Sunday, January 12, 2014

SUNNI DIZALIMI SYIAH DI SYRIA (TYRANNICAL REGIME EXPOSED)

Akhirnya wajah sebenar puak Syiah, sama ada di Iran dan di Lubnan terserlah juga. Mereka yang selama ini mengaku sebagai pejuang umat yang lantang melawan rejim haram Tel Aviv dan blok kuasa Barat kini sanggup bersekongkol dengan Basyar al-Assad membunuh hampir 200,000 orang rakyatnya sendiri, memusnahkan 1,450 buah masjid, mengebom 60 peratus hospital dan mengakibatkan 2 juta orang awam cedera, manakala tiga juta orang lagi mencari perlindungan sebagai pelarian di selatan Turki, Jordan dan Iraq. Kekejaman tentera Basyar sangat dahsyat untuk dilukiskan dengan kata-kata.

Puak mullah dan ayatollah yang begitu berkuasa dalam kalangan penganut Syiah bukan sahaja menyokong sekutu Syiah mereka di Syria, bahkan turut menghantar tentera untuk melakukan pembunuhan melulu terhadap masyarakat Sunni yang membentuk 80 peratus rakyat Syiria. Kekuatan Basyar hanya bergantung kepada bom kimia dan serangan udara. Maka, Tehran dan puak yang menggelar diri mereka Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan, tetapi kini dikecam sebagai hisbus-syaitan oleh Yusuf al-Qaradawi, ketua ulama sedunia, menghantar ketumbukan tentera darat untuk menghadapi kebangkitan rakyat Syiria. 

Jika rejim kudeta Mesir sanggup membakar jenazah syuhada yang dikumpul di hospital bagi menghapuskan bukti, tentera Basyar membunuh masyarakat Sunni tanpa mengira peringkat usia dan jantina dengan begitu kejam secara terang-terangan. Banyak sekali rakaman audio video kejahatan Syiah dimuat naik menerusi laman perkongsian you tube. Syiah yang mendakwa Islam bertindak seperti haiwan buas yang lebih hina daripada puak Serbia yang pernah menzalimi masyarakat islam Bosnia pada dekad 1990-an.

Puak Syiah Syria hanya membentuk kurang daripada lima peratus penduduk Syria, tetapi 'dinasti' al-Assad telah berkuasa sejak tahun1971. Mereka bermazhab Syiah 'Alawi atau juga dikenali sebagai Nusairy Syiah yang berjumlah 1.6 juta orang di Syria, dan 0.6 juta orang lagi di negara-negara lain (klik di sini). Hakikat itu menyebabkan Syiah Iran dan Lubnan bermati-matian mempertahankan pemerintahan Syiah di Syria setelah berjaya mengambil alih tampuk kuasa Iraq dengan bantuan blok Barat.

Agenda pasca-Perang Salib dengan proses penjajahan fizikal dan serangan fikiran menerusi pakej pecah dan perintah (divide et empera) meninggalkan negara umat Islam tidak pernah sunyi daripada pergolakan dalaman dan ancaman luaran. Perisikan kuasa besar meresap masuk ke dalam entiti berpengaruh tempatan dengan melatih tali barut yang sanggup bersekongkol. Hafez al-Assad (bapa Basyar) memulakan langkah ke persada kuasa di Syiria menerusi pengaruh angkatan tentera dengan bantuan CIA (klik di sini).  

...

...

...

No comments:

Post a Comment