Penulis blog (PB) bersama-sama Cikgu Shahruzzaman (Pesuruhjaya Pengakap Kinta), serta Ahmad dan Irfan memenuhi undangan majlis berbuka puasa anak yatim tidak jauh dari persimpangan tol Jelapang. Majlis ditaja oleh beberapa organisasi korporat dan sukarela, termasuk Kelab Keledang yang diketuai oleh Dr Zakaria, seorang pakar perunding saraf di Hospital Pakar Ipoh. Kira-kira 200 orang tetamu hadir meraikan sejumlah 40 orang penghuni kompleks anak yatim Badan Khidmat Islam Perak (Bakip).
Sejarah penubuhan rumah anak yatim Bakip bermula pada tahun 1982 yang dimulai oleh Exco Hal-Ehwal Islam Perak, Haji Mior Aris (Allahyarham) dan disambung oleh Datuk Razlan (juga Allahyarham). Bakip dipengerusikan oleh Menteri Besar Perak sendiri. Menerusi dasar dan pembiayaan yang ditadbirkan oleh lembaga pemegang amanah, pengurusan harian dilakukan oleh petugas sepenuh masa.
Kompleks di atas tapak kira-kira dua ekar itu dibina oleh Kumulan MKLand sebagai pertukaran kepada tanah kurniaan asal di Bercham seluas 16 ekar. Terdapat seramai 40 orang kanak-kanak yatim dari seluruh negeri Perak menghuninya. Sebelum berpindah ke Jelapang, rumah anak yatim Bakip terletak di Greentown.
Dato' Ahmad Ismail, salah seorang anggota lembaga pemegang amanah memberitahu PB bahawa anak-anak yatim di situ dikurnai Allah kebijaksanaan. Hampir semua penghuni menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang. Namun, beliau turut memberitahu bahawa bilangan penghuni mengalami turun naik justeru ada anak yatim yang diambil semula oleh datuk nenek, keluarga terdekat, atau mereka sendiri yang tidak betah meninggalkan kampung halaman.
Ahmad (di hadapan) dan Irfan

Selesai tahlil di surau, penghuni dan tetamu bergerak ke dewan makan untuk berbuka puasa dengan hidangan ringan terlebih dahulu. Selepas solat Maghrib, baharulah hidangan berat disajikan. Anak-anak yatim juga diberi duit raya oleh Dr Zakaria. Kegemberiaan diraikan terpancar pada wajah setiap orang anak yatim berkenaan...