Tabiat berlama-lama di hadapan skrin televisyen dan komputer didapati mempengaruhi tahap kesihatan seseorang, terutama berat badan yang meingkat justeru kekurangan pergerakan fizikal, sebaliknya hanya 'senaman' mulut dengan mengunyah kacang dan snek yang banyak kolestrol, serta kandungan gula juga tinggi. Keadaan sudah terbalik, iaitu manusia yang sepatutnya mengawal teknologi, tetapi teknologi pula yang berlagak seperti tuan. Jika tv atau komputer kata jangan bergerak, maka manusia berkenaan pun lekat di situ, makan minum di situ dan tidur juga di situ!
Berita Harian (Isnin, 12.11.12) melaporkan bahawa Dr. Lau Kim Kah, Pengarah Hospital Sentosa, Kuching menyebut tentang risiko melayari facebook antara tiga hingga tujuh jam sehari boleh mendedahkan seseorang kepada risiko kemurungan dalam jangka panjang (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LayariFacebooklebih3jamjejasmental/Article/index_html). Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.
...
...
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment