SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, September 15, 2014

BENARKAH PENGALAMAN ZAMAN KANAK-KANAK DIRAMPAS? (PARENTING ALERTNESS)

Kesibukan mencari rezeki mengehadkan masa sebenar ibu bapa dengan anak masing-masing. Justeru demikian, konsep seperti masa bermutu (quality time) disarankan bagi menampung kekangan yang dihadapi. Saiz keluarga pascamoden yang bertumpu dalam persekitaran bandar adalah relatif kecil, lantas memerlukan pertimbangan psikologi yang tersendiri.

Dalam sebuah keluarga besar dengan bilangan adik-beradik yang ramai, ketiadaan ibu bapa di rumah boleh diisi dengan suasana meriah dengan syarat terdapat anak sulung yang boleh diharap. Tidak timbul rasa bosan atau sunyi sebagaimana yang dialami oleh anak tunggal atau oleh sepasang adik-beradik seperti dalam keluarga kecil. Perselisihan dan berebut autonomi lebih mudah tercetus atas perkara yang remeh-temeh.

Keasyikan melayan peranti elektronik komunikasi maya mudah alih merenggangkan lagi hubungan adik-beradik jika kawalan tidak berlaku. Komunikasi kekeluargaan disaingi oleh tarikan luaran yang mungkin melangkaui keperluan hubungan yang sepatutnya. Masing-masing membina tembok dan sempadan secara tidak disedari.

Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa anak-anak harus diberi kebebasan dalam pembelajaran supaya mereka dapat menikmati zaman kanak-kanak dengan sepenuhnya. Mereka berhujah bahawa anak-anak mereka tetap cemerlang dalam pencapaian akademik. Mereka juga tidak pernah memaksa anak untuk berebut tempat ke sekolah berasrama penuh atau MRSM justeru mendakea bahawa sekolah terletak di dalam hati sanubari, bukan fizikal atau status bangunannya.

Pengalaman peribadi atau testimoni sebegitu tidak semestinya sesuai diaplikasikan terhadap semua keluarga. Latar belakang atau profil setiap keluarga adalah tersendiri dan unik bagi suatu penyeluruhan atau generalisasi. Kanak-kanak juga tidak seragam sepenuhnya dari segi tingkah laku dan menentukan haluan pembelajaran.

Sama seperti di sesebuah bilik darjah, terdapat kanak-kanak yang perlu kepada campur tangan atau intervensi dalam pembelajaran. Bakat mereka yang terpendam akan kekal demikian apabila bimbingan dan dorongan yang tertentu diabaikan. Dalam kata lain, pendidikan yang bersifat inklusif juga menyediakan ruang untuk program pendidikan khas kanak-kanak berbakat luar biasa.

Secara umumnya, kanak-kanak perlu diasuh dengan sasaran yang tinggi dalam kehidupan, serta tidak menjadi beban kepada orang lain. Sasaran yang tinggi dibina dengan hikmah dan kebijaksanaan. Pedoman sirah dan tokoh cendekia hendaknya dicontohi supaya kanak-kanak berupaya mengawal tekanan dalam konteks pertumbuhan emosi dan jasmani mereka.

Hasrat dan niat baik untuk berkongsi pengalaman peribadi dan pendapat memang sentiasa dialu-alukan, tetapi jangan sampai terlalu kagum dengan diri sendiri. Proses membuat generalisasi atas sebab kebetulan mempunyai anggaran ralat yang terlalu besar. Pengaruh testimoni yang silap boleh mendorong lebih banyak keputusan yang juga silap.


...

...

No comments: