Begitulah bunyi tema Hari Pekerja edisi 2010. Dahulu hari pekerja dinamai Hari Buruh. Perubahan istilah berlaku justeru orang awam beranggapan bahawa buruh hanya merujuk kepada jenis pekerjaan kasar dan bergaji rendah.
Dari segi ekonomi, istilah yang lebih tepat ialah buruh yang disenaraikan sebagai salah satu faktor pengeluaran selain modal, tanah dan usahawan. Buruh dihadkan kepada golongan yang berusia antara 15 hingga 64 tahun, serta berupaya memberi sumbangan produktif dalam proses pengeluaran (barang dan perkhidmatan). Sebagai balasan, atau ganjaran, buruh dibayar upah (dan gaji).
Buruh yang memiliki kemahiran khusus, atau perlu menjalani latihan dalam tempoh lebih panjang biasanya dibayar upah lebih tinggi. Akauntan, arkitek, doktor, guru dan jurutera ialah antara contoh buruh kategori ini. Mereka layak menikmati pampasan atas kehilangan pendapatan kerana tempoh latihan yang panjang, iaitu kos lepas yang telah ditanggung.
Jika buruh berkemahiran tinggi hanya memulakan kerjaya ketika usia mencecah 23 tahun ke atas, buruh separa mahir (STPM, diploma) dan buruh tanpa kemahiran (lulusan SPM) mungkin mula bekerja pada usia 18 - 20 tahun. Bilangan buruh kategori ini juga ramai menyebabkan kuasa tawar-menawar dari segi tingkat upah tidak begitu kuat. Mereka lebih mudah digantikan.
Sesetengah ahli ekonomi yang cenderung kepada pendekatan normatif tidak bersetuju buruh (dan usahawan) diletakkan bersekali dengan modal dan tanah sebagai faktor pengeluaran. Mereka berhujah bahawa buruh ialah manusia yang dikurniakan kemuliaan (karamah insaniah). Buruh tidak boleh disamakan dengan jentera yang bisa diperah sesuka hati demi mengejar keuntungan maksimum.
Dalam sejarah Eropah, penindasan yang dikenakan terhadap kaum buruh menyebabkan mereka bangkit menubuhkan kesatuan sehingga banyak pertubuhan buruh yang bertukar menjadi parti politik. United Kingdom menyaksikan parti buruh menguasai kerajaan walaupun mendapat saingan parti lain. Begitu juga di Jepun dan beberapa buah negara maju yang lain.

Berbalik kepada tema hari pekerja. Tidak kira apa-apa sahaja falsafah, slogan, atau ungkapan, hakikatnya pekerja hanya mempunyai fungsi tunggal, iaitu sumbangan produktif. Maka, inovasi atau pembaharuan yang dilaung-laungkan menjurus kepada peningkatan sumbangan daya pengeluaran. Dari perspektif ekonomi, buruh yang dapat menyumbang tingkat keluaran yang tinggi dalam tempoh lebih singkat dinamakan kecekapan yang akhirnya membawa kepada penurunan kos, serta pengeluaran skala besar.
Transformasi yang dicanangkan pula merujuk kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Buruh yang berpendapatan tinggi bermakna kuasa beli juga menjadi tinggi yang dipindahkan dalam bentuk perbelanjaan agregat yang tinggi untuk merancakkan aktiviti ekonomi. Industri teknologi tinggi seperti projek kenderaan nasional boleh mengharap segmen pasaran tempatan (domestik) yang lebih besar tanpa perlu bergantung secara keterlaluan terhadap permintaan dunia.
Model Ekonomi Baru (MEB) yang baharu sahaja dilancarkan ialah sebuah rancangan perspektif jangka panjang untuk merealisasikan hasrat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. MEB boleh dianggap sebagai kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971 - 1990, dan Dasar Pembangunan Nasional, 1991 - 2010. Kemudian rancangan perspektif dipecahkan kepada rancangan lima tahun, dan belanjawan tahunan.

Orang ekonomi tidak mudah terpesona dengan istilah, slogan atau tema yang "mengancam" dan muluk-muluk. Usaha perhubungan awam seperti itu tidak lebih tidak kurang sebagai proses penjenamaan semula yang mungkin dianggap penting oleh pakar pemasaran, atau oleh saudagar persepsi. Orang ekonomi lebih tertarik kepada inti pati dan konsep asas sesuatu perkara.
Pekerja berinovasi datang daripada kelompok modal insan yang memiliki akses kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kini, dianggarkan kira-kira 80 peratus kaum pekerja di Malaysia berkelulusan SPM ke bawah. Keadaan ini dijangka berubah apabila sasaran meningkatkan 40 peratus rakyat memiliki ijazah pertama tercapai, dan baki 60 peratus lagi berpeluang menjalani latihan peringkat pertengahan.
Apabila tiba masanya kelak, lesen perniagaan hanya akan dikeluarkan kepada mereka yang telah disahkan telah menjalani proses penarafan tertentu dari segi kesihatan, latihan dan pengkhususan. Pembeli boleh berasa selamat apabila berurus niaga dengan peniaga pasar malam dan penjaja jalanan seperti penjual pisang goreng atau cok kodok. Penularan penyakit seperti hipetasis B menerusi rembesan cecair tubuh badan peniaga dapat dihapuskan.
Penubuhan kolej komuniti bagi setiap kawasan parlimen bakal mempercepat proses penarafan pekerja dan peniaga kecil-kecilan. Kursus jangka panjang bagi pelajar sepenuh masa, serta kursus jangka pendek untuk orang awam pada akhirnya akan mewujudkan sebuah masyarakat pekerja dan peniaga yang berintegriti dan boleh dipercayai. Pakej penarafan itu boleh dipromosikan sebagai satu lagi produk pelancongan yang berdaya saing.
Menutup bicara, kaum pekerja atau buruh perlu sentiasa diingatkan bahawa segala sumbangan produktif mereka ialah ibadah. Syaratnya ialah keikhlasan untuk mencapai Keredaan-Nya, tidak meninggalkan ibadah asas, tidak mencampuradukkan perkara makruf dengan perkara mungkar, serta menunaikan hak-hak semua pihak yang ditetapkan. Selamat Menyambut Hari Pekerja...