SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 24, 2014

TELEFON PINTAR TERKINI SAMSUNG: GALAXY S5 (THE RENEWAL DEFINITION OF DISTANCE COMMUNICATION)

Apabila Apple memulakan pertarungan paten, Samsung terpaksa akur dengan bayaran saman bilion USD. Namun, Samsung bertindak balas dengan memenangi beberapa hak paten dari segi reka bentuk seperti paparan skrin light-emiiting diodesLED (klik di sini). Apple dan pengeluar telefon pintar yang lain dikehendaki membeli teknologi LED telefon pintar daripada Samsung.

Samsung menguasai 30 peratus pasaran telefon pintar, tetapi menghadapi saingan yang cukup sengit daripada Apple dan Huawei (China) untuk pasaran yang dianggap matang (kuasa beli tinggi) seperti Amerika Utara dan Eropah Barat. Maka, Samsung kelihatan sangat ke hadapan dalam memperkenalkan inovasi supaya segmen pasaran sedia ada mereka tidak dirampas. Gergasi peranti komunikasi mudah alih dunia itu nyata telah membuat unjuran prospek dan retrospek permintaan pasaran dalam jangka panjang.

Model Galaxy S5 dengan ciri reka bentuk yang lebih canggih sudah pun dipromosikan dalam pameran peranti mudah alih terbesar dunia di Barcelona, Sepanyol baru-baru ini. S5 dijangka memasuki pasaran utama dunia pada bulan April, manakala di Malaysia dijangka sebulan kemudian. Dengan hak paten Samsung, pesaing lain terpaksa melakukan kelainan jika mahu merebut segmen pasaran telefon pintar yang dikatakan bakal menghadapi fasa tepu dalam tempoh yang terdekat.
sumber ambilan gambar: klik di sini

Antara ciri asas S5 yang dijangka memikat perhatian peminat tegar gajet mudah alih terkini ialah:
(disalin terus dalam bahasa sumber, iaitu bahasa Inggeris)
·         5.1-inch screen at 1920×1080 resolution. That’s 1080p HD. No sign of rumored qHD displays
·         The latest Android 4.4.2, which is good.
·   Touchwiz, Samsung’s Android skin, is refreshed to look less tacky and awkward, but it’s still recognizably Touchwiz.
·         Dust resistant and waterproof submerged up to 1 meter.
·         The plastics feel less cheap.
·         Fingerprint scanner.
·         Heart-rate monitor built in, which works with the S Health app.
(sumber: klik di sini)

Model Galaxy S5 menjadi pertaruhan Samsung untuk menebus kagagalan S4 mencecah sasaran jualan 100 juta unit akibat kemunculan peranti mudah alih jenama tidak terkenal yang berharga murah. Di samping mahu mengekalkan pelanggan setia, Samsung berharap dapat menawan bahagian besar pembeli dalam kalangan generasi muda. Namun, tugas itu tidak mudah memandangkan S5 masih mewarisi beberapa kekurangan dalam model S4 yang masih hangat di pasaran. 

Sebagai contoh model S5 masih mengekalkan storan dalaman sebanyak 16 GB dengan baki memori hanya 7.86 GB setelah ditolak dengan aplikasi canggih yang ditawarkan. Walaupun demikian, resolusi kamera sebesar 16 megapixel dijangka memberikan kelebihan walaupun saingan seperti Sony Xperia telah sedia menawarkan kamera 20 megapixel. Teknologi optikal dan zoom yang dimiliki oleh Samsung lazimnya lebih diyakini.

Keunikan S5 ialah aplikasi cam cap jari untuk mod menghidupkan paparan hadapan dan juga mengunci dokumen. Selain itu, S5 juga dilengkapkan dengan ciri kalis air dan kalis debu, serta pengesan bacaan denyutan jantung. Lebar skrin S5 ialah 5.1 inci di samping daya tahan bateri yang lebih panjang sebagaimana yang didambakan oleh kebanyakan pengguna pengguna.

Samsung sebagai pelopor jam pintar jenama Galaxy Gear dengan cepat menerima ancaman pesaing utama seperti Huawei, LG dan Sony. Malah, Sony yang berhadapan dengan kritikan tentang kelemahan adapter komputer mudah alihnya kini mahu menumpukan perhatian kepada peranti telefon pintar dan komputer tablet. Model Xperia Z2 misalnya menawarkan ciri yang mirip S4, tetapi dengan saiz skrin 5.2 inci dan kamera resolusi tinggi 20.7 megapixel.

Dengan harga yang relatif lebih tinggi berbanding dengan jenama pesaing, Samsung menampilkan kelainan reka bentuk dan aplikasi yang canggih. Bagi pengguna, mereka sanggup berbelanja besar dengan syarat pembelian yang dilakukan berbaloi. Kepuasan menggunakan set telefon pintar yang memenuhi keperluan komunikasi dan aplikasi urusan seharian seiring dengan gaya hidup era nano ...

No comments: