Wednesday, July 9, 2014
OLA BRASILIA: ARGENTINA SELAMATKAN MARUAH AMERIKA LATIN (THE CLASH BETWEEN TWO CONTINENTS)
Tuah belum memihak kepada skuad Oranje (Belanda) apabila sekali lagi kempunan untuk menyertai kelompok elit pasukan yang pernah bergelar juara bola sepak Piala Dunia. Jika di Afrika Selatan empat tahun yang lalu, Belanda begitu hampir melakukannya setelah hanya tewas tipis 0-1 ditangan La Roja (Sepanyol) dalam aksi akhir menerusi cetakan gol tunggal Iniesta. Negara kincir angin yang dikenal menerusi corak permainan total football itu tersekat pula di saingan separuh akhir di tangan Lionel Messi dan rakan-rakannya.
Arjen Robben hampir membawa Belanda ke perlawanan akhir jika pemain pertahanan Argentina tidak tiba tepat pada masanya untuk menguis bola yang cuba dirembat oleh Robben dalam kotak penalti. Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan (120 minit) tanpa sebarang gol. Keputusan perlawanan harus ditentukan menerusi tendangan penalti.
Riak penyingkiran Belanda bermula dengan kegagalan sepakan penalti yang pertama. Argentina berjaya mengirim bola mati menerjah jaring Belanda empat kali berturut-turut, sedangkan Belanda gagal buat kali kedua pada tendangan keempat. Kesudahannya 4-2 melengkapkan siri kemenanngan tipis Argentina sejak saingan peringkat kumpulan lagi.
Dengan itu, perlawanan akhir bakal menemukan wakil dua benua, iaitu Jerman dari Eropah dan Argentina dari Amerika Selatan. Jerman yang beraya sakan dengan kenduri gol ketika membelasah tuan rumah Brazil 7-1 tanpa belas kasihan sudah tentu telah mengkaji kekuatan dan kelemahan pesaing kuat Brazil di benua Amerika Selatan itu. Peminat Brazil dijangka melupakan seketika 'permusuhan' dengan Argentina kerana mengharapkan kekalahan teruk skuad mereka dapat dibalas.
...
...
...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment