SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, June 18, 2014

MEMBETULKAN KEKELIRUAN TENTANG KONSEP KEKURANGAN, SERTA HURAIAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (ALONG, INSIDE AND OUTSIDE THE LINE)

Pendahuluan

Pengajian ekonomi tergolong dalam disiplin sastera ikhtisas dan juga teknikal. Maka, penggunaan sebarang istilah, konsep dan prinsip dilakukan secara khusus, bukan sewenang-wenangnya. Namun, perkara itulah yang berlaku kepada pelajar, tenaga pengajar dan juga penulis buku teks.

Perbincangan ini akan bertumpu terhadap konsep kekurangan yang seringkali tersalah hurai dalam menjustifikasikan kedudukan kombinasi keluaran, sama ada di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran (KKP), di dalam / di bawah / di kiri KKP dan di luar / di atas / di luar KKP. Lazimya kesilapan yang berlaku ialah dengan merujuk kekurangan dengan kombinasi keluaran di luar KKP. Hakikatnya, kekurangan mestilah dirujuk kepada pilihan kombinasi di sepanjang KKP!

Konsep Kekurangan

Kekurangan merujuk kepada ketidakupayaan pelaku ekonomi memenuhi semua kehendak akibat sumber yang terhad secara relatif. Kekurangan tidak bersifat mutlak justeru pelaku ekonomi sentiasa mempunyai kehendak baharu bagi memaksimumkan matlamat masing-masing. Isi rumah / pengguna hendak memiliki kenderaan baharu setelah berjaya membeli sebuah banglo mewah.

Isi rumah mengalami kekurangan sumber pendapatan wang untuk memenuhi semua kehendak, firma kekurangan faktor pengeluaran, manakala kerajaan kekurangan hasil. Kehendak hanyalah tahap keinginan memperoleh / memiliki barang dan perkhidmatan bagi memaksimumkan kepuasan. Kehendak tidak terhad bermakna sentiasa wujud kehendak baharu, tetapi tidak dapat dopenuhi semua sekali kerana masalah kekurangan.

Huraian kekurangan dalam KKP

KKP ialah had maksimum pengeluaran dua barangan dalam batas / had sumber sedia ada (guna tenaga penuh), serta dengan tingkat teknologi yang tetap. Kekurangan mengakibatkan pelaku ekonomi terpaksa membuat pilihan dan seterusnya menghadapi kos lepas

...

sumber ambilan kkp: klik di sini
...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

No comments: