SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, April 2, 2014

MATA PELAJARAN WAJIB STPM (WRITE YOUR OWN SCRIPT OF LEARNING)

Syarat bagi memperoleh pangkat lulus minimum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ialah mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam kertas Pengajian Am. Seterusnya, syarat pengijazahan di universiti ialah memiliki gred lulus minimum Malaysian English University Test, Muet Band 3. Maka, secara tidak langsung dua kertas berkenaan berstatus wajib di peringkat prauniversiti tingkatan 6.

Pelajar yang ditawarkan tempat di tingkatan enam perlu melepasi tapisan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sama ada ke jurusan kemanusiaan (sastera) atau sains. Pemilihan pakej mata pelajaran boleh dilakukan dengan meneliti senarai berkenaan sebelum atau selepas proses pendaftaran selesai. Pelajar hanya digalakkan mendaftar tiga mata pelajaran elektif selain Pengajian Am dan Muet. Sesetengah sekolah telah menyediakan pakej mata pelajaran untuk dipilih oleh pelajar.

Berdasarkan pakej mata pelajaran yang dipilih, pelajar akan ditempatkan di kelas yang tertentu pula. Mungkin dalam tempoh yang terdekat, apabila kolej prauniversiti tingkatan enam lebih banyak ditubuhkan, pelajar akan dibenarkan memasuki pelbagai kuliah mata pelajaran (istilah di universiti: shopping) sebelum membuat keputusan muktamad. Pelajar kemudian diberi tempoh tertentu (dua hingga tiga minggu) untuk melakukan proses tambah dan gugur mata pelajaran. Pelajar bahkan boleh memilih pensyarah yang tertentu berdasarkan maklumat atau tanggapan pelajar senior.

Mungkin sudah tiba masanya pelajar mendapatkan nasihat akademik daripada kaunselor pelajar atau guru mentor masing-masing. Walaupun pada prinsipnya pelajar diberikan kebebasan memilih pakej mata pelajaran yang digemari, pihak sekolah lebih arif tentang keperluan syarat memasuki kursus yang berdaya saing dan kritikal di institut pengajian tinggi.

Pelajar jurusan sains biasanya disyorkan mengambil mata pelajaran Matematik T dan Kimia sebagai teras, manakala Fizik, Biologi dan Pengkomputeran / Teknologi Maklumat sebagai mata pelajaran bukan teras. Pelajar jurusan kemanusiaan digalakkan memilih pakej mata pelajaran berdasarkan kecederungan pengkhususan semasa di universiti kelak. Misalnya, Ekonomi digandingkan dengan pengurusan perniagaan dan Matematik M.

Pelajar yang cenderung untuk menjurus terhadap pengajian kemanusiaan dan sastera tulen digalakkan memilih mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, dan Geografi / Kesusasteraan Melayu. Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan serta pernah bertanding di peringkat tinggi (contohnya kejohanan negeri) boleh memilih kombinasi sains sukan, ekonomi dan pengurusan perniagaan. Sains sukan mungkin juga sesuai digandingkan dengan Biologi / Pengkomputeran dan Matematik T bagi jurusan sains.

Jika pelajar mendapati penempatan yang ditawarkan oleh pihak KPM tidak cocok dengan pakej mata pelajaran yang dikehendaki, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada pihak jabatan pelajaran negeri masing-masing. Penubuhan kolej tingkatan enam mungkin memudahkan proses penawaran mata pelajaran yang lebih menyeluruh dan pelbagai. Misalnya, Perak bakal memulakan pengajian tingkatan enam di kolej rintis, iaitu di SMK Seri Ipoh dan SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.

Sebagai pelajar yang telah mencapai usia kematangan, pelajar prauniversiti tingkatan enam seharusnya sudah dapat mencatur, mencongak dan merancang bidang pengajian yang diminati, serta sejajar dengan keupayaan akademik masing-masing. Namun, sebelum membuat keputusan, pelajar perlu memperoleh seberapa banyak maklumat tentang bidang pengajian, peluang menyambung pengajian dan prospek kerjaya dalam jangka panjang. Memang benar bahawa belajar ialah proses mencari ilmu, tetapi hendaklah ilmu yang dapat membawa pelajar ke arah berdikari, iaitu tidak menjadi beban kepada mana-mana pihak.

Kelebihan pengajian prauniversiti tingkatan enam ialah dari segi pembiayaan sepanjang tempoh belajar. Selain berdekatan dengan rumah, pelajar juga dikecualikan daripada membayar sebarang bentuk yuran pengajian (tuition fees), yuran peperiksaan dan caj lain, kecuali untuk kertas Muet. Pelajar juga menikmati bantuan baucar buku 1Malaysia bernilai RM500 yang diterima pada penggal pertama dan dua.

Kelayakan STPM memiliki penarafan antarabangsa dan lebih dipercayai justeru tatacara kurikulum dan pentaksiran yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ditadbir oleh jawatankuasa naib canselor universiti awam tempatan (IPTA)dengan kerjasama Universiti Cambridge, United Kingdom. Komponen pentaksiran dalaman mirip PBS juga dilaksanakan menerusi penulisan kertas projek atau kerja kursus yang menjurus terhadap aplikasi penyelidikan yang bersifat autentik. Kini, STPM berstatus laluan utama kemasukan pengajian ijazah asas di universiti tempatan ...

...

...

307 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 307 of 307
Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu

saya ambil STPM 2007 dan akibat kesempitan hidup saya bekerja dan kini saya sudah berkahwin dan berusia 29 tahun. saya bercadang untuk mendaftar sebagai calon persendirian, cuma saya masih tidak faham cara untuk belajar,perlukah saya daftar dan ke sekolah dan adakah sekolah yang mengambil pelajar usia seperti sya? dan bagaimana untuk mengambil kerja kursus jika saya belajar dirumah dan wujudkah mana mana institusi untuk peringkat umur seperti saya sebagai calon STPM?

terima kasih

Anonymous said...

Salam cikgu . Saya dapat keputusan e dalam math spm . Jika saya ambil stpm mata pelajaran tambahan matematik m adakah ia boleh cover balik result saya semasa spm ?

Unknown said...

Salam cikgu . saya masih keliru dgn keputusan saya . saya nak masuk form6 aliran sains , boleh tak klau saya drop MUET dan mathematics T ?? saya nak fokus pd subjek bio , kimia dan pengajian am . sbb spm addmath saya G . saya takut xboleh bwak subjek math , but saya minat sangat dgn sub bio chemistry . minta pencerahan cikgu . terima kasih

Sebuaga said...

Salam cikgu,

Saya lepasan SPM 2015 bukan 2016. Saya pernah ditawarkan ke tingkatan 6 pada tahun lalu tetapi saya tak lapor diri atas sebab2 yg mendesak. Jadi saya ingat nak mohon masuk tingkatan 6 semula sebagai calon sekolah kerajaan. Apakah saya berpeluang? Dan bagaimanakah prosedurnya?

Berikut keputusan saya:
BM = A-
SEJARAH = A
SASTERA = A
SAINS = A
PAI = A-
TASAWWUR = A+
BI = C+
MATH = D

cikgu azhar said...

hi & hello

anon april 6: tiada masalah untuk mohon UA atau memohon kerja di sektor awam.
syaratnya pngk terbaik.

ling mj: sistem modular ada kerja kursus. namun, stpm tiada tarikh lupu macam muet. hubungi terus pegawai mpm atau jabatan pendidikan negeri untuk kepastian

KPF3012 Group A : Unit 2 said...

Assalamualaikum... Cg.. Sy pljr lpsn spm2016 aliran sains.. Tp sy dpt twrn stpm aliran agama.. Blhkh sy tukar aliran kpd aliran sains.. Spm result 1A 2A- 3B 1C 4D.. Bio C.. Subjek sains yg lain D.. Math A...
Mhn pncrhn..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Aliah adiba said...

Assalamualaikum cikgu. Saya calon spm 2016. Saya nak tanya, kalau sekolah yg saya ditawarkan ni menawarkan pakej sub bm, am, geo,eko. Kalau saya tak nak ambil salah satu sub pakej tu boleh ke? Saya ambil sub yg lain contoh macam perniagaan? Harap ckg boleh beri keterangan. Terima kasih ckg ��

reima.f said...

Salam cg . Saya ingin menanyakan sesuatu . Saya lepasan spm 2016 dengan keputusan 4A3B1C1D . Sye dpt t6 aliran sains tapi saya tak berapa yakin utk membawa aliran tu sebb dngr dari senior agak susah . Jadi sye takut tk dpt catch up . Jadi sye buat kptusn utk mohon tukar jurusan . 1.adakah jurusan sains tu sngt susah ? 2.apa ptut sye lakukan sbb sye mnt sains tpi sya mint perakaunan juga. Mohon cg bantu saya

reima.f said...

salam cg . saya ingin menanyakan sesuatu dan pendapat cikgu . saya lepasan spm 2016 dengan keputusan 4a3b1c1d aliran sains . saya dapat tawaran ting 6 aliran sains tapi saya tak yakin dapat bawa aliran sains ni sebab dengar dari pihak luar yang kata aliran sains t6 amat susah selain tu saya amat lemah dalam addmath , saya takut saya tak dapat catch up subjek tu . jadi saya buat keputusan utk tukar ke jurusan kemanusiaan sebab disitu ada perakaunan . 1. adakah aliran sains t6 amat susah 2.apa patut saya buat sebb sye mmng minat sains tulen tapi saya juga minat bidng perakaunan . minta cg berikan nasihat serta pendapat terhdp masalah saya ni

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu, saya akan menduduki peperiksaan spm thn ni.. Saya bercadang utk masuk tingkatan enam.. Tapi sekiranya tempat yg saya nk tu tidak menawarkan subjek yg saya hendak (kesusasteraan melayu) apa yg patut saya buat? Rumah saya dekat dgn smk petaling jaya taman medan.. Jdi saya bercadang sambung di situ.. Subjek kita boleh pilih sendirikan?

OCEANHOLIC GIRLS said...

assalamualaikum cikgu.. sy lpsn spm 2016.. sy nk smbung f6 dlm aliran sc.. lps tu cikgu ad ckp pasal pngajian am (wajib ambik) .. pngajian am ni subjek ape cikgu?. Trima kasih.. harap cikgu rep komen sy..

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya nak tanya. Bolehkah seorang pelajar yang menerima tawaran untuk bidang sains pada peringkat STPM menukar kepada bidang kemanusiaan? Tambahan pula, nama sekolah telah ditetapkan. Bagaimana proses pendaftaran untuk masuk ke tingkatan 6 bagi pelajar yang ingin menukar bidang dari sains ke bidang kemanusiaan? Mohon pencerahan. Terima kasih.

zareen said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya seorang pelajar lepasan spm, dan telah menerima tawaran dalam bidang sains pada peringkat STPM. Nama sekolah telah ditetapkan dan sekiranya saya tidak mendaftar di sekolah tersebut, saya di kira menolak tawaran. Tetapi, saya ingin menukar bidang sains kepada bidang kemanusiaan du sekolah lain. Soalan saya ialah, (1) bolehkah saya menukar bidang sains kepada bidang kemanusiaan? (2) bagaimanakah penfurusan semasa pendaftaran bagi pelajar yang menukar bidang sains kepada kemanusiaan? Mohon pencerahan. Terima kasih. Wassalam.

zareen said...

Assalamualaikum, saya nak tanya. Bolehkah bidang sains STPM ditukar ke bidang kemanusiaan. Bagaimana, pengurusan kemasukan pendaftaran pelajar yang menukar bidang ke sekolah lain?

Anonymous said...

Kawan-kawan adakah jika saya mengambil mata pelajaran prinsip akaun adakah mathematics M wajib untuk diambil?

Tolong kemukakan pendapat anda terima kasih

Anonymous said...

Salam cikgu.Saya nak ambil stpm aliran ict.Subjeknya ict,ekonomi,pengajian am,dan geografi.Persoalannya sekarang,boleh tak saya ambil ijazah sains komputer selepas stpm nanti??TQ.

cikgu azhar said...

W.salam

Ikmal Ahmad: daftar kemudian isi borang yang berkenaan jika memenuhi syarat

Adibah aliah: boleh, daftar subjek tambahan sebagai calon persendirian

reima f: cuba dulu semester pertama sambil memohon uitm sebagai contoh

akmal nabil: pakej ditetapkan oleh sekolah. boleh pilih

dakeah natrium klorida: pengajian am meliputi kenegaraan, alih komunikasi media dan esei

anon apr 27: isi borang yang berkaitan

zareen: sama di atas. tiada masalah. budah 10 A+ pun ada yang tukar

anon apr 28: tidak wajib

alif haiqal: boleh, tetapi mesti pencapaian baik dalam math spm & muet




Anonymous said...

Tq cikgu :)

Unknown said...

Assalamualamualaikum cikgu.saya lepasan spm tahun 2016 dan dari aliran sns.saya tidak mndpt tWran msuk ke matriks tetapi dapat twrn msuk tgktan 6 dlm jurusan sains.mula2 saya ingin nnjdi dktor..tpi tdak disarankan utk mgmbil subjek kimia krna spm saya dpt D.jdi dlm aliran sns saya hnya mgmbil biologi sahaja tetapi digabungkan dengan sains sukan.jadi adakah saya boleh memohon ke universiti dan menjadi ahli fisioterapi dengan 2 subjek ini sahaja?..harap cikgu dapat membantu..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu , sy nk tanya sy lepasan stpm 2016 sy ambik subjek p.am,sej,eko & pp .Boleh ke klau sy nk sambung degree dlm bidang pendidikan seni ? tp dlm spm sy ade subjek p.seni dan grafik .

cikgu azhar said...

W.salam,

Nor Ain Rubikah Abu Bakar: Insya-Allah, boleh tetapi dengan syarat pngk yang mencukupi di samping pencapaian dalam bidang sukan.

anon may 20: untuk bidang animasi dan digital art tiada masalah. jika maksudnya bidang seni halus dan seni tampak mungkin memerlukan gred terbaik dalam pendidikan seni visual stpm yang turut merangkumi teori.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam Cikgu.. Sy ni form 6 student yg baru je daftar masuk form 6 sesi 2017..masalah saya adalah sy tidak dpat hadirkan diri ke skolah selama seminggu selepas beberapa minggu pendaftaran form 6 disebabkan sy mengalami sakit gigi yg teruk menyebabkan sy sangat sensitive terhadap suasana yg bising.dan dalam tempoh ketiadaan sy.. Cikgu perniagaan sy tlah menyuruh rakan sekelas sy utk bentangkan esei.. Adakah sy perlu juga melakukannya meskipon sy tiada di skolah?

cikgu azhar said...

Salam,

boleh tunda, sebab masih berlaku keluar masuk pelajar baharu

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya hendak bertanya bagi pihak kawan saya.
Jika PNGK kita ok tetapi bahagian MUET sekadar band 2...
Boleh ke smbg bljr ke UA
SEKIAN TERIMA Kasih

cikgu azhar said...

W.salam,

insya-Allah boleh bagi kursus bukan kritikal
namun, untuk pengijazahan, kena duduki semula muet sehingga dapat minimum band 3

Unknown said...

Assalam.. ckgu sya ingin bertanya . Sya lepasan spm 2016 berminat utk menyambung pengajian ke tingkatan 6 tetapi sya telah terlewat membuat permohonan kerana permohonan ke tingkatan 6 telah pun ditutup pada sesi 2017. Persoalan saya, adakah saya masih berpeluang untuk memohon ke tingkatan 6 pda umur 19 thn iaitu pada tahun 2018? Dan sya ingin bertnya .. di sekolah masih ada ka pelajar berumur 19 thn yg bru ingin memohon stpm pda semester pertama? Mohon penjelasan ckgu. Hrp ckgu membalas kerana sya betul2 inginkan jwapannya . Terima kasih..

Unknown said...

Salam cikgu..

Saya skrg pelajar stpm calon sekolah. Tapi saya ingat nak kerja. So saya bercadang nak quit dari form 6 and tukar jadi calon persendirian STPM. Cikgu tau tak cara nak tukar status dari calon sekolah kpd calon persendirian?

And satu lagi yg saya nak tanya, calon persendirian STPM berpeluang tak nak sambung IPTA? Yelah calon STPM persendirian kan takda markah koku so beri effect tak bila nak mohon UPU nnti?

Unknown said...

As salam
Saya nk tnye , subject ap yg saya perlu ambil semasa stpm klau nk ambil aliran ict semasa dgree nnti ?

Iz Sazali 이재인 said...

Assalamualaikum Cikgu... Saya Iz, berumur 29 tahun dan masih bujang, ingin mengajukan pertanyaan kepada Cikgu. Izinkan saya membawa Cikgu menelusuri kisah saya ini, yang akan membawa kepada pertanyaan saya itu. Saya merupakan mahasiswa lepasan ijazah pertama sebuah universiti awam negara dalam bidang fizik, kini sudah 7 tahun bekerja dalam bidang yang bukan saya diijazahkan, bukan saya impikan dan paling penting sekali, bidang ijazah yang bukan saya minati. Kendatipun demikian, dek kerana mahu memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa, saya redho dan menerima apa sahaja kerja yang saya perolehi. Kini, saya bekerja dalam bidang berkaitan perbankan, dan setelah mampu menanggung ibu bapa serba sedikit, saya mula menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang saya gemari sebelum ini, yakni dalam bidang sejarah. Oleh itu, saya berfikiran, adakah dibenarkan bagi seseorang yang sedang bekerja untuk mengambil peperiksaan STPM secara persendirian dan secara serentak? Insyallah saya akan menggunakan masa yang terluang untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Kerana minat, nak seribu daya saya akan gemblengkan untuk berjaya dalam peperiksaan ini. Mohon pendapat Cikgu. Terima kasih.

Unknown said...

Salam cikgu...saya dulu amik stpm 2007...jika pengajian am gagal ada dapat sijil stpm atau tidak ya...subjek lain semua lulus

cikgu azhar said...

W.salam,

Nur Hazwani: kena tanya terus dengan Jabatan Pendidikan Negeri sama ada terus ke sana atau menerusi panggilan telefon

Mohd Zakir Ali: barangkali sudah selesai. jika belum, urus dengan Penolong kanan Tingkatan 6 terlebih dahulu sebelum merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia. Tiada perbezaan peluang untuk kemasukan UA, cuma kelebihan kepada yang aktif kokurilum. cuba capai pngk terbaik.

Aniey Eniey: Pengkomputeran atau jurusan sains tulen (mana-mana pakej pun boleh)

Iz Sazali: Lebih baik sdra. sambung ijazah sarjana falsafah dan sejarah sains di universiti malaya. hubungi dr che wan jasimah untuk rujukan lanjut. rasanya x perlu ambil stpm justeru sdra boleh menggabungkan pengetahuan semasa ijazah asas dengan penyelidikan sejarah sains. sambung Ph.D boleh buat kajian sejarah tulen.

Fairusnida Abdul rahim: memang tiada sijil

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum cg saya nak tanya saya pernah menduduki stpm pada tahun 2015/2016 tetapi keputusan tidak memberansangkan. Boleh tak kalau saya menduduki stpm calon kerajaan lagi tahun 2018/2019

Man said...

salam
Kerja krusus tu macam mana cikgu utk calon persendirian?
Calon persendirian pun kena ambil penilaian utk 3 penggal jgk ke atau study sendiri dan terus sit utk exam akhir je?
Terima kasih cikgu

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

anon nov 14: calon persendirian

Mohd Anuar: mpm akan lantik guru pembimbing / pemeriksa. kerja kursus kertas wajib yang membawa wajara 20% atau lebih. pengkomputeran 60%

Wallahu a'lam ..

Unknown said...

Assalamualaikum cg...

subjek apa yang patut saya ambil semasa stpm kalau minat bidang architecture...

cikgu azhar said...

W.salam tan radius,

jurusan sains: pengajian am, muet

: matematik T, fizik, kimia

lihat syarat kemasukan fakulti alam bina um, ukm, utm, uitm, uiam, usm

Wallahu a'lam

Sherry said...

Kat mana nak cari rujukan buku STPM dalam bahasa melayu...di oasaran semua in english

Ikmal Safwan said...

Assalamualaikum cikgu... saya nak tanya bolehkah saya ambil subjek sains iaitu fizik walaupun saya ambik matapelajaran ekonomi,p.perniagaan,p.am,muet dan apakah bidang yang sesuai utk saya masa di universiti. Mohon penjelasan dari cikgu. Terima kasih

Ikmal Safwan said...

Assalamualaikum cikgu... saya nak tanya bolehkah saya ambil subjek sains iaitu fizik walaupun saya ambik matapelajaran ekonomi,p.perniagaan,p.am,muet dan apakah bidang yang sesuai utk saya masa di universiti. Mohon penjelasan dari cikgu. Terima kasih

aQilah J. said...
This comment has been removed by the author.
aQilah J. said...
This comment has been removed by the author.
aQilah J. said...

Aslkm cikgu...

Adakah subjek Pengajian Am penentu samaada dapat sijil stpm atau tidak?

andai kata result stpm dapat mcm ni..

sejarah 3.5
pengajian perniagaan 3.5
bahasa melayu 3.5
pengajian Am 1.7
*STPM 2017*

adakah layak menerima sijil stpm jika subjek Pengajian Am hanya dapat pointer 1.7 ?

sebab saya pernah terbaca.. sekurang kurangnya ada satu subjek dapat c akan mendapat sijil stpm.. adakah betul perkara tersebut bagi stpm 2017?

tq

cikgu azhar said...

W.salam

unknown dec 29: aliran sains? tidak mengapa sebab istilah hampir sama.

Muhammad Safwan: Matematik M lebih sesuai. cuma jika hendak memohon sains aktuari kena ambil Matematik T

aQilah: pengajian am mesti minimum C untuk persijilan. tanpa pengajian am, hanya dapat slip sahaja



Anonymous said...

Salam,saya ada kwn yg hndk mnjd doktor,namun semasa SPM dia tdk mengambil subjek yg mnjurus ke kerjaya trsbut, jadi bgaimana dia hndk mlanjutkn pelajaran untuk menjadi seorang doktor?

Unknown said...

asslmualaikum.Saya pelajar STPM 2017 & saya bercita² menjadi pendidik dlm subjek bahasa Melayu tp Pengajian Am penggal 1 saya dpt B, Penggal 2 F,Penggal 3 D+, KK A so,keseluruhan saya dpt C manakala bg subjek BM kesemua sem A.Adakah mustahil utk saya capai cita itu? Saya mohon pandangan cikgu utk laluan kerjaya saya dengan result sedemikian

Anonymous said...

Assalamualaikum, cikgu.. bolehkah saya bertanya? Saya lepasan STPM 2017, saya mengambil subjek Sejarah, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Pengajian Am di peringkat STPM. Bolehkah saya memohon untuk kos matematik di universiti.. kerana saya minat kepada math.. terima kasih, cikgu..

cikgu azhar said...

W.salam,

anon feb 26: tidak memenuhi syarat

foetus newborn: tidak mustahil. muet band berapa? pngk?


cikgu azhar said...

tiada halangan selagi memenuhi syarat am dan syaratkhas universiti ...

Unknown said...

Assalam cikgu. Jika pengajian Am C- layak dapat sijil STPM tak? Kalau tidak jika ingin sambung belajar perlu turun diploma semula atau boleh terus sambung degree dalam mana mana ipts?

cikgu azhar said...

W.salam Nabilah Idrus,

tidak memenuhi syarat. jika diplomaboleh guna semula spm
jika ijazah ipts tiada halangan, kecuali yuran pengajian yang agak tinggi
cuba mohon institut pengajian profesional baitul mal

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu ,saya baru mendapat keputusan stpm dimana saya mendapat C bagi mata pelajaran PA,Chemis,Add math dan C- bagi Physic. Adakah saya saya layak melanjutkan pelajaran di peringkat degree.

Unknown said...

kawan saya seseorang pelajar kv nak tapi ingin masuk form 6 dpt ka? tapi dia ada dapat result BM setara SPM sahaja. gred BM dia B+

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum cg , saya lpsan stpm pada thun lps . Saya nk tnya klau nk baiki keputusan ambik 1 subjek saja boleh ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu...insha allah..saya bercita-cita nak jadi guru bahasa melayu..apa subjek yang saya perlu ambil d tingkatan 6 cikgu..terima kasih cikgu

cikgu azhar said...

W.salam,

anon mac 17:minimum pngk diperlukan 2.00, cuba mohon uitm atau diploma upsi

dilo genzo: lebih baik teruskan pengajian teknikal di mana2 institut latihan kemahiran atau masuk poly-tech mara

anna pana: boleh, tiada masalah

anon mac 25: pengajian am, bahasa melayu, kesusasteraan melayu komunikatif, sejarah & muet

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Sy lepasan SPM 2017 dan dpt 2A(Math n Sastera) 2A-(Sejarah n PSV) 2B+(BM n Sains) 1B(PAI) 1C+(ICT) 2C(BI n GEO).. Sy teringin nak jd cikgu math tp sy aliran sastera.. Sy merancang nak masuk form 6.. Masih da harapan tak sy nak jd cikgu math.. Dan apa aliran n sukatan pelajaran yg perlu sy ambil?

cikgu azhar said...

W.salam,

mungkin boleh ambil pakej sejarah, ekonomi & matematik M, di samping pengajian am & muet. cuba capai pngk tertinggi, kemudian mohon upsi. jika bukan calon guru matematik, mungkin pensyarah ekonomi, insya-Allah ...

Anonymous said...

Bukan ke Math M tu aliran sains cikgu?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya seorang pelajar lepasan SPM 2017 dan keputusan saya amat baik iaitu 10A. Masa sekolah dulu, saya ambil sains tulen tetapi drop bio dan tukarkannya jadi akaun. Maknanya saya ambil akaun, kimia, fizik, addmt. Persoalannya, boleh ke masa pilih subjek stpm saya jadi 2 alam nak campur ambil perniagaan, fizik, kimia? Salah satu sebabnya saya masih tak dapat tentukan saya lebih minat aliran sains atau akaun...... kalau saya nak ambil aliran sains, subjek apa yang seakan akan macam ke arah bisnes? Terima kasih cikgu :)

cikgu azhar said...

anon april 5: sains matematik T

W.salam anon april 6,

boleh kekalkan aliran sains tulen. layak memohon perakaunan atau undang2 asalkan pngk terbaik dan muet minimum band 5.

laluan lain pilih matrikulasi atau program asasi yang lebih khusus.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya berminat dgn mata pelajaran matematik m tapi Saya Hanya mendapat B dlm subjek maths spm, boleka saya ambil kelas yg Ada subjek matematik m stpm biarpun saya bukan dr kelas sc stream masa t5 ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Ank saya lpasan spm 2017 aliran sains sukan,dan telah mendapat tawaran menyambung di t6,tp di sekolah tersebut tidak ada aliran sains sukan,jadi ank saya memilih sains sosial,soalan saya boleh kah selepas tamat t6 ingin memohon ke upsi dlm bidang sains sukan adakah layak maksud saya boleh digabung kan result spm dan stpm

cikgu azhar said...

Puan Rozila Yusoff,

Insya-Allah boleh, dengan syarat ada penglibatan aktif dalam pertandingan sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu.. saya nak tnye, saya mengambil sains tulen dlm spm, tetapi result spm saya iaitu addmath dan kimia saya mendapat g. Klo saya ingin memohon tingkatan 6 jurusan kemanusiaan agaknya saya dapat tak permohonan itu berdasarkan keputusan saya yang x berapa cantik ini.

Mohon penjelasan cikgu.

Unknown said...

Aslm cgu.. Sy org yg sama yg tnya hal d atas.. Begini, jika saya hanya mengambil pakej sejarah, bahasa melayu, ekonomi disamping pengajian am dan muet ,, peluang ke arah cikgu matematik ada tak?? Sebab kat sekolah saya tak ada matematik m

Unknown said...

assalam cikgu.. saya bekas pelajar perubatan di mesir..bkas pelajar spm 2008..sy terpaksa behenti belajar di mesir atas faktor kewangan tapi sy masih berminat utk mnymbung pengajian dlm perubtan...umur sy skrg 27 tahun..kputusan spm sy bio A2 , kimia b4 , fizik c5 , math a1 , addmath a2.. kelulusan sy hnya stkt spm 2008..soalan sy..masih ade peluang ke sy nk ambik jurusan perubatan..dan ape laluan yg perlu sy ambik..adakah stpm atau diploma sains uitm...dan utk subjek fizik tu , perlu x saya baiki keputusan sy dgn mngambil spm ulangan...pada pandangan cikgu, apa yg perlu sy lakukan skrg? terima kasih cikgu mmbantu

Anonymous said...

Salam cikgu.
Saya lepasan spm 2013, memiliki diploma fisioterapi grad cgpa 2.85.
Isunya saya ingin mengambil jurusan medic tapi dengan keputusan diploma tidak dapat saya teruskan. Adakah saya masih layak untuk memasuki tingkatan 6? Jika tidak, ada cara lainkah untuk saya baiki keputusan supaya dapat mengambil jurusan medic? Terima kasih

ahlan wasahlan said...

Assalam...ckgu azhar..sy nk mnduduki stpm scara individu.sy minat course interior architecture..cita2 mngkin pereka hiasan dalaman.combinasi subjek apa yg perlu sy ambik slps pngajian am dan Muet?

Unknown said...

Kalu nk drop fizik dan math t boleh

Unknown said...

Kalu nk drop fizik dan math t boleh

Unknown said...

Kalu nk drop fizik dan math t boleh

bieyajukin said...

hi cikgu.. saya adalah pelajar spm 2014, saya ada menerima tawaran ke t6 pada 2015 tetapi disebbkn masalah keluarga sa terpaksa tinggalkn niat utk sambung t6. skrg umur 21, boleh jadi calon stpm persendirian ke?

MOHAMAD ‏AZANI said...

Salam cikgu saya pelajar spm lepasan 2014 masih boleh lagi tak saya daftar untuk stpm untuk calon persendirian.sekarang umur sya dah 21,yang kdua saya masa ambil spm dulu ambil subjek akaun,eko,add math..boleh tak kalau sya nak ambil stpm aliran sains apa pndapat cg.sya dlu add math pun dpt E.Terima kasih

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu, maaf sangat2 mengganggu. Saya tahu article ni sudah agak lama, tapi saya ada satu persoalan. Adik saya lepasan stpm tahun 2016, tetapi pngk bawah 2.0 .. bolehkah adik saya mohon untuk calon persendirian memandangkan sekrang sudah tahun 2018? Terima kasih cikgu

Miss fara said...

Assalammualaikum cikgu azhar. Saya ada sedikit kekeliruan. Saya berminat dengan kedoktoran veterinar. Saya sudah berumur 26 tahun. Keputusan spm saya kurang memuaskan . Adakah saya masih boleh untuk mendaftar sebagai calon persendirian stpm dalam bidang science?

Unknown said...

Salam cikgu saya calon stpm saya nak tanya macam kalau 3 subjek lulus cemerlang hanya pengajian am tidak lulus

Unknown said...

Salam cg

Cg saya ingin bertanya.. subjek ape yang saya perlu ambil di tingkatan 6 jika ingin menjadi seorang guru bahasa inggeris? Saya calon spm 2018 dan akan terima keputusan pada 2019..saya berharap cg dapat beri jawapan dan pendapat.. terima kasih cg

Fieyqa said...

Assalamualaikum cikgu,

Saya nak tanya, kalau saya nk ambil degree TESL,subjek apa yg sy perlu ambil di T6? Sy pelajar aliran sains-perakaunan spm. Dan satu lg, berapa PNGK yg saya kne lps untuk mohon degree tu di UA? Mohon pencerahan drpd cg.terima kasih...

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya soalan, bolehkah saya mengambil stpm dab belajar di sekolah walaupun saya telah berumur 20 tahun

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,saya pelajar spm 2014.saya dulu ada sambung diploma dalam bidang akaun pada tahun 2015 tapi tergendala akibat masalah kewangan.sekarang saya sudah berumur 22 tahun.soalan saya

1) Boleh ke saya ambil stpm untuk calon persendirian sedangkan umur saya dah 22?
2) Saya dulu ambil spm dari aliran akaun,tak ada background sc tapi saya minat nak ambik f6 aliran sains,result saya macam ni BI(D) SN(A+) MATH(B+) ADD MATH(E).Layakkah saya?

harap cikgu dapat menjawab soalan saya,terima kasih :)

Anonymous said...

Hi Cikgu.. Saya nak tanya..?

1.Saya ni lepasan SPM bukan amik aliran sains tulen.. Boleh tak saya nak amik STPM dalam subjek Fizik, Kimia dan Biologi.. Saya memang minat sangat dalam bidang sains kalau boleh saya memang nak amik dalam aliran ini..? Untuk calon persendirian STPM boleh tak saya amik Subjek2 ini..?

2. Bagi calon persendirian STPM kena amik 2 tahun juga ke lain??

Harap maklum balas dari cikgu amat saya harga.. Terima kasih..

Diyanaa said...

Cg saya nak tanya..kalau sklh tu tkde muet mcm mana ye..ape prlu saya buat

Kamil Banks said...

Cikgu saya nak tanya Klau 2 org pelajar ni dia amik aliran sastera...sorang nak amik perkomputeran sorang lagi nak geografi...adakah diaorang satu kelas

Anonymous said...

Salam cikgu.. Saya ingin bertanya sekiranya sekolah saya telah menyediakan pakej2 tertentu dan saya telah memilih salah satu pakej tersebut namun terdapat satu subjek yang tidak diminati. Bolehkan saya gugurkan subjek tersebut dan gantikan dengan subjek lain yang tidak termasuk dalam pakej tersebut pada mulanya ? Saya harap cikgu boleh menjawab pertanyaan ini. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, nak tanya kalau nak sambung belajar dalam Pengurusan Hotel dan Pelancongan, subjek apa yang kena ambil ye untuk STPM?

Unknown said...

Hi cikgu....saya lepasan spm 2018 aliran sains tulen dan saya mendapat 1A2A-1B+1B4D...D(addmath,fizik,bio,kimia) dan saya nak masuk form 6....adakah saya patut teruskan aliran sains atau saya patut tukar ke aliran lain...saya sangat minat dengan math tetapi saya tidak yakin saya boleh teruskan aliran sains....apakah saya perlu menukar aliran?Harap cigku dapat memberi nasihat dan pandangan kepada saya.terima kasih.

Anonymous said...

Hi cikgu..saya student lepasan spm 2018 pelajar sains tulen..boleh tak kalau saya nak tukar kepada laluan akaun?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nak mendaftar sebagai calon persendirian stpm. Spm saya aliran sains tulen. Bole hkah saya mengambil subjek pengajian am dan ict sahaja? Ataupun memang perlu ambil banyak subjek? Dan jika saya sudah membuat muet dan masih dalam tempoh 5 tahun, perlukah saya ambil semula muet utk stpm?

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu..nak tanya...saya ni aliran daripda seni...boleh ke ambil subjek Bahasa Melayu,Sejarah Dan Usuluddin..sekali dengan dua subjek yang wajib diambil..sebab saya minat kearah subjek tu..
Sekarang ni sy tingkatan 5,kalau boleh saya nak masuk sangat ke tingkatan 6..dikira boleh ke ambil subjek tu cikgu..?..Dan nak tanya Sekolah yang menyediakannya ke..atau pelajar sendiri kena pilih cikgu?...sekian

Izwan said...
This comment has been removed by the author.
Izwan said...

Assalamualaikum cikgu..
Sy pljr f6 aliran sastera thn 2011.batch trakhir sistem terminal..ggl truk...
sy brminat utk ulang stpm tp bole ke jika sy nk tukar kpd subjek aliran sains?sbb sy cenderung kpd bagian prubatan

Rose said...

Assalamualaikum cikgu .. saya lepasan stpm 2018/19 dan saya telah pun mendapat keputusan saya pada bulan 3 iaitu 2.50 sahaja... manakala kk saya kesemuanya A

Saya kurang berpuas hati dgn keputusan saya kerana pada hari menjawab paper tersebut saya mengalami sakit kepala akibat belajar sehingga pagi & akhirnya saya sedikit terkilan dengan keputusan saya...

Soalan saya : saya bercadang ingin menjadi calon persendirian pasa akhir tahun 2019 ini, adakah saya diterima ? kerana saya pernah mengambil stpm pada tahun lepas & sekarang ni di akhir bulan september....

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu.... Saya nak tanya adakah keputusan stpm ini boleh diterima ke upu??

P. Am=C-
Bm=B-
Sejarah=B+
Syariah=B
Pointer keseluruhan=2.74

NafaStuff said...

Cikgu, saya nak ambil stpm tapi saya nak bahasa inggeris, pengajian am, muet, bahasa melayu dan math tulen boleh tak?

Unknown said...

Hai cikgu saya lepasan spm 2020. Cikgu saya ada soalan,saya berminat untuk sambung ke tingkatan 6 dalam aliran sains tetapi latar belakang saya daripada aliran agama. Bolehkah saya mengambil aliran sains di tingkatan 6 walaupun saya tidak mengambil subjek sains tulen dan tidak pernah belajar pun. Adakah saya layak untuk mengambil aliran sains? Itu sahaja soalan daripada saya,terima kasih cikgu

Anonymous said...

assalam cg,matematik saya D.adakah result spm sy akn mnjejaskn result stpm sy nanti?

Adani Sofia said...

Assalamualaikum...saya rasa mahu untuk menyambung stpm selepas spm sbb saya mahu mohon ke universiti luar negara tetapi mmg subjek wajib yang diambil kena 4 subjek ke? klau saya ambil pengajian am dan literature blh ke? sbb saya risau saya tk blh nk bljr dgn fokus untk subjek yg lain sbb saya tk berminat..saya klau blh tk nk menyushkn urusan saya lgipun saya nk buat btul2 untk stpm ni sbb saya mmg ada impian nk mnymbung pelajaran ke luar negara...jdi blh kh klau sya buat sedemikian? ke mmg kena amik 3 subjek lbih ke atas...dan sya jugk nk tnya klau saya dpt pakej yg saya tk nk mcm mna untk tukr? blh kn kita pilih selain drpd pilihan itu?

Wawa1534 said...

Salam cikgu, terima kasih di atas perkongsian maklumat serta info yang bermanfaat ini bagi panduan pelajar yang bakal mengambil STPM pada masa akan datang.

Saya ada sedikit soalan berkenaan matapelajaran ICT bagi calon persendirian (yang berusia 31 tahun).

Adakah masih dibolehkan untuk subjek pengkomputeran untuk calon persendirian bagi mendaftar dan menduduki matapelajaran tersebut?
Harap menanti respon dari cikgu Azhar berkenaan persoalan ini.

Terima kasih cikgu.

«Oldest ‹Older   201 – 307 of 307   Newer› Newest»