Sunday, January 26, 2014
SUHU SEJUK MELANDA MALAYSIA? (EXTREME CLIMATE CHANGES)
Fenomena embun membeku dan hujan ais di puncak Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah Negeri Di Bawah Bayu meningkatkan rasa teruja rakyat negara ini tentang kemungkinan turunnya salji sebagaimana yang telah terjadi di Vietnam dan utara Thailand (klik di sini). Paras suhu di situ mencatat bacaan serendah negatif 2 darjah celcius. Namun, ahli kaji cuaca menyangkal bahawa salji telah turun justeru kedudukan geografi negara yang berada dalam zon khatulistiwa.
Cuaca sejuk turut dialami oleh wilayah pantai timur semenanjung dan negeri-negeri utara. Kuala Krai misalnya mencatat bacaan 17 darjah celcius, seolah-olah bertukar menjadi kawasan peranginan tanah tinggi yang dingin. Bandaraya Ipoh pula mencatat bacaan suhu minimum 22.8 darjah celcius.
Jabatan Kaji Cuaca (metereologi) menyatakan bahawa penghujung Januari dan awal Februari memang mencatat suhu paling rendah akibat pengaruh angin sejuk Siberia dan tanah besar China. Keadaan akan kembali menjadi normal selepas itu. Benua Amerika Utara juga menghadapi suhu sejuk yang ekstrem ketika ini.
Keadaan sebaliknya berlaku di hemisfera selatan, seperti Australia yang mendapat jolokan down under. Dalam kejohanan tenis terbuka Australia yang baru sahaja berakhir, banyak pemain ternama telah tersingkir di pusingan awal akibat tidak tahan dengan cuaca panas ekstrem yang mencecah bacaan melebihi 40 darjah celcius. Iklim panas kering memang sangat perit untuk dilalui.
...
...
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment