Pengenalan
Syair ditulis dalam empat baris bari satu-satu rangkap. Rima akhir setiap rangkap disamakan (aaaa). Pembacaan syair yang terbaik ialah dengan mematuhi lenggok dan intonasinya yang tersendiri.
Syair selenggaraan Dr. Anwar Ridhwan dan Profesor Rahman Shaari ini termuat dalam antologi "Kasut Kelopak Jantung". Terdapat 8 rangkap syair semuanya. Temanya berkisar kepada nasihat seorang bapa yang sudah hampir sekali menghembuskan nafas terakhirnya.
Perbincangan
Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar suami isteri terlantar sakit sehingga tujuh hari tidak dapat bergerak lagi.
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.
Saudagar menyedari bahawa saat kematiannya sudah hampir, lalu memanggil anaknya, serta dicium kepala anaknya sambil menangis.
Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
Saudagar mengungkapkan tentang kematiannya yang hampir tiba, seraya meminta anaknya menjaga tingkah laku.
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.
Semua harta diwariskan kepada si anak denga harapan si anak akan menggunakan harta dengan berfaedah.
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.
Saudagar mengingatkan bahawa harta pusaka tidak akan kekal, jikalau diuruskan dengan bijaksana. Apabila harta habis, sia anak akan terumbang-ambing kerana kan tinggal sehelai sepinggang , serta bergantung kepada nasib (tiada kekuatan lagi).
Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.
Harta tidak bersifat kekal, sebaliknya meninggalkan tubuh badan yang merana.
Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.
Saudar menasihatkan anaknya supaya tidak melupakan budi bahasa. Ibu bapa hendaklah dimuliakan. Si anak juga disarankan supaya menerima dan melayan dengan baik kepada sesiapa yang datang berjumpa.
Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya ada.
Terdapat kepelbagaian adat resam. Ada adat yang tidak mengagung-agungkan harta, sebaliknya mengutamakan budaya bertegur sapa.
bersambung (analisis komsas, kbkk)
mohon copy . thank you
ReplyDelete