Friday, January 10, 2014
KEBANYAKAN GURU AKAN BERSARA SEBAGAI GURU MATA PELAJARAN (JOB SATISFACTION AND BURN OUT IN EDUCATION)
Dari segi teori, kepimpinan, kuasa dan wibawa tidak terhad kepada kedudukan yang tinggi dalam hierarki sesebuah organisasi. Walaupun tercicir daripada menduduki jawatan tinggi kepimpinan organisasi, seseorang pegawai mungkin boleh menyerlah dengan kuasa keperibadian, iaitu kuasa kepakaran dan kuasa rujukan.(klik di sini). Namun demikian, kuasa rasmi (kuasa paksaan, kuasa ganjaran dan kuasa sah) lazimnya mempunyai kelebihan dalam proses membuat keputusan dan mencatur perjalanan sesebuah organisasi.
Hubungan seseorang pegawai dengan pihak atasan yang membuat keputusan dikatakan mempengaruhi 95 peratus kemungkinan untuk berjaya mendaki kedudukan dalam sesebuah organisasi. Walaupun sistem maklumat secara atas talian dijangka dapat meningkatkan kebarangkalian untuk pegawai yang tidak begitu dikenali untuk diberi perhatian memperoleh peluang yang adil, kriteria keutuhan dan laporan sulit yang tidak bebas sepenuhnya daripada pengaruh persepsi tertentu masih menjadi sekatan. Akibatnya, isu 'potong jalan' dan lantikan kawan-kawan sudah lama menyebabkan banyak pegawai yang merasakan diri mereka layak hanya mampu memendam rasa terbuku di hati.
Apabila berlaku pegawai yang lebih muda melangkau kedudukan orang lama dalam organisasi, hakikatnya veteran terpaksa akur kepada perintah junior walaupun di dalam hatinya mungkin sengsara. Peluahan perasaan secara berterus terang hanya mengundang padah yang lebih berat. Mereka yang berani menongkah arus bakal berhadap dengan risiko dianggap sebagai melanggar etika dan ingkar perintah.
Perbuatan menyeleweng dan rasuah tidak semata-mata menggelapkan wang ringgit, habuan kebendaan atau sebarang manfaat bagi mempengaruhi sesuatu keputusan, tetapi juga meliputi salah guna kedudukan bagi menempatkan isteri dan kawan rapat bagi sesuatu jawatan tanpa mengikut merit. Namun, punca kuasa tetap digunakan sambil memekakkan telinga dan memejamkan mata daripada sebarang bentuk bantahan. Mereka bijak memanipulasikan pelbagai peruntukan peraturan yang boleh mengakibatkan pembantah dikenakan tindakan jika masih berani bersuara.
Penganiayaan dan kezaliman hanya dapat dilakukan ke atas mangsa yang tidak berdaya oleh mereka yang memiliki akses terhadap proses membuat keputusan.
Di Malaysia, proses kenaikan pangkat dan perjawatan perlu melepasi pelbagai peringkat tapisan sebelum tiba ke meja mesyuarat lembaga kenaikan pangkat. Maknanya, kemungkinan untuk berlakunya amalan rasuah dapat diminimumkan. Cuma, persaingan untuk merebut kedudukan perjawatan yang lebih tinggi menjadi lebih sukar kerana bilangan pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan tinggi semakin besar jumlahnya.
dan lagi
dan lagi
seterusnya
kesimpulannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini cikgu. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
Post a Comment