Sunday, February 2, 2014
MAKSUD PELABURAN, PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN (SPECIFIC POINT OF VIEW)
Dalam siaran iklan biasa didengar ayat yang berbunyi: pelaburan dalam saham amanah suatu tindakan bijak. Sekilas pandang, tiada sebarang kesalahan yang berlaku sama ada dari segi sintaksis (binaan ayat) dan semantik (bermakna). Namun, jika ayat itu disebut kepada ahli ekonomi, mereka akan mengangkat kening tanda tidak setuju.
Demikian juga perkataan pembangunan yang digunakan secara berleluasa dalam pelbagai bidang yang wacana akan berbeza apabila dirujuk kepada disiplin ekonomi. Sebagai contoh, pembangunan yang lestari akan membawa maksud yang berbeza kepada pejuang alam sekitar, berbanding dengan konsepsi ekonomi. Jurang perbezaan yang berlaku sangat ketara, bak langit dengan bumi!
Istilah pertumbuhan banyak digunakan dalam disiplin psikologi yang menjurus kepada perkembangan anatomi dan fisiologi manusia. Seseorang kanak-kanak yang mengalami masalah pertumbuhan fizikal digolongkan sebagai pesakit yang memerlukan rawatan pakar. Bagaimanakah agaknya maksud pertumbuhan dalam kajian ekonomi?
Semua disiplin ilmu di peringkat tinggi menggunakan istilah dan konsep secara khusus, bukan secara sewenang-wenangnya. Istilah atau konsep yang diungkapkan mewakili suatu peristiwa, tingkah laku atau fenomena yang tertentu. Tujuannya ialah bagi membina hubung kait antara sejumlah pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain dalam kerangka wacana yang ringkas, tepat dan berkesan.
Orang yang tidak mengkhusus dalam sesuatu bidang disiplin ilmu terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menjelaskan sesuatu fenomena yang rencam. Maka, istilah dan konsep bukan sahaja dapat menjimatkan masa, malah merupakan modifikasi terhadap isu-isu yang begitu rumit untuk diungkapkan dalam tempoh yang singkat. Dalam kata lain, istilah dan konsep seakan-akan memberi nama yang khusus kepada sesuatu supaya mudah untuk dikenali dan dibezakan dengan nama yang lain.
Pelaburan ialah perbelanjaan bagi proses pembentukan modal fizikal kasar tetap yang akan meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan pada masa hadapan.
Pembangunan ialah proses meningkatkan pendapatan per kapita sesuatu masyarakat secara berterusan dlam jangka masa panjang.
Pertumbuhan ialah pertambahan dalam keluaran negara benar, iaitu merujuk kepada nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara atau ekonomi.
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
.
” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “
Post a Comment