Thursday, January 5, 2012

"ISNIN" BAB 1 NOVEL 6:20 (MYSTERIOUS NANNY AT THE GATE)

Pengarang novel:  Siti Jasmina Ibrahim
Muka surat rujukan:  1 - 12

Watak Utama / Protagonis:
"Saya" / Nur Sukma binti Haji Syaqir: pencerita (sudut pandangan orang pertama) / pelajar universiti awam

Watak Pembantu (bab 1 sahaja):
Wanita tua berusia 60-an / bidan yang menyambut Sukma / dilihat di hadapan pagar rumah Sukma tepat 6.20 pagi

Ibu Sukma / Puan Delila - suri rumah / bekas pegawai tinggi

Ayah Sukma (Haji Syaqir) - pengerusi jawatankuasa keselamatan kampung (JKKK)

Haji Rashid - pemandu kenderaan keluarga Sukma

Ros - jiran Sukma / inspektor polis

pemuda iras kacukan orang putih / Rafik

Profesor Darul - pensyarah tamadun Islam di universiti tempat Sukma belajar

Teja - sahabat baik / sekuliah Sukma

Ringkasan cerita

"Saya" / Sukma bercerita tentang peristiwa dua minggu lepas (imbas kembali). Seorang wanita tua 60-an menjunjung bakul rotan berisi manggis duduk bersila di hadapan pintu pagar, menggoyangkan badan seperti sedang ratib (membaca kalimat tertentu). Walaupun ditegah ibu, Sukma tetap menjengah ke situ, tetapi wanita tua itu telah berlalu. Sukma cuba mencungkil maklumat tadi daripada Pak Rashid yang baru muncul, tetapi hampa. Di luar rumah, Sukma melihat kelibat Kak Ros dan "Rafik". Ketika di dewan kuliah, ingatan terhadap wanita tua itu terus mengganggu tumpuan Sukma terhadap syarahan Profesor Darul. Apabila "disergah" supaya menjelaskan "prinsip kesatuan", Sukma cepat mencari akal dengan menggabungkan catatan kata kunci di papan putih dengan pembacaannya sendiri. Seisi kuliah mulanya beranggapan Sukma bakal terkedu, tetapi kemudian memberikan tepukan gemuruh atas penjelasan Sukma yang cukup bernas. Walaupun demikian, Prof. Darul tetap memberi ingatan supaya pelajar tidak leka semasa di dewan kuliah. Bab 1 diakhiri dengan nota pertanyaan Teja yang berbunyi, "Apa yang dimenungkan sampai satu perkataan pun tak tertulis dalam buku nota?" Sukma hanya membalas sepatah "6.20 a.m."

Latar masyarakat:  masyarakat pelajar universiti, masyarakat yang peka / prihatin, masyarakat yang sopan (terhadap ibu bapa)

Latar tempat: rumah Sukma / di hadapan pintu pagar / dewan kuliah universiti

Latar masa: awal pagi / waktu subuh / siang hari

Nilai murni:  kepekaan / keprihatinan, kesopanan

Persoalan:  Kepekaan / keprihatinan terhadap kedaan sekeliling, kesopanan dalam komunikasi sesama keluarga

Pengajaran:  Kita hendaklah peka / prihatin terhadap keadaan sekeliling; Kita hendaklah sopan dalam komunikasi keluarga

Teknik penceritaan:  sudut pandangan orang pertama ("saya" / Sukma), imbas kembali (peristiwa dua minggu lepas)

Gaya bahasa:  perbualan / dialog,  pemerian / perihalan, tafsiran peribadi (interpretasi terhadap peristiwa / tingkah laku watak lain), sinkof (ejaan / sebutan yang dilemahkan)

kbkk:  judul novel 6:20 merujuk waktu Sukma memerhatikan wanita tua muncul di hadapan pagar rumahnya.

           unsur suspens: beberapa soalan tidak diberi jawapan / dibiarkan tergantung

           permulaan cerita mendorong pembaca untuk meneruskan pembacaan

           pengakhiran bab juga meninggalkan tanda tanya yang memerlukan pembacaan bab seterusnya.

No comments:

Post a Comment