SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 28, 2018

PROSPEK KERJA BIDANG I T, MINYAK DAN GAS MASIH CERAH (INNOVATION AND HAND'S ON DEMANDING TREND)

Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT), telekomunikasi/Internet dan industri minyak dan gas (O&G) masing-masing mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 35 peratus dan 16 peratus dalam tempoh enam bulan lalu dari segi pengambilan pekerja secara dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif Monster.Com bagi Asia-Pasifik dan Timur Tengah, Abhijeet Mukherjee, berkata berdasarkan Indeks Pekerjaan Monster, sektor perkhidmatan pelanggan mencatatkan pertumbuhan enam peratus tahun ke tahun dalam pengambilan, diikuti perisian, perkakasan, profesional telekomukasi, yang menambah tiga peratus.
"Sektor IT dan O&G adalah dua daripada sembilan industri yang memperlihatkan pertumbuhan. Kedua-dua sektor ini menunjukkan pertumbuhan kukuh masing-masing sebanyak 28 peratus dan 16 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, sektor lain seperti perbankan, perkhidmatan kewangan dan industri insurans (BFSI) mencatatkan penurunan 12 peratus, manakala permintaan untuk profesional jualan dan pembangunan perniagaan turut merosot pada asas 10 peratus tahun ke tahun pada November.
Pengambilan secara dalam talian dalam industri BFSI di Malaysia mengalami penurunan selama 11 bulan sejak awal tahun ini.
“Menurut firma penyelidikan, ketidaktentuan dasar makro selepas pilihan raya mewujudkan kelembapan kesan terhadap pertumbuhan sektor perbankan, dan penganalisis turut menjangkakan pertumbuhan pendapatan teras juga rendah tahun ini.
“Sektor kewangan yang sebelum ini didorong oleh keputusan manusia dan pembuat keputusan, kini semakin berubah, susulan kemunculan teknologi baharu, khususnya automasi pintar," katanya.
Beliau berkata bank perlu memberi tumpuan dengan mengambil pekerja yang pakar dalam teknologi tertentu.
“Membangunkan strategi bakat yang menangani latihan semula secara menyeluruh, mengenal pasti kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk bersaing pada masa depan, selain menarik, mengekalkan bakat yang tepat sangat penting dalam sektor ini,” katanya.

disalin daripada:

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/12/513684/pengambilan-pekerja-bidang-it-minyak-dan-gas-meningkat

1 comment:

Blue Roots said...

Great blog I enjoyed reading