaja. Mereka berkongsi pengalaman pahit tentang kerenah anak masing-masing yang tidak tahu mengenang budi, tetapi sanggup bikin malu keluarga. Tini berasa kesal seolah-olah dia juga ikut bertanggungjawab.
Nenek bercerita bahawa remaja zamannya membesar dalam suasana susah. Maka. tiada masa untuk mereka berfoya-foya, sebaliknya harus belajar sambil membantu ibu bapa. Nenek kesal dengan sikap remaja sekarang yang lebih mementingkan cakap kawan dan sering menyalahkan ibu bapa sendiri apabila berlaku perkara buruk. Kini, Tini faham kekecewaan Pak Morit.
Hari dan minggu berlalu. Tini agak hampa kerana dia hanya menerima dua pucuk surat yang begitu ringkas daripada Satiah, tetapi dia harus bersabar. Pengetahuan sedia ada Tini tentang komputer membolehkan dia menamatkan kursus komputer lebih awal. Tini sudah boleh mengendalikan komputer tanpa mengharapkan bantuan, selain teruja untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan...
Perwatakan: rajin / bersungguh-sungguh (Tini)
: tegas (nenek Tini)
: penyayang / peka / prihatin (nenek Tini)
: mesra / ramah (nenek Tini, Mak Leha)
Latar masyarakat: masyarakat warga emas (nenek Tini, Mak leha)
: masyarakat remaja (tini, Mak Usu, anak Mak Leha)
: masyarakat yang rajin / bersungguh-sungguh
: masyarakat yang tegas
: masyarakat yang penyayang / peka / prihatin
: masyarakat yang mudah mesra / ramah
Nilai murni: kerajinan / kesungguhan, ketegasan, kasih sayang / kepekaan / keprihatinan, kemesraan / keramahan
Persoalan: kerajinan / kesungguhan dalam pembelajaran
: ketegasan dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
: kasih sayang / kepekaan / keprihatinan terhadap sesama keluarga
: kemesraan / keramahan dalam komunikasi
Pengajaran: kita hendaklah rajin / bersungguh-sungguh dalam pembelajaran
: kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan / mengambil tindakan
: kita hendaklah mengasihi / meyayangi / peka / prihatian terhadap sesama keluarga
: kita hendaklah mesra / ramah dalam komunikasi
kbkk: kemahiran keibubapaan (dalam pendidikan generasi Y)
: jurang generasi (perbezaan cara berfikir / pengalaman generasi lama - baharu)
: rakan sebaya yang berkesan
: cara membalas budi ibu bapa
: kesan buruk ketagihan dadah
TAHNIAH PROFESOR AWANG SARIYAN (LANGUAGE MAESTRO ON THE RIGHT POSITION)
Pelantikan Profesor Dr. Awang Sariyan sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) umpama sirih pulang ke gagang. Sebelum kembali ke dunia akademik sebagai mahaguru bahasa, beliau pernah menyandang kedudukan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa, DBP yang bertaraf Jusa C. Jawatan ketua pengarah barangkali pada gred Jusa A, atau setaraf dengan kedudukan profesor kanan yang sedia disandang oleh Prof. Awang Sariyan.
gambar ambilan daripada blog Kembara Bahasa milik Prof. Dr. Awang Sariyan
Bab gred jawatan dan gaji bukanlah perhatian utama pejuang bahasa. Sebaliknya, sebagai pejuang bahasa yang gigih dan tegar, harapan yang menggunung diletakkan kepada Prof. Awang agar kedudukan bahasa Melayu sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dan kontrak sosial kemerdekaan akan menjadi landasan dasar berkenaan bahasa di negara kita. Walaupun tertakluk kepada terma perkhidmatan dan pentadbiran tertentu, sebagai ahli bahasa yang ulung, sudah tentu Profesor Dr. Awang Sariyan memiliki pengaruh dan upaya yang sangat diperlukan bagi menjayakan cita-cita generasi merdeka kita.
Anak kelahiran Muar, Johor ini telah menyerlahkan kecemerlangan kebahasaan sejak pengajian ijazah asas dengan memperoleh sarjana muda persuratan kelas pertama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Beliau sempat bertugas sebagai guru sekolah dan pegawai penyelidik bahasa di DBP. Sambil berperanan sebagai tutor di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), beliau langsung berguru dengan Profesor Emeritus Dr. Nik Safiah Karim untuk ijazah sarjana dan doktor falsafah.
Prof. Awang pernah bertugas di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UM. Penulis blog (PB) pernah berguru dengan Prof. Awang untuk kuliah kaedah bahasa Melayu semasa kursus diploma pendidikan di UIAM. Prof. Awang juga pernah mengajar di Universiti Brunei Darus-Salam, Frankfurt dan Beijing.
Prof. Awang juga sering diundang membentangkan kertas kerja dalam persidangan bertaraf antarabangsa di serata dunia. Kertas kerja dan laporan penyelidikan beliau dalam jurnal terkemuka dianggap sebagai rujukan yang sangat tinggi nilainya. Ketokohan beliau sebagai cendekiawan bahasa Melayu akan terus menjadi rujukan zaman-berzaman, insya-Allah.
Beliau juga sangat lantang bersuara dalam memartabatkan bahasa Melayu dan berani menegur pemimpin negara yang tersasar daripada etika dan citra bahasa Melayu. Sebagai contoh, Prof. Awang pernah menegur penggunaan kata "kecapaian' yang dijadikan tema hari kemerdekaan negara. Walaupun terdapat juga tukang kipas dalam kalangan sarjana sosiolinguistik, perkataan kecapaian yang membawa maksud "lesu" itu akhirnya dilupakan begitu sahaja.
Profesor Dr. Awang Sariyan boleh dianggap sebagai penyokong kuat tatabahasa Za'aba dan transformasi generatif Chomsky. Beliau juga berlapang dada dengan mazhab bahasa yang berbeza seperti yang diperjuangkan oleh Profesor Asmah Haji Omar dan sebahagian ahli linguistik terapan. Sebagai ahli akademik, perbezaan aliran pemikiran bukanlah suatu perkara yang sangat pelik!

Sesungguhnya pelantikan Profesor Dr. Awang Sariyan sebagai teraju kepimpinan organisasi bahasa tertinggi negara ialah pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kesarjanaan beliau yang luar biasa. Semoga beliau akan menjadi permulaan kepada tradisi meletakkan DBP sebagai sebuah entiti bahasa yang sangat dihormati dan dipercayakan. Bahasa bukan ditadbir, tetapi bahasa mentadbir...
Subscribe to:
Posts (Atom)