SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 12, 2020

SKRIP JURUACARA PERSARAAN 2020 (FAREWELL SPEECH WITH STYLE)


TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN CIKGU IBRAHIM

(Q: ketibaan Cg Ibrahim dan isteri)

Majlis mengumumkan ketibaan Encik Ibrahim  bin Ahmed (dan isteri, Puan Norhanan binti Mohd Nor) serta tetamu kehormat.

Hadirin diminta terus bersedia untuk nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Negeri Perak’

(Q: Usai nyanyian, persilakan tetamu dan hadirin mengambil tempat)

Terima kasih. Tetamu dan hadirin dipersilakan duduk.

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera dan selamat pagi

Yang Diraikan Encik Ibrahim, dan isteri, Puan Norhanan binti Mohd Nor
Yang Berusaha Encik Sit Wai Yin, pengetua cemerlang SMK St Michael, Ipoh
Yang Dihormati Brother __________________________, Pengarah La Salle Centre
Yang Dihormati, Ir Simon Yeong Chin Chow, Pengerusi PIBG
Encik Joseph Michael Lee, mantan pengerusi PIBG
Puan Chan Nyook Ying, mantan pengetua SMI selaku wakil Lembaga Pengelola, BOG
En_________________________, wakil Gapis

Tetamu-tetamu yang dihormati
Barisan pentadbir, guru dan warga SMK St Michael, Ipoh sekalian

Mari pergi ke Tasik Chini
Walau harus menyinsing lengan
Dua dekad kelibat di sini
Selepas ini sebagai kenangan

Saya masih ingat tarikh 12 Ogos, 2005, iaitu pertama kali saya mengenali sosok hebat yang diraikan, Cikgu Ibrahim bin Ahmed. Saya melapor diri di SMI ini dan langsung dibawa oleh Penolong Kanan ketika itu, Encik Tawhid Ahmad menemui presiden kelab staf. Orangnya tinggi lampai dan ada iras2 mat saleh. Selesai masalah tempat duduk saya di bilik guru. Terima kasih Cikgu Ibrahim.

Hari ini, Jumaat, penghulu segala hari, tanggal 13 Mac 2020 bersamaan 18 Rejab 1441 Hijriyyah mencatatkan satu lagi detik duka bagi warga SMK St Michael, Ipoh. Pada pagi ini kita meraikan seorang guru yang telah berbakti selama 22 tahun di SMI, Encik Ibrahim bin Ahmad, yang akan bersara secara rasminya bermula 20 Mac 2020. Sesungguhnya warga sekolah akan berasa kehilangan guru yang berwibawa, berpengalaman luas dan sangat berjasa.

Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya menjemput al-fadil Ustaz Haji Mohd Safuan bin Abdul Rahim untuk  bacaan doa. Dipersilakan.

(Q: tunggu sehingga Ustaz Safuan mengambil semula tempat beliau)

Jazakallahu khathira. Terima kasih Ustaz Safuan.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata personaliti yang diraikan, Cikgu Ibrahim bin Ahmed. Untuk tujuan itu, majlis mempersilakan Encik Helmi bin Mat Isa.

(Q: setelah Cg Helmi mengambil semula tempat beliau)

Terima kasih Encik Helmi bin Mat Isa.

Rasanya Encik Helmi tertinggal sesuatu dalam bacaan biodata Cikgu Ibrahim sebentar tadi. Izinkan saya tambah sedikit. Cikgu Ibrahim guru glamor dan guru popular di SMI. Saban tahun ada undian Michaelian memilih guru paling macho, guru paling sado dan pelabagai kategori lain. Yang selalu menang Cikgu Ibrahimlah. Bertukar2 kategori dengan Cikgu Helmi, Cikgu Adi dan Mr Chong. Disebabkan Cikgu Ibrahim dan yang saya sebut tadi membolot gelaran itu, mulai tahun 2010 undian guru popular sudah dimansuhkan. Cerita hari guru.

Majlis diteruskan dengan ucapan tuan pengetua cemerlang SMI, Encik Sit Wai Yin. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan …

(usai ucapan, tunggu sehingga pengetua ambil tempat)

Terima kasih tuan pengetua cemerlang atas ucapan penghargaan terhadap Cikgu Ibrahim  sebentar tadi.

Kini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Ir Simon Yeong Chin Chow, Yang Dipertua PIBG SMK St Michael, Ipoh untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Kini tiba masa yang dinanti-nantikan. Marilah kita bersama-sama menghayati ucapan guru yang diraikan, En. Ibrahim bin Ahmed. Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan En. Ibrahim bin Ahmed tampil ke pentas.

(Q: usai ucapan Cg Ibrahim)   
  
Sebuah ucapan yang sangat sentimental dan penuh emosi. Ucapan Cikgu Ibrahim akan menjadi kenang-kenangan sekalian yang hadir dalam majlis pada pagi yang hening ini.

Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan dengan acara memotong kek sambutan hari lahir Cikgu Ibrahim, in advance. Seminggu lebih awal. Silakan sekali Cikgu Ibrahim dan isteri. Juga tuan pengetua cemerlang dan tetamu.

(usai acara potong kek)

Alhamdulillah. Barakallah. Selamat hari lahir, Cikgu Ibrahim. Terima kasih

(bersedia persembahan pelajar dan guru)

Masa untuk santai minda. Mari sama-sama kita nikmati persembahan muzik harmonis daripada pasukan pancaragam sekolah. Dipersilakan

(usai persembahan)

Terima kasih pasukan pancaragam sekolah
Sekarang, majlis mempersilakan En. Sit Wai Yin, pengetua cemerlang SMI untuk menyampaikan sijil penghargaan persaraan kepada En. Ibrahim bin Ahmed. Majlis mempersilakan.

(Q: sambung senarai hadiah Cg Aza)

Pisang abu pisang berangan
Di kebun Ahmad Albab yang punya
Oleh-oleh tanda kenangan
Sudikan terima buat seadanya

1
2
hingga selesai
(Q: usai acara penyampaian cenderamata)

          Angsa sekawan nampak serupa
          Berenang setempat di kolam buatan
          Jasa tuan kami tak lupa
          Kekal terpahat dalam ingatan

          Tuai padi antara nampak
          Esok jangan layu-layuan
           Intai SMI antara nampak
           Esok jangan rindu-rinduan

Saya bagi pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah atas perkhidmatan, bakti dan sumbangan En. Ibrahim bin Ahmed selama ini.  Mudah-mudahan En. Ibrahim tidak melupakan warga SMK St. Michael, Ipoh di sini.

Bagi mengakhiri majlis yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita mengikuti nyanyian lagu sekolah. 

(Q: usai nyanyian)

Terima kasih semua.

        Beli cawan di pasar raya
        Mari beri berapa di tangan
        Meski tuan akan bersara
        Kami di SMI dilupa jangan

Bagi pihak majlis, saya mengucapkan selamat bersara buat En. Ibrahim bin Ahmed. Salah dan silap harap dimaafkan. Panjang umur murah rezeki kita  bertemu lagi. Sekali lagi tepukan gemuruh untuk Cikgu Ibrahim.

Kini majlis dengan takzimnya menjemput En. Ibrahim (dan isteri, Puan Norhanan binti Mohd Nor), dengan diiringi oleh kepimpinan sekolah dan para tetamu bergerak untuk upacara lambaian kasih.

Usai lambaian kasih, pihak sekolah dengan sukacitanya memberi penghormatan kepada Cikgu brahim bin Ahmed untuk merasmikan Bilik Seni SMI yang baharu.

********************************************************************************

Sekian. Terima kasih. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Wednesday, January 29, 2020

KESAN SEBARAN TULAR TERHADAP KEHARMONIAN MASYARAKAT (THE PLIGHT OF THE NEW MEDIA)

Sejak tahun 1993, teknologi internet mula berkembang dalam kalangan orang orang awam. Ronald Reagan, presiden Amerika Syarikat ketika itu dikatakan telah membenarkan teknologi ketenteraan  Pentagon itu dimajukan untuk manfaat orang ramai. Bekas pelakon gred B Hollywood itu meninggalkan jasa yang tidak disengajakan itu.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...


Tuesday, December 31, 2019

masih 2019 pukul 11.58 malam

tahun baharu masihi 2020 sebentar sahaja lagi

kini 2020 sudah 12.03 tengah malam

...

...

....

...


....

....

...

...


...

Saturday, December 14, 2019

MENOLEH TAHUN 2019, MENJENGAH TAHUN 2020 (ROAD MAP FOR ACHIEVING TARGET)

Kurang dua minggu sahaja lagi untuk melangkah ke tahun 2020 yang dinantikan. Hakikatnya, tiada yang istimewa tentang angka 2020 melainkan nombor berulang yang unik dan digandingkan pula dengan wawasan negara kita suatu ketika dahulu. Secara individu dan kelompok, kita juga mungkin meletakkan sasaran kemajuan dan pencapaian yang tertentu sejajar dengan usia yang semakin meningkat dan baki masa kehidupan yang semakin berkurang hari demi hari.

Pencapaian yang lalu

Ralat yang berlaku

Usaha penambahbaikan

Analisis swot

Perubahan dan keusangan

Sistem serba baharu

Senario global

Perancangan dan tindakan

Prasyarat kejayaan

Kehidupan fana dan abadi

Jati diri insan

Monday, August 19, 2019

ERTI MERDEKA DALAM KONTEKS MALAYSIA BAHARU (FREE FROM CORRUPTION)

Tema sambutan kemrdekaan ke-62 negara telah ditetapkan sebagai 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih'. Sekilas pandang, tema itu mengajak pemimpin dan rakyat bersama mengutuhkan semangat cinta negara dengan azam bahawa negara ini bebas daripada perksra yang tidak diingini, terutama amalan rasuah yang telah mencalar imej negara yang selama ini dikagumi. Proses kemajuan dan usaha ke arah itu sudah pasti membabitkan segala sumber strategik negara dan sokongan padu rakyat jelata.

     klik di sini untuk penetangan rasmi tentang tema hari kebangsaan 2019 yang dimaksudkan.

....

....

....

....

....

....

....

....

....

....

Wednesday, July 31, 2019

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

 ...

Wednesday, June 26, 2019

CABARAN DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM (TO MAKE EDUCATIONAL PLANNING BECOMES REALITY)

Sekolah ialah organisasi memupuk oembelajaran. Pengalaman di bilik darjah seharusnya sangat berharga sebagai titik tolak pembentukan tingkah laku yang menepati ciri-ciri sebuah masyarakat yang memiliki peradaban yang luhur. Kesempatan proses penyampaian ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap secara tuntas diharapkan dapat membimbing murid untuk memiliki input terbaik dalam kehidupan yang sedang dan bakal dilalui.

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Friday, May 31, 2019

DILEMA PELAJAR CEMERLANG MEMILIH BIDANG PENGAJIAN DAN TAJAAN (WHEN SUCCESS IS THE PROBLEM)

Pencapaian cemerlang dalam akademik membuka peluang yang sangat luas untuk memilih bidang pengajian rebutan, serta boleh menyambar peluang tawaran penajaan sama ada biasiswa, dermasiswa atau pinjaman boleh ubah. Kata-kata bahawa gred A bukan segala-galanya tidak relevan dengan disiplin kritikal dan berprestij. Memang benar bahawa merit kepimpinan, kokurikulum, kemahiran insaniah dan sukan menyumbang terhadap modal insan yang dicari, tetapi pencapaian akademik masih teratas.


...

...

...

...

...

...

...

...

...

..

...

Thursday, April 18, 2019

PENGAJIAN TINGKATAN ENAM DICABAR HEBAT PROGRAM TVET (THE OLDEST ROUTE TO HIGHER EDUCATION IN MALAYSIA)

Tanggal 2 Mei 2019 bakal mengukur sambutan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terhadap laluan prauniversiti tingkatan 6. Kelangsungan kelas tingkatan 6 Rendah di kolej tingkatan 6 yang berstatus Mod A, atau di sekolah terpilih (Mod B dan Mod C) terjawab pada hari tersebut. Belakangan ini, kelas sains tulen berhadapan dengan arah aliran menurun yang ketara.

Pelajar cemerlang SPM lazimnya berusaha melamar anugerah biasiswa yang melayakkan mereka ke luar negara atau universiti terkemuka tempatan. Keputusan ambilan matrikulasi sudah diketahui pada 15 April yang lalu. Selepas ini, keputusan permohonan menerusi Unit Pusat Universiti (UPU) seperti asasi sains, politeknik premier dan sebagainya bakal diumumkan.

Institusi latihan berasaskan TVET (technical and vocational and training) juga sangat agresif dalam merebut enrolmen pelajar. Sesetengahnya bukan sahaja menawarkan tajaan yuran pengajian secara percuma, bahkan menyediakan wang saku bulanan sebagai daya tarikan. Peluang menyambung menyambung pengajian di peringkat ijazah asas di dalam dan di luar negara juga masih terbuka.

Program Tvet bukan sahaja dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, malah oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (menerusi Mara), Kementerian Sumber Manusia (contohnya, Institiut Latihan Perindustrian, ILP) dan Kementerian Belia dan Sukan (Institut Kemahiran Belia Negara). Demikian juga program Tvet oleh pemain industri dalam kalangan pihak swasta yang menyediakan pengalaman hands-on dan kemungkinan diserap terus bekerja dengan mereka. Persaingan sengit dalam pasaran buruh, serta peluang menyambung pengajian secara sambilan setelah bekerja berjaya meyakinkan lepasan SPM untuk berdaftar sebagai pelatih program Tvet swasta.

...

...

...
 
...

...

...

...

...

Thursday, March 21, 2019

LALUAN PENGAJIAN SELEPAS SPM (TERTIARY EDUCATION IN MALAYSIA)

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diumumkan pada 11 Mac yang lalu. Kini, lulusan SPM berkenaan sedang sibuk mencongak haluan kehidupan sama ada mahu menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, atau terjun ke alam pekerjaan terlebih dahulu. Segalanya bergantung kepada perancangan dan strategi mereka atau cadangan keluarga.

Kini peluang belajar dan latihan terbuka luas. Laluan prauniversiti dan juga institusi tvet bersaing untuk menarik kemasukan pelajar. Karnival pendidikan dan latihan dianjurkansecara berkelompok mengikut zon wilayah supaya akses terhadap maklumat langsung daripada institusi yang tersebut dapat dilakukan secara bersemuka.

Pelajaran berpencapaian cemerlang pula sibuk mengisi permohonan pembiayaan pengajian secara atas talian. Bilangan biasiswa yang diperuntukkan begitu terhad, manakala pinjaman boleh ubah dan dermasiswa (bursary) juga dikenakan syarat dan tapisan yang sungguh ketat. Proses mengisi borang menghendaki kemahiran dan kesabaran yang tinggi juga.

...

...

...

...

...

...

...

...

...