SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 9, 2013

GELAGAT DAN TELATAH IBU BAPA DI MRSM PARIT (OBSESSION AND REDEMPTION)

Sejumlah 213 orang calon ujian kemasukan program International General Certificate of Secondary Education, IGCSE kemasukan tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hadir di kampus MRSM Parit yang bernilai RM80 juta pada 9 dan 10 Disember yang lalu. MRSM Parit bakal mengambil 210 orang murid baharu tingkatan satu. Namun, persaingan juga berlaku dengan calon-calon yang menghadiri sesi ujian dan temu duga di seluruh negara. 

Kelihatan murid dan ibu bapa begitu teruja justeru dapat bersua muka dengan rakan lama, kini merangkap pesaing untuk merebut tempat ke MRSM. Tema perbualan murid lebih tertumpu kepada cerita dalam facebook dan perisian telefon bimbit pintar. Ibu bapa pula lebih sibuk bertanya khabar dan kisah keluarga.
Seperti biasa kaum ibu tidak menang tangan mempersiap anak supaya penampilan anak serba sempurna bagi menghadapi ujian dan temu duga yang sangat penting. Mereka tentu berharap agar si anak bakal menyambung legasi kecemerlangan mereka yang kesampaian dan yang belum kesampaian. Apa khabar pula sang bapa?
Sebelum ujian bertulis, calon MRSM menghadiri sesi temu duga dalam bahasa Inggeris dan ujian bacaan ayat suci al-Quran. Tujuannya ialah supaya pihak MRSM dapat menilai calon secara berhadapan (in person) dan seadanya (spontan). Dalam kata lain, bukan berapa banyak pengetahuan yang diuji, sebaliknya kebolehan calon bertutur dalam bahasa Inggeris komunikasi dan lancar membaca al-Quran.

Terdapat sejumlah calon berketurunan Cina dan India yang hadir atas kuota bukan Melayu. Sudah pasti mereka dikecualikan daripada bacaan al-Quran. Di Sabah dan Sarawak, terdapat etnik peribumi dan keturunan Cina memohon masuk ke MRSM atas kategori bumiputera bukan Islam.
Ujian bertulis berlangsung di dewan besar MRSM. Item ujian merangkumi kecekapan matematik dan sains, serta ujian aptitud. Format soalan ialah aneka pilihan sepenuhnya.

Bagi memberi kesempatan kepada calon menduduki ujian tanpa dibayangi kehadiran ibu bapa berhampiran dewan ujian, pihak MRSM mengalih ibu bapa ke pusat sumber untuk sesi taklimat bersama pengetua. Sebagai MRSM termuda yang hanya bermula pada pertengahan tahun 2012, rak buku di pusat sumber berkenaan masih banyak yang kosong. Namun, pengetua MRSM Parit memberi jaminan, perubahan akan dapat dilihat dalam tempoh yang terdekat.

Kecemerlangan pencapaian MRSM menyebabkan berlaku persaingan dengan sekolah berasrama penuh (SBP). Terdapat cakap-cakap yang mengatakan bahawa kini enrolmen MRSM ialah baki calon yang tidak berjaya ke SBP. Dalam kata lain, MRSM didakwa hanya memperoleh murid second cream.

Hakikatnya, semua calon MRSM dan SBP memiliki pencapaian yang setara semasa UPSR. Pilihan sama ada untuk ke MRSM atau SBP bergantung kepada strategi calon pemohon dan ibu bapa masing-masing. Walaupun bernaung di bawah kementerian yang berlainan, kedua-dua model pendidikan MRSM dan SBP sentiasa mendukung falsafah kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah di tahap optimum.

Tidak semua calon yang hadir ujian dan temu duga MRSM atas kerelaan sendiri, sebaliknya atas desakan ibu bapa. Walaupun begitu, sekilas pandang, semua calon yang hadir menunjukkan kesungguhan kerana tidak mahu ketinggalan dengan rakan sebaya. Jika terpilih kelak, pengalaman pembelajaran di MRSM sudah tentu sangat istimewa dan unik dalam sepanjang kehidupan ...

1 comment:

Amri Mat Saaid said...

Anak saya upsr 2016 dapat 6A..temuduga dan ukmm di mrsm kuala kubu bharu..insyaallah akan melapor diri mrsm parit pada 6hb februari 2017..dekat dgn rumah opahnya lebih kurang 10 minit perjalanan..Alhamdulillah