Perbelanjaan persekolahan anak-anak kini lebih tertumpu kepada kelengkapan pakaian dan pengangkutan ke sekolah. Yuran sekolah dan yuran peperiksaan awam telah dikecualikan menerusi peruntukan khas awam. Sekolah bantuan penuh kerajaan menghampiri konsep pendidikan percuma.
Siri kenaikan harga akibat pengumuman rasionalisasi subsidi akan diikuti dengan tuntutan upah dan gaji yang lebih tinggi di sektor awam dan swasta. Peniaga dan pengeluar kecil-kecilan juga akan cuba menyerap kos sara hidup yang lebih tinggi itu dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, atau menjual barang dan perkhidmatan pada harga yang sama, tetapi dengan kuantiti dan saiz yang lebih kecil. Kebimbangan tentang penurunan daya saing eksport juga disuarakan oleh pihak yang berkenaan (klik
di sini).
Peningkatan harga umum secara berterusan dan tidak terbatas atau ringkasnya inflasi akan mengakibatkan kuasa beli wang dan pendapatan benar mengalami kemerosotan. Portfolio kecairan juga mengalami kesusutan nilai. Hanya nilai harta tidak alih mengalami peningkatan dari segi harga semasa. Maka, kebijaksanaan dalam merancang belanjawan keluarga, terutama perbelanjaan persekolahan menjadi begitu kritikal.
lagi
lagi
dan lagi
dan lagi
teruskan
dan teruskan
menunggu artikel selengkapnya
No comments:
Post a Comment