SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 3, 2011

KAMUS SLANGA BUDAK ASRAMA DAN DUNIA HIBURAN (TRANSIENT LEXICAL ITEMS AMONG PEERS)

Dalam komunikasi bukan rasmi, terdapat sangat banyak variasi pertuturan yang mungkin digunakan oleh kelompok tertentu bagi maksud yang tertentu juga. Sebutan yang berbau kolokial atau slanga masih boleh difahami kerana bersumberkan perbendaharaan kata yang dikenali. Namun, kemunculan lebih banyak subbudaya yang tersebar menerusi komunikasi maya, slanga makin berkembang dalam kelompok yang lebih kecil.

Slanga ialah sebutan bukan rasmi yang sama sekali tidak mencapai tahap baku. Antara tujuan slanga ialah untuk menyisihkan orang-orang yang tidak dikehendaki, atau orang di luar sesuatu klik atau kumpulan daripada proses komunikasi yang sedang berlaku. Ada juga slanga tahap tinggi seperti jargon yang digunakan dalam perbincangan ilmiah dan teknikal supaya sesuatu fenomena dan konsep yang rencam dapat dimodifikasikan secara cepat dan tanpa meleret-leret seperti sembang kosong kedai kopi.

Profesor selebriti Hot.fm, Prof. Madya Izzudin Haji Ali (Prof. Izi) turut menggunakan istilah "emo" sebagai slanga kepada perkataan emosi. Sementelah sebutan "propa" makin dipopularkan oleh wartawan hiburan sebagai kependekan propaganda. Perkataan seperti "cun" (daripada kosa kata Cina yang bermaksud jelita), "mengancam" (mempersonakan, membuat lelaki menjadi angau), bohsia dan bohjan telah lama berjaya menembusi masukan Kamus Dewan walaupun diklasifikasikan sebagai bahasa basahan atau percakapan sahaja.

Budak asrama sekolah mencipta slanga mereka sendiri yang sebahagiannya diwarisi daripada generasi otai (old timer) senior yang kini sudah bercucu. Kalau di dewan makan, budak asrama selalu mengeluh kalau mendapati lauk yang dihidangkan ialah ikan "jaket" yang merujuk kepada ikan cencaru murah. Kes tangkapan kerana "fly", iaitu keluar asrama secara tidak sah, sama ada lompat pagar atau menyusup keluar menerusi bahagian pagar yang telah dibengkokkan dijaja sebagai gosip terhangat.

bersambung...

No comments: